•^BAB 55^•

3.4K 235 60
                                    

Hazel pantas berjalan bersama kasut tumit tinggi 5 incinya ke dalam rumah Puan Dareena.

Kisah apa dia?

Mata meliar tajam mencari seseorang seperti ingin membalas dendam. Ketika kelibat seseorang yang dicarinya berada di depan mata, pantas dia mendekati dan menghadiahkan sebuah tamparan.

Terteleng kepala Aaran ketepi. Dia memegang pipinya yang berbirat.

Tidak cukup dengan itu, sebelah pipi lagi ditamparnya bersama free gift sepakan di pinggul.

"Kau buat apa dekat Anayra, hah?!! Kau gila?! Kau memang bodoh! Bangang! Babi kau! Hey, tong sampah dekat luar rumah tu lagi hensem lah dari kau! Kau, ceraikan Anayra? Sebab apa? Maira? Perempuan tak sedar diri tu? Kau memang bodoh Aaran!!! " Hazel menyemburkan segala tohmahan kepada Aaran bersama air mata.

"Kau memang tak tahu nak beza kaca dengan permata. Kau buta! Kau tak pernah layan Anayra baik! Kau lelaki tak guna! Dayus! Kau lebihkan perempuan yang takde nilai, yang bodoh, bangang tu daripada wanita yang sabar dengan karenah kau, yang terima semua kebaikan dan keburukan kau. Itu kau kata kau akan jadi suami yang adil? Maaflah, segala janji kau terhadap Anayra selama ni, kau lupakan jelah." Hazel cepat-cepat mengesat air matanya.

"Aku rindu Anayra, aku rindu isteri aku" rintih Aaran lemah.

"Tu bukan isteri kau lah gila! Tu bekas. Apa? Bekas! Hadam benda tu elok-elok. Kau kunyah, telan. Dia bukan isteri kau dah. Title kau sebagai suami dia dah takde"

"Aku nak Anayra, Hazel! Tolong aku cari Anayra! Aku nak dia! Aku nak minta maaf dekat dia. Aku nak mulakan hidup baru dengan dia sekali lagi. Tolonglah!!" Aaran meraung kuat. Lantai itu dihentak-hentak berkali-kali.

"Maaflah,cousin. Antara kau dengan Anayra, aku prefer untuk Anayra bahagia. Daripada dapat lelaki yang dayus macam kau, baik dia cari lelaki lain yang boleh jaga dia elok daripada engkau. Engkau, hanya kenangan silam dan pemusnah harapan dia selama ni. Walau aku jumpa Anayra sekalipun, takkan sesekali aku akan bagitahu kau dia dekat mana."

"Aku rasa, kerja aku dah habis. Kau dengan Maira boleh getback balik kot. Sebab sesuai gila. Kenapa kau ceraikan dia eh? Dia kan perempuan yang suci, bersih macam bayi yang baru lahir. Rugi kau ceraikan dia. Aku sokong dari depan" perkataan suci itu dipertekankan. Dada Hazel naik turun menahan amarah. Rambut diselak kebelakang sebelum dia pergi meninggalkan Aaran yang masih meraung.

Menyesal lah tu.

Heh.









Gelas yang berisi air kosong diatas meja diambil dan diteguk perlahan. Dia menghela nafas penat. Perut yang sedikit membukit diusap perlahan.

"Alhamdulillah, anak mummy dah 3 bulan. 6 bulan lagi mummy dapat jumpa baby" bisik Anayra sambil tersenyum.

"Anayra, "

Anayra menoleh kebelakang. Wajah Kak Long nya iaitu Kak Hanis menjadi tatapannya. Diangkat kedua-dua kening kepada Kak Hanis.

Kak Hanis menghampiri Anayra rapat. Dia duduk diatas katil bersebelahan Anayra. Tangan Anayra digenggam kemas.

"Betul Anayra taknak Papa dengan Mama tahu pasal ni? "

Anayra menggelengkan kepala. Dia mahu berehat daripada segala perkara yang mengusutkan fikirannya  buat beberapa hari.

"Anayra nak berehat. Anayra taknak mama dengan papa risau. Biarlah Anayra jauh dari mereka sekarang ni. Sampai masa nanti, Anayra akan bagitahu semua orang" ujarnya.

"Tapi lafaz talak belum jatuh kan? Anayra masih isteri Aaran. Tempat isteri disisi suami, Anayra"

"Walau apa pun Kak Long, Anayra tetap akan cerai dengan dia. Selepas anak Anayra lahir, kitaorang dah takde apa-apa ikatan. Itu yang Anayra harapkan

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now