Bab60 lemah

11.2K 250 39
                                    

di hujung kampung ramai orang berkumpul di rumah itu. dari luar lagi dengar bacaan yasin secara berjemaah. Qisyah,Ara dan ibunya baru sampai di kediaman rumah arwah. semua berpakaian sopan dan menutup aurat termasuk Qisyah. di tangan masing-masing memegang buku yasin yang bersize sederhana.

semua mata tertumpu dengan Qisyah lalu berbisik-bisik sesama sendiri. tidak berhenti lagi mulut makcik bawang ni uh!

Qisyah dan Ara mengambil tempat duduk yang paling hujung. tetamu yang hadir semua duduk atas lantai kayu itu. buku yasin di buka lalu di baca serentak dengan yang lain.

mujur malam kemarin hari terakhir Qisyah kotor (period) hari ni dah bersih sepenuhnya dan boleh turut sama membaca yasin.

jenazah arwah Qasmina berada di tengah-tengah ruang tamu, seluruh badannya di tutupi dengan kain putih. Timah pulak duduk di samping jenazah anaknya sambil membaca yasin dengan wajahnya yang tenang sekali. kali ini, orang tua itu tidak lagi menangis, mungkin dia redha dengan qada&qadar Allah.









berkerut-kerut kening Qisyah akibat terasa sangat pusing dengan tiba-tiba. seperti ada yang menusuk-nusuk ke dalam kepalanya. tubuh badannya berpeluh-peluh menahan sakit yang menyerang itu. sehingga dia tidak fokus dengan bacaan yasin.

telinga nya berdengung dengan kuat mendengar Ara yang berada di sebelahnya membaca bacaan yasin daripada buku itu. dadanya terasa seperti sesak dan sukar untuk bernafas.

uhuk!

Qisyah berdehem dengan perlahan, sesekali dia membetulkan tempat duduknya. asal dengan dirinya ni ?

pahanya di gosok-gosok dengan perlahan.

uhk!

panas!

kipas syiling itu tidak ada angin sama sekali. tapi kenapa panasnya lain macam ?, tak sanggup duduk berlama-lama di sini.

Qisyah bangun dari tempat duduknya. dan pergi ke ruangan dapur. dia mengibas-ngibas wajahnya  dengan tangan yang laju.

uhuk!

uhuk!

argh pening!

"heh! perempuan! kau memang perampas kan! sebab kau! anak buah kesayangan aku mati! sebab kau lah! dia meninggal!!" datang seorang wanita sebaya 30an menghampiri Qisyah yang terhuyung hayang di situ.

berkali-kali dia menolak Qisyah dengan jari telunjuknya. tapi Qisyah tak perduli, dia hanya meringis sakit yang menyerang kepalanya saat ini.

terjelepok jatuh Qisyah di buatnya. kedua tangannya naik memegang kepalanya, berat! pening! kenapa ni ?

"Ahh! to...tolong......sakit!......" rayu Qisyah. dia memeluk lututnya, sebelah tangannya di atas kepalanya.

tak tahan dengar bacaan yasin itu, seolah-olah ayat itu membakar dirinya.

"kau kenapa perempuan ? sakit apa!? kau mengandung ke ? oh!....aku tak sangka Ustad tu jadi kambing hitam kau!....heh! kau dengar sini! kau!!? jangan harap bahagia lepas ni! kau ingat tu!!"  perempuan yang berwajah bengis itu menarik tudung Qisyah sehingga kepalanya terpaksa mendongak ke atas.

Qisyah tak mampu berbuat apa, seolah-olah dirinya kali ini lemah!, tak seperti biasa.

berkerut-kerut keningnya menahan sakit di kepala, mana lagi kena tarik perempuan tu!

Buk!

Ara menolak perempuan yang menarik tudung Qisyah itu sehingga terjelepok jatuh di atas lantai.

"kau siapa hah!? berani kau buat kawan aku macam tu!!" Qisyah yang terkulai lemah itu di peluk.

uh! bulu roma secara tiba-tiba kembang sebaik sahaja tangannya menyentuh Qisyah. tapi Ara membuang perasaan itu jauh-jauh. Qisyah nampak lemah, dan berpeluh-peluh.

"cih! kau tak payah berkawan dengan perampas lah! dia ni, perampas! sebab dia! bunuh Qasmina! anak buah aku!!"

Astagfirullahallazim! mengucap Ara dengan tuduhan tanpa bukti itu. tak mungkin kawan nya seperti itu. dia kenal siapa kawan nya ni!

tidak ada siapa yang perasan kan pergaduhan kecil di ruangan dapur itu, suara pergaduhan mereka seperti berbisik tapi keras di pendengaran.

"A...ra.....ba.wa...aku keluar...." Ujar Qisyah dengan lemah.

"heh! kau berambus lah jalang!! kau tak layak di sini!" tengking perempuan tak di kenali itu.

"Astagfirullah! jaga mulut kau perempuan!!...." tengking Ara pulak. perempuan itu tersenyum sinis, seolah-olah puas melihat Qisyah lemah tak berdaya. baru kau tau! berani kau rampas suami anak buah aku!

"kita keluar dari pintu dapur ni......" Ujar Ara. dia memapah lengan Qisyah di atas bahunya.

Ya Allah! pucat nye Qisyah ni! tadi okey je dekat rumah. kenapa tiba-tiba ?

uh! sekali lagi, bulu romanya kembang sekembangnya menyentuh Qisyah.

Allah! macam ada tak kena je. tak! tak mungkin!













Jangan puas hati sangat 🤭🤭 pengganti Qasmina ada tuu 🤪😂

pening kapla pun sis update juga. xtau lah kenapa pening² je ni hmm.

Vote ⭐

komen✨

Follow 🎈






















Ustaz KuWhere stories live. Discover now