selesai makan, Ayash memberi air minum untuk Qisyah.
"mana abang dapat air ni?"
"dari rumah la..."
tersenyum miang Qisyah menerima huluran itu. ingatkan air hujan yang d sambut, nak je dia tergelak di situ.
"kita balik ?" Soal Qisyah ingin tahu. hujan semakin lebat. petir pun semakin ganas. macam mana nak balik ?
"kita tidur sini je malam ni....hujan kuat ni, bahaya" Ujar Ayash.
dia mengangguk mengerti. habis tu ? nak tidur mana ? katil single pulak tu, lain lah kalau suami isteri.
seolah memahami mimik wajah Qisyah.
"Qisyah tidur atas katil, abang dekat lantai je" Qisyah angguk lagi.
Bummm!!!! Bummm!!!!🌩️🌩️
Qisyah menutup telinganya dengan kuat, matanya terpejam dengan erat. serentak dengan itu. pintu pondok terbuka dengan luas akibat tolakan angin yang terlalu kencang, lalu pelita terpadam dan suasana di situ menjadi gelap gelita dalam sekelip mata.
Ayash beristigfar dalam hati, sungguh kuat petir menyambar di luar itu. sehingga terasa tanah yang bergegar akibat di panah petir. mujur ada tempat untuk berlindung. pintu yang terbuka tadi di tutup semula. takut juga nanti ada binatang buas.
buk!
"aduhh!."
"Qisyah!....kenapa ni? ok ke ?" Ayash mendekati arah di mana Qisyah berada. risau nanti terhempap meja ke, dah lah badan kecik.
"Abang, kita balik je eh, Qisyah takut"
"tak boleh, kat luar bahaya. petir menyambar, dah lah banyak pokok sawit." beritahu Ayash.
"tapi.........."
"shtt! jangan takut... abang ada dekat sini...." Ayash duduk jauh siikit dari di samping Qisyah. dia duduk bersila di atas lantai, Qisyah turut duduk bersila atas lantai kayu FC ⅝ itu.
mereka berdua masing-masing mendiamkan diri. iphone pro max di keluarkan dari poket dan di nyalahkan.
jam 12.50 p.m
Bumm!!
"Arghhh!!!!......"
keras kejung badannya saat ini, nafas seakan tersekat di terongkong. bukan kerana terkejut tapi di sebabkan Qisyah yang sedang memeluknya dengan erat.
"A..abang....takut......"
Ayash cuba berdehem menghilangkan gemuruh di hati. dia cuba melepaskan pelukan itu, tapi Qisyah berkeras tidak melepaskan.
"Qisyah tak baik macam ni, lepaskan abang...."
"tapi Qisyah takut....."
"lepas Qisyah...
"taknak!!" semakin di leraikan semakin kuat pelukan itu. tergeleng-geleng Qisyah dalam pelukan tu.
Bumm!!! 🌩️
"argh!! taknak....." Ujar Qisyah seakan mahu menangis.
fuh! di harap Ayash dapat bersabar. kalau Qisyah ni masih budak kecik macam dulu takpe, ni dah jadi anak darah orang. nak sentuh pun tak boleh, apatah lagi nak pujuk.
biarkan sekali sahaja takpe ke ?
"Qi....qisyah takutttt........"
Ayash mengeluh dengan lemah, keadaan sungguh gelap gelita, ditambah lagi keadaan mereka berdua saat ini tanpa jarak seinci pun. korang rasa patut ke ? kalau korang lelaki normal ada nafsu sendiri korang buat ape ?.
Ayash berdiri dari tempat duduknya sehingga membuat Qisyah terpaksa melepaskan pelukan. tak boleh jadi ni, jangan mengundang malapeteka. jangan memberi peluang untuk syaitan menang. .
dia berdehem menghilangkan rasa janggal yang menerpa dirinya. lalu menjarakkan dirinya sedikit dari Qisyah.
"Abang ?.... janganlah jauh-jauh...." rengek Qisyah. matanya seolah-olah buta, disebabkan suasana yang sungguh gelap, hanya kedengaran bunyi hujan yang kuat dan di iringi bunyi petir di atas sana.
tangan Ayash meraba-meraba atas meja kayu itu, seingat dia tadi, kotak mancis kayu ada di situ.
bertapa dia bersyukur mendapati mancis kayu itu.
lalu pelita yang terpadam tadi apinya di nyalahkan semula.
Ayash tercari-cari wajah Qisyah,
dia terkedu melihat Qisyah yang turut memandangnya tetapi bersama air mata yang membasahi pipi mulus itu. entah kenapa, walaupun Qisyah menangis tanpa suara itu terlihat lagi cantik di pandangan matanya.
"Qisyah okey?" Soal Ayash. dia berusaha untuk menjarakkan diri dari Qisyah. Qisyah, gadis yang bahaya bagi dirinya. bahaya jika terlalu dekat. hatinya seolah-olah memberontak menginginkan gadis itu.
Qisyah mengangguk dengan lemah, walaupun dia rasa dirinya tidak okey, bunyi petir itu sangat menakutkan dirinya.
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomantizmMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...