•^SPECIAL CHAPTER I^•

4.3K 202 33
                                    

Anayra menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali meneran. Wajahnya habis berkerut merah bersama peluh yang tidak henti-henti mengalir. Dia menggenggam erat tangan Khalish sekuat hati.

Khalish memejamkan mata menahan rasa perit pada tangan yang dicengkam Anayra.

'Sabar... Sakit dia lagi sakit dari engkau. Tahan Khal, tahan... ' Khalish mengetap bibirnya kuat. Dia kembali memandang isterinya yang sedang berusaha sebaik mungkin terhadap cahaya mata mereka.

"You can do it, sayang. Sikit je lagi... Abang tahu sayang boleh buat" kata Khalish memberikan kata semangat.

"Push lagi puan! Dah nampak kepala bayi! Sikit lagi puan! Push! " doktor yang bertugas juga memberikan sokongan.

Khalish tidak henti-henti mengusap kepala si isteri. Sayu hatinya melihat keadaan isterinya yang sedang bertarung nyawa semata-mata ingin melahirkan anak mereka. Rasa kagum mula bertandang di hati.

"Just one push sayang, and semuanya akan selesai. I'm here with you. "

Nafas Anayra naik turun. Dia menarik nafas kuat-kuat. Mata dipejam ketat.

"Aarrghhhhh!! " Anayra menjerit sepenuh hati sebelum dirinya terdampar lemah diatas katil.

Bunyi esakan bayi kedengaran di ruangan bilik bersalin tersebut. Khalish tarik senyum tambah teruja. Dia memandang Anayra penuh kasih sebelum ciuman mendarat pada dahi gadis tersebut.

"Alhamdulillah, puan. Tahniah, babygirl. " ucap doktor tersebut. Anayra menarik nafas lega.

Bayi dibawa pergi untuk dibersihkan dahulu sebelum diberi kepada si ibu. Anayra menyambut anak perempuannya yang dari tadi tidak berhenti meraung menangis.

Alhamdulillah... Jatuh air matanya ketika ini. Pengorbanannya rasa berbaloi. Tidak sia-sia. Rasa sakit tadi terus hilang serta-merta apabila melihat wajah anaknya yang bersih dan suci dari dosa.

Rasa macam nak beranak lagi sekali!

Feeling dia tu MashaAllah, Tabarakallah!

Tahun depan.. Tahun depan..

"Abang... " Anayra memandang Khalish bersama linangan air mata yang melimpah, bersedia untuk menjadi air terjun.

"Ye, sayang. Alhamdulillah, you did it. I'm proud of you, sayang. Terima kasih sebab sudi lahirkan anak kita. Abang bersyukur sangat. " ucap Khalish ikhlas. Anayra hanya memberikan senyuman.

"Terima kasih abang sebab sudi jadi suami saya walaupun saya ni bekas-"

"Shhh, tak payah cakap pasal tu dah. Sekarang ni, abang nak try pegang anak abang. Abang nak azankan"

Khalish menghulurkan kedua-dua tangan, ingin mengambil anaknya. Dengan berhati-hati, dia menyambut anaknya dengan baik.

Dengan penuh rasa bangga dalam diri, dia mengalunkan alunan azan penuh syahdu itu ditelinga anak perempuannya. Anayra memandang Khalish yang membelakanginya itu dengan perasaan bahagia.

Sungguh dia bahagia. Dan dia percaya dia pilih orang yang tepat.

Sebagai suami, sebagai ayah kepada anak-anaknya, sebagai kawan, sebagai pendengar yang setia, sebagai teman disaat keseorangan.

Dialah segalanya. Terima kasih suamiku.

Selesai sahaja azan dialunkan, Khalish meletakkan kembali bayi mereka ke dalam ruangan kecil yang telah tersedia.

Wajah yang lena tidur itu dipandang.

"Sebijik muka abang"

"Perangai macam sayang. Cengeng"

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now