Bab28 balik

10.2K 225 0
                                    

di hari jumaat yang mulia ini semua orang kampung sembahyang jumaat berjemaah, kalau hari lain, hmm takde nya masjid penuh macam ni. hampir setengah jam juga Ayash memberi ceramah   kepada para jemaah yang lain. selepas itu baru lah mereka semua  sembahyang jumaat.

tidak sampai satu jam pun waktu sembahyang jumaat. semua jemaah lain beransur pergi, ada yang stay sama kawan, ada yang berborak sebelum pulang dan ada yang bertemu setelah sekian lama dan bertanyakan khabar, seperti Adam irshaq dan Irshad, nama yang hampir sama tapi bukan bersaudara.

"lama tak nampak kau ni, apa hal tiba-tiba datang ni ?" soal Adam ingin tahu, takda angin takda ribut tetiba bayangannya muncul, ingatkan mimpi ? tiber. dulu, mereka ni kawan dari kecik tapi bila dah besar berpisah lah pulak, aih! begitu lah kehidupan.

"Aku datang ni nak jaga Qisyah lah apa lagi, macam biasa lah, atok aku suruh gi sini, lagi pun aku banyak masa daripada yang lain." ujarnya sambil menyandar di pagar masjid itu.

Adam mengeluarkan sebatang rokok, dan di hulurkan di depan Irshad, namun Ishad menolak lalu mengeleng, isyarat bahawa dia tidak merokok.
Adam mencebik mengejek dengan kawan lama nya itu.

"lah....tinggal kat bandar tapi tak kan sampai sekarang tak pandai merokok?..." perli Adam dengan sengaja, Irshad tertawa mendengar itu.

"bukan apa, Qisyah tak suka lah bau-bau rokok ni, lagi pun, rokok ni tak baik lah, kau ni! cuba stop merokok! daripada bujang sampai ke tua macam ni masih merokok, cuba engko simpan duit buat meminang anak darah...." Nasihatnya sebagai kawan. perbualan mereka di dengar oleh Ayash yang baru nak keluar dari pintu masjid itu.

"Eh! Ustad.....dah nak balik ke ?...." soal Irshad. Adam pulak hanya memandang lelaki itu, entah kenapa seakan tidak puas hati dengan orang depan matanya ini. orang yang selalu dekat dengan Qisyah, berpura-pura tidak perduli padahal hati nak. cehh! adakah Ustad zaman sekarang ni suka jual mahal? mengalahkan pempuan.

"haa arr nak balik kejap,....." Ayash mengangkat tangan kanannya untuk bersalam, Irshad menyambut salam itu, lalu tangan itu bertukar arah, adam mahu tak mahu menyambut salam itu dengan hati yang tak rela.

"kalau macam tu jom lah sama-sama...." Ajak Irshad sambil berdiri menegak dari menyandar itu. Ayash sekadar mengangguk mengiyakan. terasa janggal jugak lah dengan sepupu Qisyah ni. entah kenapa, seolah-olah lelaki berdua ni berebutkan Qisyah, padahal dia dengan Qisyah tiada hubungan apa-apa, dia hanyalah tunang orang yang di paksa. erk!

"kau Adam ? tak nak ikut sekali ?...." Soal Irshad. Adam hanya bergerak tanpa suara membontoti dua lelaki itu.

lalu tiga pemuda tampan berjalan kaki beriringan. setiap kali lalu depan rumah orang yang ada anak gadis, pasti mereka akan jatuh cinta antara tiga pemuda tampan ini. di antara yang ramai peminat mesti lah Ayash, walaupun kedua-keduanya turut sama handsome, tapi tetap tak dapat mengalahkan Ayash yang cukup sempurna di pandang.

pandai mengaji, sembahyang cukup waktu, ringan tulang, tak banyak cakap, tak ramai perempuan. tak macam Adam, perempuan keliling pinggang. perempuan satu kampung tahu bahawa dia playboy di sini tapi tetap saja ada perempuan yang nak dengan dia, tetap saja ramai peminat.

manakalah Irshad, sama seperti Ayash sembahyang cukup waktu. apa yang tak sama, Irshad jenis pandai mengorat anak darah orang, couple sana sini tapi ending putus di tengah jalan hmm, lepas tu mulut tak reti diam. tapi lelaki macam tu perempuan suka juga, eh! hairan lah aku. pandang muka je ke ? perangai tak ? lepas tu kahwin tak sampai sebulan dah bercerai, sebab? sebab pandang rupa je.

mereka berjalan seperti biasa sambil berborak apa je yang menjadi cerita mereka. Adam sambil mendengar sambil mengerling anak darah orang setiap rumah yang di lalu. kalau cantik, dia buat kenyit mata dan buat isyarat minta no telefon.

apa lagi yang perempuan dengan gediknya malu-malu jual mahal padahal nak, ada yang tak layan hanya pandang menyampah je. itu tak lain tak bukan ni mesti ex girlfriends nya.

Irshad mengeleng kepalanya dengan perangai kawan lamanya ni, harap-harap satu hari nanti terkena batang hidung sendiri, bukan apa. supaya insaflah juga kawan nya ni. kasihan anak darah orang di permainkan. belum puas bahagia dah di tinggalkan. ada lagi yang sanggup bermadu, nak je dia tergelak. mu baru couple belom kawen tapi nak bermadu apa bende ?


Hai korang, belanja vote boleh ?

sorry korang, sendu seja update sebab busy sikit je. tapi still mengarang cerita, kalau tak sempat habis tak upadate lah. harap-harap esok sis free untuk korang.

vote ⭐

komen✅










Ustaz KuWhere stories live. Discover now