~ satu hati yang tersakiti ~
____°____
Pejam celik, dah lebih dua minggu dia menjadi tunangan kepada Aaran. Tinggal sebulan lagi sebelum perkahwinan mereka dijalankan. Ini semua atas sebab keluarga mereka yang ingin mempercepatkan perkahwinan antara mereka berdua.
"Cik tunang duk fikir siapa tu? " Nani mengusik.
Anayra yang dari tadi memerhati cincin permata yang terlihat cantik di jari manisnya tersentak diiringi ketawa besar Nani.
"Sibuk jelah kau ni" Anayra mencebik.
"Eleh, duk fikir pasal Encik Tunang lah tu. Alah, lagi sebulan kan? Sabarlah.. Lepasni kau mendapat lah tu.. " Nani menyenggol lengan sahabatnya sambil terkekek-kekek ketawa. Anayra menutup mukanya malu.
"Aku tak tahu lah, Nani. Betul ke lepas ni aku akan jadi bini orang? Aku macam tak percaya" ujar Anayra sambil tersenyum. Nani menggelengkan kepala. Dah teruk kawan dia ni.
"Ye, wahai kawan. Kau akan kahwin. Doakan yang baik-baik je. Yang pasti, aku nak jadi pengapit. " Nani tersengih. Anayra menjulingkan matanya ke atas. Orang accept pun tak lagi.
"Yelah Nani. Ikut kau lah.. "
•••
Aaran masih berada di atas kerusi kerjanya. Dia ligat berfikir tentang perkahwinan antara dia dan Anayra. Dia pun tak percaya yang dia seberani itu melamar gadis merangkap adik kawannya sendiri. Jodoh, nak buat macam mana?
Petang ni dia akan menjemput Anayra untuk mencari baju kahwin. Semua benda termasuk pelamin dan hantaran sudah lama dibereskan oleh ibu bapa mereka.
Aaran menekan interkom ingin bertanyakan tentang jadualnya pada hari itu.
"Suzy, apa jadual saya lepasni? "
"Pukul satu petang ni Tengku hanya ada lunch bersama Dato' Kamil, Ceo K Holdings. Selepas itu, dah takde apa-apa. Cuma ada beberapa fail yang Tengku perlu tanda tangan selepas ini. Itu sahaja, Tengku" jelas Suzy, pembantu peribadi Aaran.
"Baiklah, petang nanti saya busy. Saya taknak ada orang ganggu saya. Terima kasih, Suzy "
"Sama-sama Tengku Aaran Merdaad"
Panggilan ditutup. Aaran mengerling ke arah jam tangannya sebelum menyambung kerjanya.
•••
Anayra masih mencari kelibat Aaran tapi masih tidak jumpa. Penat dia menunggu di depan pintu pagar dengan panas terik lagi. Anayra mengeluh perlahan.
"Jangan cakap yang dia lupa harini kena cari baju pengantin." Anayra bercekak pinggang. Lama-kelamaan, kereta Mecerdes hitam Aaran tiba betul-betul sebelah Anayra. Anayra memandang Aaran dengan tajam.
"Ye,aku minta maaf sebab ambik kau lambat. Aku sebenarnya memang dah nak gerak tapi client aku pulak buat hal" jelas Aaran.
Anayra masuk ke dalam perut kereta. Wajahnya masih masam mencuka. Dia bukannya nak merajuk sangat pun, cuma dia nak tengok usaha Aaran memujuknya.
"Jadi client awak lagi penting dari saya?" soal Anayra tanpa memandang wajah Aaran.
"Mestilah penting..."
Laju Anayra berpaling memandang Aaran dengan mata dijegilkan.
"Kau" sambung Aaran sambil tersenyum nipis.
Anayra kaku. Pipi dah merona kemerahan. Sekarang ni boleh tak dia nak hantuk kepala dekat dashboard kereta? Dia hampir cair dah ni.
Anayra memandang luar tingkap ingin menyorokkan senyuman. Aduh..pantang betul!
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...