•^BAB 50^•

2.6K 136 29
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Akhirnya! Sampai jugak kaki ni ke negara itu. Jalan berpimpinan tangan dan suami dia yang sentiasa disisi.

Nampaknya, Aaran sudah menunaikan janjinya yang hanya mereka berdua bercuti di Korea. Itulah yang membuatkan Anayra teruja.

Mereka sudah siap sedia menempah hotel di Grand Hyatt Seoul, hotel termewah di Seoul, Korea Selatan. Terima kasih kepada encik suami, Aaran.

Selepas selesai meletakkan beg pakaian, Aaran mengajak Anayra untuk makan petang sebelum pergi berjalan-jalan.

Macam dejavu pulak.

But, nevermind.

Aaran setia dengan Anayra disisi. Senyuman tidak lekang dari bibir Anayra. Dari tadi tersenyum. Biarlah orang nak kata gila, asalkan dia bahagia. Lagi-lagi hanya mereka berdua.

Aih, malu lah kita!

Aaran pulak sweet je selalu. Macam tak boleh lepas. Tangan tu asyik duk tolong suap je. Aishh... Ni tak boleh ni.

Sesekali ada kesan comot dibahagian tepi bibir Anayra, Aaran terus mengesat dengan ibu jarinya. Yang paling tak boleh tahan lagi, boleh pulak dia jilat bekas kesan comot tadi! Suami dia ni macam lain macam je ni...

Anayra terkedu. Dipandang suaminya dengan mata di kelip-kelip beberapa kali. Aaran hanya dengan wajah selamba. Dia meneruskan makan.

Anayra yang tidak tahan lagi terus mengambil menu kad bersebelahan dengannya dan terus menekup wajah. Bibir terus mengorak senyuman lebar dengan pipi yang kemerahan. Menu kad itu dipegang kuat.

Aaran sengih nakal. Tahulah tu blushing.

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan ke Namdaemun Market yang tidak jauh dari tempat mereka.

Namdaemun Market merupakan pasar tradisional terbesar di Korea dengan lebih 1,700 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan merangkumi pakaian, barangan harian, peralatan dapur yang terdiri daripada produk-produk buatan tempatan dan juga yang diimport.

Kebanyakan kedai-kedai di sini mempunyai kilang-kilang mereka sendiri atau membuat produk itu sendiri yang membolehkan mereka menjualnya kepada pengunjung pada harga yang sangat murah.

Mata Anayra sudah bersinar-sinar. Lagi-lagi bila melihat barangan-barangan yang menarik dijual dengan harga yang murah. Semestinya tangan Aaran ditarik ke hulu ke hilir. Maklumlah, bank bergerak.

Kebanyakan barang yang dijual disana ialah baju sejuk dan barang-barang yang lain untuk musim sejuk.

Dianggarkan dalam 10,000 won juga harga untuk baju sejuk yang cantik-cantik. Manakala untuk scarves dan mafla dalam sekitar 4,000 won.

Apalagi? Boronglah!

Selesai sahaja membayar, mereka berdua berjalan lagi sehinggalah mata Anayra tertancap pada sebuah gerai yang menjual honey candy.

Lengan sweater Aaran ditarik-tarik sambil menunjukkan gerai tersebut seperti anak kecil yang ingin meminta gula-gula. Mulut dimuncungkan.

Hanya dengan kelakuan sebegitu sahaja, Aaran sudah cair hati. Atas sebab sayangkan bini, dia turutkan juga isterinya itu.

Uish, kacak jugak owner gerai ni. Oppa oppa gitu.

Anayra memilih sekotak honey candy yang berperisa coklat. Oppa korea tu sempat mengenyit mata ke arah Anayra sambil menyerahkan honey candy tersebut.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now