mereka berempat pulang dengan berjalan kaki, maklum lah orang kampung, orang kampung biasanya rajin ke masjid walaupun masjid jauh berapa meter. menyihatkan tubuh badan lagi. lagi meriah jalan pada bulan Ramadhan, sembayang teraweh mesti ramai budak-budak yang sembayang. kalau hari biasa, budak-budak hanya datang ke masjid mengaji.
pin! pin!
Ayash menarik lengan Qisyah dengan pantas sehingga tubuh mereka berlanggar. hampir sahaja Qisyah di langgar dengan motorsikal itu.
"Woi! hati-hati sikit lah!!" amuk Ara, terkeluar sekejap singa Ara.
terkedu sekejap Qisyah, cepat-cepat dia menepis tangan itu.
"Err....ak...aku minta maaf...." ujar Qisyah yang tak terkata itu. selama tiga minggu tak bertegur Qisyah jadi segan, dan tak ingin buat perangai lagi.
"lain kali jalan tepi sikit....." tegur Ayash dengan dalam. tak pasal-pasal terlanggar tubuh badan, terkena pulak dengan anggota badan yang berbukit di tengah-tengah atas itu.
Ara jadi binggung sekejap, kenapa abangnya bersikap kasar dengan Qisyah? sebelum ni dia ok je.
Qasmina hanya termangu sendirian, dia pun terkejut. tapi dia sedikit tidak selesa apabila Ayash bertindak seperti tadi. Ayash tak pernah pun sentuh dia walaupun secebis kain ke, tak pernah! walaupun dia nak terjatuh ke tersandung ke tak pun sambut dia macam tu sekali. mungkin sebab Qisyah memang tak menjaga batas.
terasa sungguh hatinya bila tegur begitu. orang tau laa!
Qisyah hanya mendiam diri. Ara pun sama, mereka jalan di hadapan, manakalah pasangan itu berjalan di belakang. sakit juga lah hati, bayangkan setiap malam hadap diorang berdating di belakang tapi bisu takde perkataan pun yang keluar. lepas tu tiap-tiap malam macam ni, Ayash akan hantar tunangnya sampai ke rumah hujung sana. yalah tak kan nak biar perempuan jalan sendiri pulak kan ? tunang pulak tu. hmm yalah.
"Bye Qisyah, jumpa esok...." Ara memeluk sahabatnya itu, lalu mencium kedua-kedua pipinya itu.
"ish! kau ni! tak senonoh lah!" Ara ketawa mengekek. dah lama tak cium sahabatnya ni.
"eleh dengan sahabat juga pun!"
"dahlah! bye...." Qisyah ketawa geli hati, sememang nya dari dulu mereka begitu, asal nak terpisah ke mesti peluk&cium pipi.
"bye.!...." balas Ara. Ayash curi-curi pandang wajah cantik yang sedang ketawa itu.
berapa langkah saja, rumah Ara dah sampai,
"Err....aku masuk deluan ye...."
"yee Ara takpe" jawap Qasmina.
Ara meninggalkan dua pasangan itu, dan meneruskan perjalanan mereka.
"awak.....nak tanya boleh?" Soal Qasmina. dia memeluk erat Al-quran di dadahnya. mereka berdua berjarak satu meter sahaja.
"hmmm" Ayash mengangguk mengiyakan.
"awak...er...okey ke dengan pertunangan kita ?" Soal Qasmina ingin tahu. sebenarnya dia dah lama ingin tahu, cuma tak tahu nak mulakan dari mana. walaupun dia lah yang melamar lelaki ini, pelik kan. bukan lelaki yang melamar, tapi perempuan.
"Er...ke..napa...awak tanya...."
"Saje je..." lalu dia tergelak sedikit.
"lucukan, sebab saya yang lamar awak...." ujarnya."kenapa pulak lucu? sedangkan isteri khadijah nabi muhamad dulu melamar nabi Muhammad shalllallahu 'alaihi wa sallam. tak salah pun jika perempuan melamar lelaki" ujarnya panjang lebar.
"Saya lupa pulak awak seorang Ustad..."
"tapi saya minta awak bertahan dengan saya selama setahun...boleh?"agak lama Ayash menjawap soalan itu. takut tersalah cakap dan menguris hati itu.
"kenapa ? awak tak sudi ke ?" Soal Qasmina lagi.
"Err...bukan macam tu....ke..napa setahun je?"
Qasmina tersenyum di balik Niqap itu. haruskah dia menjawap soalan itu ?.
"sebab masa saya di sini tak lama lagi" Ujarnya.
"awak nak pergi mana ?"
"Saya.....akan pergi jauh...."
"jauh....dari sini...."terdiam Ayash. apa maksud Qasmina ? pergi jauh ? habis tu? kenapa ingin berkahwin kalau akhirnya tak duduk sebumbung.
"dah sampai, saya tak ingin berkahwin, tapi saya harap awak bertahan jadi tunang saya selama saya masih di sini....saya cuma nak beri peluang diri ini bahagia sebelum pergi." jelas Qasmina yang penuh dengan teka teki.
Ayash jadi bingung selepas mendengar itu, tapi dia mengangguk mengerti walaupun dia sebenarnya tidak seberapa faham dengan maksud Qasmina.
"Asalamualaikum..." Qasmina berlalu pergi masuk ke dalam rumahnya tanpa menoleh lagi ke belakang. dia cuma berharap untuk sekali ini sahaja, selepas itu, dia akan melepaskan dan mendoakan kebahagian lelaki yang selama ini bertakhta di hatinya.
memang dia tak nak berkahwin, kerana bila sudah tiba masanya, Ayash akan berubah status. sayang seribu kali sayang jika itu berlaku.
"walaikumsalam...." Ayash pun berpatah balik untuk pulang ke masjid semula. masih banyak kerja yang harus dia lalukan.
sepanjang perjalanan, fikirannya benar-benar bercelaru. entah betul apa tidak keputusan yang di buatnya ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...