Bab19 Adam Irshaq

9.9K 200 1
                                    

"Qisyah ? kau ke ni ? " Sapa seorang lelaki tampan yang basah kuyup dari bermandi manda itu.

"Er....??" anak mata Qisyah scan satu badan lelaki itu, siapa eh? boleh tahan juga tampannya. tapi tak setampan Ayash. Ayash berwajah matang, manakalah

"hei ? kau tak ingat aku ? come on Qisyah? aku adam?"

"Adam?" Err ex boyfriend nye ke masa sekolah menengah dulu ?
"Adam irshaq ?" soalnya Qisyah lagi sekali.

"haa! yes.  Adam Irshaq...waa aku hampir tak kenal siapa kau lah Qisyah, ingatkan siapa gadis cantik duduk tepi ni, tak join mandi ke ?"

"Err .....tak reti berenang....kau buat apa kat sini?"

"aku?....berkelah dengan family aku, dah lama aku tak nampak kau...kau kat mana sekarang?"

dari dulu mereka memang bahasa kan diri aku kau, lagi selesa nak bergaul. dari jauh Ayash perhatikan dua orang yang sedang rancak berbual. matanya tak lepas dari memandang itu. Ayash pun tak join mandi sekali, alasan ramai orang dekat situ.

"oh! aku baru balik dari Landon, dah satu bulan pun dekat kampung ni...." Ujar Qisyah.

"oh!..." Adam tersenyum memandang Qisyah.
"Err....kau makin berseri-seri ye, dari jauh dah nampak...."

mendengar itu Qisyah tergelak besar. Adam pun ikut tergelak sekali.

"kau jangan nak merepek lah! aku bukan malaikat pun nak berseri-seri" di hujung ayatnya Qisyah tergelak lagi.

"bukan malaikat, tapi bidadari yang turun dari syurga...." amboi ayat ke main manis lagi. Qisyah tergelak lagi. ada ke bidadari tak menutup kepala ? okey lawak.

Qisyah mengangkat tanganya melindungi wajahnya dari percikan air yang sengaja di buat.

"Ara! kau jangan nak cari pasal ehh!"

"sini lah mandi, abang tak pandang tu....." Ara ketawa mengekek. lepas tu senyuman nya serta merta mati apabila terpandang lelaki yang cukup di kenali  itu.

"Haii....Ara ?" sapa Adam, walaupun sekampung tapi dia jarang benar melihat dua gadis ini.

"kau??  jangan macam-macam ehh dengan Qisyah.." Ara memberi amaran tegas. matanya merenung tajam lelaki tinggi lampai itu. sesekali dia menyapu sisa air di wajahnya itu.

dulu, lelaki ni lah yang suka menangiskan Qisyah. lelaki buaya yang di kelilingi perempuan-perempuan tidak tahu diri. mujur Qisyah cepat move on. biasa lah cinta monyet lagi.

"Ehh! tak lah, aku tanya khabar je...." Ujar Adam sambil tersengeh. dia tahu kenapa Ara memberi amaran. walaupun Ara ni nampak ayu tapi jangan tertipu, di sebalik wajah Ayu itu, dia sebenarnya cukup garang&galak ketika marah, apatah lagi kalau melibatkan sahabat baiknya Qisyah. senang cerita, dia umpana bodyguard Qisyah.

Ara menjeling menyampah, yalah tu.

"Siapa lelaki tu?" Soal Qasmina ingin tahu.

Ara menjawap soalan itu, dan mencerita sedikit kisah Qisyah dengan Adam. lama kelamaan Ara jadi selesa bergaul dengan Qasmina. setiap cerita dia menyelitkan nasihat dan juga pengajaran.

sementara Qisyah dan Irshaq berborak dengan khabar mereka yang terkini. rata-rata semua di situ berendam dalam air, bermain air, berenang sambil mereka berborak dengan santai. ada juga makan beramai-ramai selepas mandi manda.

tanpa sedar Ayash dah terlalu lama memerhati, entah kenapa matanya mengawasi lelaki yang terlalu ramah dengan Qisyah itu. air orange yang di bawa dari rumah itu di teguk sehingga habis. dah nak magrib, masa untuk balik.

Ayash mendekati dua orang yang berborak santai itu, Qisyah menoleh dan memandang Ayash yang semakin dekat.

"Naik cepat,..." Arah Ayash. Ara dan Qasmina terus naik ke permukaan batu. Qisyah masih tidak bergerak langsung.

"Err....aku pergi dulu, jumpa lagi nanti" Ujar Adam sambil  tersenyum dan berlalu pergi. Qisyah sekadar mengangguk mengerti, hari pun dah nak gelap semua orang di situ berkemas-kemas untuk pulang.

"Ara! kau tinggalkan aku ke!?" rungutnya selepas melihat Ara berlari terkedek-kedek ke tempat mereka stay untuk mengambil tuala dan menutupi badannya yang basah lecun itu. Qasmina pun turut sama sekali. baju yang melekat di badan itu di longgarkan agar bentuk tubuhnya tidak kelihatan.

Ayash masih setia menunggu Qisyah naik dari duduk di atas batu tepi air terjun itu. Qisyah berdiri dengan perlahan-lahan. berusaha menyeimbangkan badannya. dah lah batu-batu di situ licin, salah pijak ni memang ada yang terterjun dalam kolah tu.

"Uh!.uh!...ukh!!....Arghhhh!!!"

DEBUSHH!!!!















Ustaz KuWhere stories live. Discover now