~ satu hati yang tersakiti ~
_____°_____
Maira mundar-mandir ke hulur ke hilir di ruangan bilik itu sambil menggigit jari. Dia gusar memikirkan perkara yang berlaku tadi.
Macam mana... Macam mana dia boleh ada kat situ?
Bukan ke dia dah lama hilang ke?
Maira menggaru-garu kepalanya kasar. Serabut!
Kalau jantan tu ada sekali, habis rosak plan aku! Dia tak kenal aku kan? Tak kan???!!
"Sayang? " Aaran memegang kedua-dua bahu Maira erat.
Maira terus berpaling memandang Aaran. Senyuman manis diberikan diberikan. Dipegang tangan Aaran dibahunya.
"Awak dah siap mandi? " soal Maira. Wajah yang segar dengan rambut yang basah bersama kain tuala dipinggang dipeluk rapat.
"Dah... " pipi Maira diusap-usap.
"Seksinya husband saya ni... Aumm! " Aaran tergelak. Ciuman pada dahi dihadiahkan pada Maira.
"Sayang jangan macam macam... Kang ada yang tak tidur malam kang"
Kata-kata Aaran diselangi ketawa riang Maira. Maira menggeleng-geleng kepala. Dada Aaran ditumbuk perlahan.
"Miang! "
"Dengan sayang je... "
Maira mendecit dalam hati. See, Anayra? I win and you lose. Aaran cintakan aku lebih dari kau.
"Dahlah, pergi pakai baju tu" arah Maira. Aaran tersengih nakal. Maira tahu akan sengihan itu. Sengihan minta kaki.
"Pakaikan" ringkas. Satu patah perkataan tersebut membuatkan Maira juling mata keatas.
"Mengada" kata Maira sebelum bergerak ke wardrobe mengambil baju untuk suaminya.
"Dengan sayang je,"
"Saya nak anak ni"
Kata Anayra yakin. Tanpa teragak-agak. Dia nekad. Biarlah apa pun jadi pada dirinya asalkan bukan bayinya.
Doktor Iman mengangguk faham. Menerima keputusan Anayra. Dia menulis sesuatu diatas kertas.
"Nanti saya akan aturkan janji temu untuk buat check up keatas bayi dalam kandungan puan dan juga check up untuk puan. In Shaa Allah, kita akan bertemu lagi 3 bulan, " ujar Doktor Iman panjang lebar. Anayra menganggukkan kepalanya.
Anayra menghela nafas panjang. Perutnya diusap.
Anak mummy ada dengan mummy sentiasa kan? Selalu dengan mummy okey? Mummy dah takde siapa-siapa dah selain sayang. Bantu mummy jadi kuat. Okey?
Dia menarik nafas menahan sebak di dada. Kemudian, menyambung mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh doktor Iman.
Aaran mendapatkan Anayra yang baru sahaja memasuki pintu utama rumah. Dilekapkan tangan pada dahi isterinya.
"Sayang sakit ke? " soal Aaran risau. Panas suam suam sikit dia rasa.
"Demam sikit je. Sakit perut sangat. Ni dah okey sikit dari tadi" ujar Anayra lembut. Telapak tangan suaminya di dahi dialihkan pada pipi. Tangan besar yang hangat itu membuatkan dia rasa nyaman.
"Sorry sebab abang tak teman sayang pergi klinik. Jalan jem tadi" kata Aaran serba salah. Anayra mengangguk faham.
"Takpelah. Ni, Maira mana? Senyap je. Selalunya dialah yang paling kecoh," dalam kata-kata ada juga ayat berbunyi sindiran pada madunya yang satu itu. Senyuman diberi.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | TRUE LOVE
Любовные романы#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...
