Bab36 kenduri

9.3K 179 1
                                    

Hari ni sibuk sedikit dengan kenduri kesyukuran. Yati membuat kenduri hari ni memandangkan Qisyah dah qatam Al-quran semalam, dengan senang hati, Yati membuat Kesyukuran buat Qisyah dan juga Ayash yang sekejap lagi bakal jadi suami orang.

Qisyah berkeras tak nak buat kenduri, malu nak mengaji depan tetamu yang turut hadir. majlis pun hanya biasa-biasa saja, biasalah orang kampung, orang kampung selalunya buat kenduri, selalunya kenduri makan seratus jika ada yang meninggal. tapi hari ni kenduri kesyukuran sahaja.

nak tak nak Qisyah terpaksa juga mengikut kemahuan ibu Ayash, untuk Qisyah semuanya boleh. kecuali soal jodoh, Yati tak nak masuk campur.

di dapur, Ara dan Qisyah duduk di bangku meja makan sibuk memotong bawang merah, bawang putih, dan halia sebanyak satu kilo. ukh! banyak ni!

"Tok ketua bila balik ?" Soal Yati sambil tangannya memotong isi ayam di atas lantai kayu itu. sudah tiga besen penuh olehnya, isi ayam, daging dan ikan untuk di masak berlainan jenis.

"minggu depan ibu....Qisyah ada call atok tadi...." jawap Qisyah. matanya berkedip-kedip pedih di sebabkan bawang yang di potong itu. Ara sudah menitiskan air mata dan menarik hingus berkali-kali. Qisyah tertawa mengejek melihat Ara yang seolah-olah menangis sedih itu.

"baguslah.....Ayash dah nak nikah minggu depan, risau imam takda minggu depan....."

serta merta terhenti tangan Qisyah dari memotong bawang itu.

dia jadi bingung sekejap,

betul ke ?

Ayash bakal suami orang ?

lambat-lambat Ara pandang wajah Qisyah. ukh! ibu ni, semua benda lah nak bagitau.

tapi tak lama, Qisyah meneruskan kerja itu dengan senyap dan tak berbicara langsung. tangannya ligat melakukan kerja memotong bawang tapi fikirannya melayang dengan jauh. entah apa yang dia fikirkan.

tapi hatinya sekarang seolah-olah pedih, seperti ada benda tajam yang menusuk di dalam.

Qisyah pandang Ara dengan wajah yang sulit untuk di jelaskan, dia berdehem menghilangkan perasaan yang ingin membuak-buak keluar.

Ara tahu Qisyah terkejut, dan mungkin bersedih, sekejap lagi mungkin ada yang banjir dengan air mata. mungkin? dia  tahu apa yang di rasa gadis itu sekarang walaupun Qisyah tak lagi meluah apa yang terbuku di hatinya. namun sebagai sahabat dari kecik dia dah kenal perangai Qisyah.

tak sedar jarinya tergores oleh pisau. pedih yang dia rasa tak sesakit hatinya yang sekarang. air mata yang laju turun ke pipi itu bukan lagi di sebabkan bawang yang di potong.

air mata yang jatuh di pipi itu di lap. nampaknya Ayash tekad meneruskan perkahwinan tanpa ada rasa tanggungjawap terhadap dirinya tentang di masa lalu.

kalau setakat putus cinta takpe,

"eh! tangan kau berdarah tu Qisyah!" tegur Ara selepas menyedari ada noda merah di jari manis itu. Qisyah memandang sepi jari manisnya yang terluka itu.

"takpe, sikit je ni......" darah yang mengalir keluar itu di lapkan di seluarnya. pedih juga lah, nak buat macam mana ? tak kan nak merengek? bukan Qisyah lah namanya.

"ish! sikit apa nye?! banyak darah ni tau!" tangan Qisyah di tarik oleh Ara dan di lihat seberapa dalam luka itu. lalu tangan Qisyah di tarik paksa sehingga membuatkan dia berdiri dari tempat duduknya.

Ara menarik sahabatnya itu sehingga ke ruang tamu. ubat minyak batu di cari tapi tak jumpa.

"ish! kau ni! aku yang sakit, kau yang gelabah kenape!?" perli Qisyah. alah setakat luka kecik ni tak bagi kesan langsung dengan dia. tapi hatinya sekarang ni ada siapa nak ubat ke ? ukh!


























Ustaz KuWhere stories live. Discover now