•^BAB 45^•

2.1K 115 28
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Anayra membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya rasa memberat. Wajah kacak yang tersengih nakal dihadapannya menjadi tatapan utama.

Aaran mengucup dahi Anayra penuh kasih sayang.

"Goodmorning, beautiful" ucap Aaran. Anayra senyum. Perkara semalam berlayar di ruang fikirannya. Wajahnya mula me merah.

Anayra menyorokkan wajah pada dada Aaran. Malu. Aaran ketawa besar. Dia mengelus rambut beralun Anayra lembut.

"Dengan abang pun nak malu ke, sayang? " bisik Aaran pada telinga Anayra.

That voice....

"Abanglah ni. Semua salah abang" ujar Anayra. Aaran ketawa.

"Apa pulak salah abang? "

"Dahlah, baik orang pergi mandi. Ak solat. Layan abang, esok pun tak sudah" kata Anayra seraya mengambil tuala yang tidak jauh dari katil. Dia bergerak menuju ke bilik air.

"Jangan lupa mandi wajib, sayang" usik Aaran sekali lagi.

"Abang!! "


Nani memandang Anayra pelik atas bawah. Risau kadang-kadang dengan Anayra ni. Dari tadi duk senyum je. Orang langgar bahu dia pun senyum, orang tampar dia pun senyum. Thulah senyum tu satu sedekah, tapi kalau lama-lama jadi seramlah pulak.

Kini, mereka berada di kafeteria. Nani menyisip minumannya rakus. Dahaga sangat gamaknya.

"Hoi! " Nani menepuk meja. Anayra tersentak. Dipandang sekeliling kawasan kafeteria itu.

"Kau kenapa, jebon?!" Anayra memandang dengan wajah geram.

"Kau lah dari tadi duk senyum-senyum. Dah kenapa? Demam ke?" soal Nani. Siapa yang tak pelik?

Senyum sorang-sorang setiap masa. Orang fikir gila agaknya.

"Kau ni kacau betul lah! Aku tengah bahagia ni..." Anayra tersengih. Kemudian, dia mengambil fail ditangan sebelum menutup wajah.

"Hah yelah... Orang angau memang macam ni" kata Nani. Anayra mencubit lengan Nani kuat. Nani mengaduh kesakitan.

"Kau memang tak boleh tengok aku bahagia, kan? Halah-halah. Dahlah,aku nak pergi masuk kelas. Kau taknak masuk kelas ke, dik non?"

"Yelah yelah...aku nak pergi lah ni" Nani mencebik. Air didalam gelas disisip sehingga habis.






Allahu... Banyak sungguh dugaan...

Kereta kesayangannya buat masalah petang-petang ni pulak. Dibuka enjin kereta, tidak hidup. Nak kata takde minyak, baru isi semalam.

Alahai... Apa masalah engkau wahai kereta kesayangan? Kenapa disaat-saat sebegini engkau ingin membuat onar?

Aaran!

Dia ligat mengambil telefon lalu didail nombor cinta hati kesayangan. Telefon dilekapkan pada telinga yang berlitupi tudung, menunggu panggilan diangkat.

Suara operator telefon menghiasi pendengaran.

Dia mendail lagi. Tetap sama.

Ya Allah, husband kesayangan... Mana abang ni? Kereta saya dahlah buat masalah. Abang pulak taknak angkat call.

Didail lagi dan lagi. Namun, hanya sia-sia. Satu panggilan pun tidak diangkat sama sekali. Anayra sudah tidak tahu ingin berfikir macam mana.

Dia bukannya kenal kedai makenik yang terdekat. Nombor telefon apatah lagi? Nak telefon keluarga dia pun, jarak antara rumah dengan universiti tersangatlah jauh.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now