•^BAB 51^•

2.5K 145 55
                                        

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Sampai sahaja di rumah Puan Dareena, Anayra terus dapat menangkap seorang manusia yang tidak kurang sama seperti gorila bergerak laju menuju ke arah mereka seperti ingin menerkam si mangsa.

"Awak... hisk hisk... Awak tinggal saya. Awak pergi mana... Awak jahat! " Maira memukul dada Aaran berkali-kali.

Anayra menjulingkan mata keatas. Dia meneruskan langkahnya sambil menarik bagasi cream miliknya ke bilik. Malas nak dengar segala rintihan dari mulut si Maira itu.

"Kenapa curi suami Maira! Tahu tak Maira lebih perlukan suami Maira dari Anayra? Maira mengandung tau!" Maira memandang Anayra tajam. Mulut dicebik.

Anayra meneruskan langkah. Biarlah nak marah ke, mengamuk ke, terjun bangunan ke, asalkan aku nak tidur. Katil dah memanggil tu.

"Hey! Maira cakap dengan Anayra lah! Pekak ke?!" lantang suara Maira kedengaran. Anayra terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Perkara itu membuatkan Maira lagi sakit hati.

"Shhh... Sayang... Janganlah marah macam ni. Kesian baby dalam perut" kata Aaran sambil mengusap lembut perut yang semakin berkembang.

"Awak tinggal saya... Sampai hati awak tak bawa saya... Saya mengandung tau. Mengandung anak awak. Sampai hati awak buat saya dengan baby kita macam ni. Malas kawan dengan awak " Maira memusingkan badannya membelakangi Aaran. Aaran menggaru kepalanya.

Aduh... Merajuk lah pulak.

"Sayang... Janganlah merajuk. Nanti abang bawak pergi honeymoon sekali"

"Kalau macam tu, nak pergi sekarang jugak! " bentak Maira.

"Tak bolehlah sayang... Sayang tengah sarat ni, nanti jadi apa-apa macam mana? Ha... Kan lagi susah"

"Tak kira, nak jugak! Nak jugak! " rengek Maira seperti budak kecil. Aaran memejamkan mata.

Macam ni ke perangai ibu mengandung?

"Maira, pergi solat asar dulu. Dah nak habis waktu ni. Dari tadi kamu tak solat lagi kan? Nak tunggu bila? " suara Encik Shah dari ruang tamu menghentikan kelakuan mereka.

Maira merengus. Dia melangkah kaki menuju ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat tanda protes.

Aaran menggeleng-gelengkan kepala. Malu satu, rasa bersalah satu.

Haih...











Anayra mendekati Aaran yang sedang menonton televisyen itu rapat. Kepala dilentokkan pada bahu si suami. Aaran menarik badan Anayra rapat.

"Abang, saya nak pergi rumah mama boleh tak? Rindu mama lah... " pinta Anayra manja. Jari telunjuknya sengaja mencuit-cuit dada Aaran sambil tersengih.

"Aik, haritu bukan dah pergi ke? "

"Alah... Tu haritu. Ni harini. Alah... Bolehlah, eh? "

"Hmm... Yelah. Jangan nakal-nakal sudah"

"Okey! Thank you abang. Sayang abang" pipi Aaran dicium sekilas. Aaran tarik bibir senyum.

Haih... Macam mana dia tak jatuh hati?








Anayra cepat-cepat membuka kasut ingin melangkah masuk. Tak sabar sangat nampaknya nak berjumpa dengan syurga hati. Sedangkan baru seminggu tidak bersua.

Maklumlah... Pembawakan budak.

Pintu dibuka oleh seseorang dari dalam. Wajah ceria itu terus berubah kelam.

C | TRUE LOVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang