~ satu hati yang tersakiti ~
_____°_____
Anayra yang baru sahaja turun dari biliknya disapa Puan Sari. Anayra memberikan senyuman. Hari itu wajah Anayra berseri-seri. Tiada lagi wajah duka yang selalu dipandang.
"Ye, mama? "
"Anayra nak pergi mana ni? " soal Puan Sari. Dia melihat pakaian yang dipakai anak gadisnya atas bawah.
"Nak pergi balik rumah kejap nak kemas kemas. Dah lama dah tinggal rumah tu. Mesti dah berhabuk" kata Anayra diselangi gelak tawa kecil.
Puan Sari memandang Anayra sambil tersenyum. Nampaknya, Anayra dah mula ketawa. Satu perubahan yang baik setakat ini.
"Okeylah, mama. Anayra pergi dulu. Bye" kaki di langkah ke garaj kereta mendapatkan kereta Myvi kesayangan. Selepas itu, kereta itu terus berdesup laju menuju ke destinasi.
Dalam 30 minit, Anayra tiba di perkarangan rumahnya. Suasana sunyi dan muram. Memang dah lama dia tak balik ke sini selepas Puan Sari dan Encik Azman bercadang untuk tinggal dengan mereka buat sementara.
Pintu rumah dibuka. Keadaan masih sama. Sunyi tanpa sebarang bunyi. Tanpa membuang masa, Anayra terus melakukan tugasnya.
Dimulakan dengan ruang tamu di vakum, menyedut segala habuk dan kotoran diatas lantai. Dari ruang tamu hingga ke seluruh tempat di vakum.
Seterunya, dia mengelap meja meja yang habis berhabuk. Meja makan, meja dapur dan meja di ruang tamu.
Bilik mereka pula dituju. Katil dikemaskan dengan frame gambar diletakkan diatas meja bersebelahan katil.
Dalam beberapa minit juga dia mengemas seluruh ruangan di dalam rumahnya. Penat. Tapi, bila teringatkan Aaran, dia cuba gagahkan diri.
Sedang asyik dia menyapu lantai di dapur, loceng rumah berbunyi berkali-kali. Anayra mengerutkan kening hairan. Tudung dicapai dan kaki melangkah ke pintu rumah.
Sebaik sahaja pintu dibuka, senyuman Anayra tadi berubah pudar. Dia memandang figura di hadapannya dengan tidak percaya.
Aaran... Aaran sudah pulang!!
Anayra terus memeluk tubuh itu erat. Dicium sekitar dada suaminya. Ingin membuktikan bahawa dia tidak bermimpi.
"Ni memang abang... Abang dah balik... Suami Anayra dah balik! "
Pelukan Anayra dilonggarkan. Nafas lelaki itu dilepaskan berat. Anayra memandang Aaran sambil mengerutkan kening.
Tiba-tiba, ada satu tangan kecil yang meliar pada lengan Aaran. Seorang gadis bertudung yang sedang menyorok belakang badan Aaran Anayra pandang.
"Siapa ni, abang? " soal Anayra. Tajam melihat gadis itu erat memeluk lengan suaminya.
"Later, Anayra" kaki Aaran cuba melangkah masuk tapi ditahan Anayra dengan mata yang tajam memanah anak mata Aaran.
"Who is she??!" soal Anayra kuat. Pegangan gadis itu pada lengan Aaran dieratkan dengan wajah ketakutan.
"Awak... Saya takut.. " kata gadis itu setelah lama mendiamkan diri. Aaran terus menarik gadis itu kedalam dakapan.
"Shh... It's okay. I'm here" kata Aaran sambil mengusap kepala gadis itu. Kepala dikucup.
Anayra mendiamkan diri sambil memerhati adengan di hadapan matanya. Suaminya dengan wanita lain? Air mata sudah jatuh membasahi pipi.
"Pergi naik atas dulu, nanti abang ikut" arah Aaran pada gadis itu. Dia menggeleng.
"Taknak.. Saya nak masuk dengan awak... Saya takut.. " wajah disembamkan pada dada bidang Aaran.
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...