•^SPECIAL CHAPTER IV^•

5.6K 253 140
                                    

Anayra menatap jauh kubur yang masih merah tersebut dari jauh. Dia yang memakai serba putih bersama yasin ditangan menahan sebak rasa perit di dalam diri.

Maryam dalam dukungan Khalish juga sudah tertidur. Penat sangat dari seharian asyik berjaga.

Khalish bersuara.

"Abang letak Maryam dalam kereta dengan Aqeef kejap" ujar Khalish perlahan. Anayra mengangguk.

Selepas sahaja Khalish meninggalkan dirinya berseorangan disitu, Anayra kembali menatap batu nisan tersebut.

Maafkan Anayra...

Anayra...

Tiba-tiba, dia merasakan satu ketukan kecil atas kepalanya. Anayra memejamkan mata menahan perit.

"Aduh!" Anayra mengaduh kesakitan.

"Berangan pulak kau ni. Kau nak makan ke tak ni?"

Suara garau menerpa di gegendang telinganya. Anayra terus membuka mata.

A...Aaran?

Aaran di hadapannya sekarang ini sedang memandang dia redup. Wajah yang bersih dari jambang dan kumis, rambut yang rapi dan juga badan yang tegap.

Macam dulu!

Anayra memandang di sekelilingnya. Mereka berada di sebuah restoran. Kejap, situasi ni macam pernah terjadi dulu.

Dejavu?

"Kau dah kenapa? Biul? " soal Aaran lagi. Chopstick yang dipegang mengepit udang yang telah dibogelkan itu lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"B.. Bukan ke awak dah mati? " Anayra memandang Aaran tidak berkelip.

"Mimpi apa kau ni? Lepastu yang kat depan kau ni siapa? Hantu bungkus? "

"Hah? "

Mata Anayra melirik pula kearah pasangan bersama anak kecil baru sahaja masuk ke dalam restoran tersebut. Lagi mengejutkan, pasangan tersebut adalah Eiman dan.... Khadijah. Pasangan yang sedang berpegangan tangan sambil tertawa kecil dipandang tidak berkelip.

Blank. Dia kaku. Dia tak faham.

Lagi berdebar bila pasangan itu memandang mereka dan terus mendekati meja yang diduduki dia dan Aaran.

"Eh, Anayra eh? Kenal tak? Dah lama tak jumpa" ujar Khadijah teruja. Eiman dibelakang hanya senyum sambil memegang seorang budak kecil.

"K.. Khadijah? "

"Ha, kenal pun. Terserempak pulak kat sini. Ajak Abang Eiman makan dekat sini sebab ada diskaun tup-tup jumpa Anayra dekat sini dengan... Siapa ni? Boyfriend Anayra ke? " soal Khadijah sambil menunjukkan jari kearah Aaran.

"Err... Aa.. "

"Saya boyfriend dia. Dah seminggu kenal, minggu depan nikah" ujar Aaran selamba.

Anayra tak payah cakap. Memang luas lah mulut tu dinganga. Ya Allah, selamba betul penipuannya.

"Ouh.. Kacau daun lah ni? Hahah.. Kalau macam tu, Khadijah pergi dululah. Adam pun lapar nak makan"

"Adam? " soal Anayra.

"Adam Hafizin, anak kami" Khadijah memandang Eiman sambil senyum manis. Eiman mengangguk membalas senyuman Khadijah.

"Kami mintak diri dulu. Sambunglah dating. Jom, zauji" Khadijah mengheret lembut lengan Eiman. Eiman hanya menurut. Sempat lagi dilambaikan tangan kecil Adam pada Anayra. Anayra kekok membalas.

Ex crush aku dah ada anak?

Woii

Asal aku tak tahu ni???

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now