setelah sepuluh minit berjalan kaki, akhirnya mereka sampai jua di rumah. langkah mereka terhenti tepat di depan rumah Qisyah. ternampak Qisyah yang sedang menjemur kain itu, sedikit merungut wajah yang sedang menjemur kain itu.
"wehh! tak ajak aku masuk ?" Soal Adam sambil mengjongket keningnya.
"tak boleh!...." jawap Irshad sambil menyambut salam dari Ayash itu. rumahnya pun hanya berapa langkah saja di sebelah.
"kenapa ? " Soalnya tak puas hati.
"nanti Qisyah tampeleng kepala engko. aku tak bertanggungjawap eh!. kau tu dah la ex nya....."
Ayash memandang sekilas lelaki yang bernama Adam itu, lelaki yang berborak dengan Qisyah semasa mereka berkhelah. oh? rupanya ex. patut mesra semacam. matanya memandang Qisyah yang turut memandang dari atas sana.
erk! apasal pulak anak tu menjeling. tajam pulak tu.
dia berdehem sekejap dan meneruskan perjalanannya yang hanya berapa langkah saja lagi.
"eh? hari tu Qisyah ok je borak dengan aku ?" Irshad menoleh.
"haa ? kau ada jumpa Qisyah ke ? bila ?" mata mengjegil depan Adam dan mendekati Adam perlahan-lahan. terangkat kening Adam.
"kau kenape!? nak minta tumbuk ?...." Soal Adam, pura-pura mengangkat kedua tangannya seolah-olah ingin bertumbuk.
melihat itu Qisyah bercekak pingang. pehal pulak dua sekoq ni?
"woii!! takde kerja ke ?...." teriak Qisyah. kedua-dua tangannya di cekak di pinggang.
Ayash yang baru nak masuk pintu rumah itu terdengar suara Qisyah lalu dia mengerling ke arah Qisyah dari jauh itu. lepas tu anak matanya memerhati dua lelaki itu yang menjadi perhatian Qisyah sekarang ini.
tergeleng-geleng kepala Ayash, lalu masuk ke dalam tanpa menghiraukan lagi. buat masa ni dia nak mengelakkan diri dari Qisyah. kejadian semalam masih tergiang-giang dalam fikirannya.
Biarlah Qisyah di bawah jagaan Irshad buat sementara walaupun hatinya berkata lain. itu lebih baik daripada kalah dengan nafsu.
"Asalamualaikum......" Ayash memberi salam dan melabuhkan punggung di sebelah ibunya yang sedang duduk menonton televesion, entah cerita apa pun tak tahu.
songkok yang menutupi kepala itu di buka dan di simpan di atas meja yang berada di depan nya sahaja.
"walaikumsalam, awal Ayash balik ? selalunya selepas Asar baru balik" Anak mata Yati memandang anak sulung lelakinya itu.
"Mmm....Ayash nak rehat kejap, ramai orang tadi di masjid...." Ujarnya. dia menyandarkan kepalanya di sofa itu.
"ada apa dengan kamu ni? Ayash ada masalah ke ? ibu tengok kamu ni macam kusut je...." dia merenung wajah anak teruna itu, dia dapat rasakan sesuatu, namun tidak pasti apa itu. biasalah naluri seorang ibu.
"takde lah ibu....penat je...." bohongnya. tak semua benda dia nak share, biarlah hanya Allah yang tahu dan dirinya. selagi ianya tak memudaratkan diri.
"hmm yelah...eh! kereta merah depan rumah tok ketua tu sape punya ? ada orang bertandang ke ?" Soal ibunya ingin tahu.
"Irshad. dia datang masa zohor tadi. atok yang suruh dia balik, sebab Qisyah takde jaga." beritahunya. hmm kalau Irshad yang jaga, adakah Qisyah melakukan hal yang sama seperti apa yang dia lakukan semalam? tengok mereka berdua saja dah rapat semacam. peluk orang pun tak segan.
"oh! ye ke.... lah...kan Ayash dan Ara ada ?...."
"takpe lah ibu, Ayash banyak kerja lagi daripada nak jaga anak darah orang yang degil tu...."
"eh! kamu ni.... biasalah tu perempuan, macam kamu tak kenal Qisyah tu...."
'kenal ibu, kenal sangat.'
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...