•^BAB 54^•

3.2K 200 151
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Aaran memandang tajam Faris yang masih tersengih nakal. Memang macam nak minta penampar pulak jantan ni.

"Aku Faris, kawan Maira" Faris menghulurkan tangan ingin bersalaman. Tapi hanya dipalau.

Faris tak kisah. Yang penting, apa yang dia ingin sampaikan itu tercapai.

"Jadi? "

Soal Aaran selamba. Malas ingin beramah mesra dengan lelaki yang dia tidak kenali tersebut.

"Kau yakin anak yang dalam kandungan Maira yang gugur tu...opss, sorry" Faris senyum mengejek.

"Kau apahal?"

"Sorry lah brader... Kau pun garang nak mampus. Liwat karang baru tahu.  Taklah... Kau yakin ke yang anak kandungan Maira yang gugur tu anak kau? "

"Apa maksud kau ni? " Aaran mengerutkan kening.

Dah semestinyalah itu anak dia. Maira isteri dia, lepastu anak siapa lagi?

"Kau tahu tak, setiap kali kau oustation kan, dia mesti akan jumpa aku. Dia cerita lah yang kau ni dah lama tak sentuh dia, tak layan dia sebab sibuk dengan kerja. Aku pun jadilah pendengar yang setia... "

"Apa point kau sebenarnya? "

"Demi menjaga hati dan memujuk si gadis, aku pun tolonglah jadi pengganti kau. Apa orang panggil tu? Pemuas nafsu? And, yeah. Setiap kali kau pergi oustation, aku lah yang tolong semai benih untuk korang. So, sama-sama"

"Kau cakap apa ni setan?! Bukti kau mana?!! " Aaran mencengkam kolar baju Faris kuat. Faris masih setia bersedekah.

Faham kan?

Faris mengeluarkan telefonnya. Dia menunjukkan paparan skrin tersebut betul-betul pada wajah Aaran.

Gambar Maira dan Faris diatas katil tanpa seurat benang membuatkan hati Aaran berang. Bukan satu dua gambar, tapi berpuluh-puluh gambar.

Astaghfirullahalazim ...

Dia tak sanggup tengok. Amarahnya kini menjadi-jadi. Ditambah dengan apa yang Encik Shah tunjukkan bersama pengakuan pembantu rumah mereka berserta gambar Maira bersama lelaki lain diatas ranjang, memang membuatkan Aaran betul-betul ingin meraung sekarang ini.

"Tak percaya lagi ke? Aku sebenarnya ada video jugak, tu pun kalau kau nak tengoklah" ujar Faris selamba.

Aaran cepat-cepat meninggalkan Faris. Dia menaiki tangga ke wad Maira.

Pintu dibuka kasar. Maira yang baru sahaja ingin melelapkan mata memandang Aaran. Bibir mengukir senyuman manis.

"Awak... Awak datang-"

"Explain everything, Maira! " jerkah Aaran kuat. Terhinjut sedikit bahu Maira dengan jerkahan kuat Aaran.

"Explain apa? Apa maksud awak ni, saya tak faha-"

"Tak payah nak berpura-pura baiklah, perempuan! Kau yang rancang semua ni kan? Kau yang masukkan ubat tu dalam susu dan berpura-pura Anayra yang buat semua rancangan ni kan? Jawab, Maira! Aku tanya ni!! " Aaran menghentakkan tangan pada meja disebelah katil. 

Maira senyum sinis. Dia menyilangkan tangan.

"Goodboy. Pandai! So, kau dah tahu lah kan? "

"Kau memang perempuan tak guna, Maira!"

"Anayra tu yang tak guna! Kenapa semua orang sayang sangat dekat dia, hah? Umi sayang dekat dia, bekas suami aku sayang dekat dia, aku ni apa? Tunggul? Tiang ke?!!

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now