•^BAB 29^•

2.2K 129 5
                                        

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

Aaran sudah lengkap berbaju kemeja putih dengan rambut yang sudah disisir kemas dan rapi.

"Alhena, tolong aku pakaikan tali leher ni kejap" pinta Aaran. Anayra yang sedang mengemas katil akur. Didekati suaminya yang terkial-kial mengikat tali leher dari tadi.

Tali leher merah milik Aaran itu ditarik perlahan. Aaran terdorong ke arah Anayra. Anayra ralit melakukan tugasnya. Tangannya lincah mengikat tali leher merah itu. Aaran hanya memerhati raut wajah putih bersih isterinya.

"Mana kau belajar ikat tali leher ni? " soal Aaran pelik.

"Abang Aqeef yang ajar. Saya selalu tolong abang Aqeef ikat tali leher masa dia ada acara majlis. Lama-lama jadi pandai lah. Sekarang ni, saya praktikkan dekat abang pulak" bibir tersenyum puas. Di tepuk-tepuk dada suaminya lembut.

"Done!"

Aaran melihat dirinya di cermin. Hmm... Dia kagumi akan ikatan tali leher oleh Anayra yang kemas dan cantik. Bibir diherot sebelah.

"Jom, turun sarapan dulu. Bau pun dah boleh tahu mama masak apa" tangan Aaran digenggam erat. Diheret ke meja makan.

Puan Sari memandang pasangan sejoli yang baru turun dari kayangan dengan senyuman. Dia menerpa ke arah mereka dengan beberapa pinggan di tangan.

"Mari, sarapan. Kerja-kerja pun kena isi perut jugak, " ajak Puan Sari. Aaran dan Anayra mengangguk serentak.

Mereka mengambil posisi di meja makan. Anayra menyendukkan mihun goreng panas ke dalam pinggan Encik Azman, Puan Sari dan Aaran.

"Dua orang tu pergi mana mama? Kosong je rumah ni. Selalunya abang Aqeef yang selalu turun sarapan dulu," soal Anayra sambil mengerutkan keningnya.

"Lepasni diorang sarapan. Aqeef dengan Nina tu mama suruh pergi beli barang. Dah, makan makan" bibir Puan Sari memberikan senyuman manis.

Selesai sahaja menikmati sarapan pada pagi itu, Anayra mengiringi Aaran ke pintu keluar dengan menjinjit beg kerja dan kot hitam Aaran.

Tangan dihulurkan ingin bersalam. Dicium tangan suaminya dengan penuh hormat. Aaran pula memegang dagu Anayra dan mencium ubun-ubun isterinya. Anayra hanya tersengih.

Beg kerja dan kot hitam itu diberikan kepada Aaran.

"Baik-baik bawak kereta. Sayang abang sangat-sangat! " ucap Anayra manja.

Dahi licin itu dijentik. Anayra mengaduh kesakitan. Digosok-gosok tempat yang di jentik Aaran. Wajah dimasamkan sambil memandang Aaran tajam. Dibilang sayang, dibalas kesakitan.

"Sakit lah abang! Kenapa jentik dahi saya? " marah Anayra geram. Bibir Aaran terukir senyuman nipis.

"Tu cara aku balas sayang kau"

Mata Anayra dijegilkan.

"Jadi, kalau mummy pun abang jentik dahi jugak lah? "

"Tak, kau je" ujar Aaran. Beg kerja sudah diletakkan di dalam kereta. Bibir mengukir senyuman sinis.

"Eiii!! Tak nak bagi mi kari dekat abang petang nanti! "

"Tak kisah" sebaik sahaja pintu dikatup rapat. Kereta Aaran meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

Bibir digigit. Haih... Baru je pergi dah rindu. Takpelah, petang nanti boleh jumpa lagi.

Anayra melangkah kaki ke dapur. Dia ingin memastikan semua bahan untuk memasak mi kari tersedia ada. Kalau takde, boleh lah beli awal-awal.

C | TRUE LOVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang