Bab44 zip

13K 200 4
                                    

Ara memicit kakinya yang mulai lenguh. sudah tiga jam mereka berada dalam butik pesona pengantin ini. penat sangat tunggu ibu ni, seolah-olah ibu pulak yang kahwin.

"ibu....tak siap lagi ke ? nak tempah berapa baju juga ni ?" runggutnya. bosan menunggu, kalau tahu dari awal lagi dia tak nak ikut, ni bukan jalan-jalan. buang masa je ikut.

"tak siap lagi, banyak nak cuba ni. nak kawin nanti kena lah cantik-cantik kan....Ara tunggu je la, dah solat ke ?...." Soal ibunya,

"dah....." jawap Ara sepatah, jangan salahkan dia kalau tertidur atas sofa empuk ni, di tambah lagi icon on siapa tak suka.

Yati mengeleng kepalanya melihat anak darahnya membuat gaya ingin tidur atas sofa itu. siapa suruh nak ikut! kan mendapat. tapi kalau tak ikut, Qisyah pun tak ikut lah jawapnya.

lama sangat tunggu pengantin nya ni mencuba gaun di bilik salinan, Ayash laju sahaja sebab baju toxedo dan suit senang di pakai.

"kamu tengok Qisyah tu, ibu nak ke tandas sekejap, ibu sakit perut pulak....." Ayash sekadar mengangguk mengiyakan. dia melabuhkan punggung di atas sofa empuk itu. satu buku majalah menjadi perhatian nya, lalu buku itu di ambil dan di selak satu persatu sambil menunggu Qisyah di bilik persalinan.

Ayash menoleh sebaik sahaja telinganya menangkap dengkuran halus daripada Ara itu, tergeleng-geleng kepalanya. boleh pulak tidur di butik orang ni ? nasip baik stafnya hanya membiarkan sahaja, mungkin faham dengan situasi mereka.

"ibu....?....Ara...?"

"Er...ibu mana ?..." Soal Qisyah. lain yang di panggil lain yang muncul pulak. aduh! mana ibu dengan Ara ni.

"ibu gi tandas, Ara tidur...."

"hah?? bertuah punya sahabat!" hatinya berdongkol geram. dah tu siapa nak tolong zip kan belakang gaun ni ? Ayash ?

"abang tolong zip kan dekat belakang ni boleh ?"

Gulp!

kau biar betul Qisyah ? tu Ustad bukan orang biasa Qisyah.

"Er....takpe, Qisyah pakai lapis kat dalam, tak nampak pun...." Ujar Qisyah, memahami reaksi dari Ayash yang terkebil-kebil dan tak tahu nak jawap apa. walaupun berlapik dekat dalam tapi masih ada keraguan dalam dirinya. nak tak nak dia kena zip juga, tangannya naik mencari butang zip di belakang gaun itu. lalu di tarik dari bawah sehingga ke atas.

"terima kasih!" ucap Qisyah lalu menutup pintu bilik persalinan itu.

Ayash berdehem menggaruk tengkuknya yang tidak gatal.

tidak lama kemudian pintu bilik persalinan dibuka dari dalam. perlahan-lahan Qisyah keluar daripada bilik itu sekaligus membawa pesonanya di balik gaun pengantin itu. Gaun kembang di paras pinggang hingga ke hujung kaki yang berwarna creamy di hiasi dengan manik-manik dan bunga-bunga kecil di sekitarnya. cukup simple!

Qisyah yang tersedia cantik itu sangat past sekali di gaun berwarna putih itu. termangu-mangu Qisyah berdiri di depan bilik persalinan itu. apa nak buat ni ?

"MashaAllah, cantiknya Qisyah....." puji Yati. Qisyah di tarik dan di bawa berdepan dengan cermin. cermin itu memantulkan dirinya yang sangat cantik dalam gaun itu, terkebil-kebil juga mata ni. betul ke ni diri nya ? cantik! tapi sayang gaun ni bukan miliknya. itu yang tak best!

"Ayash?....okey tak Qisyah dengan gaun ni ?" lambat-lambat Ayash mengangguk kepalanya. cantik!  lalu berdehem menghilang rasa janggal yang tiba-tiba menerpa dirinya sekarang.

"sis, saya nak empat gaun yang tadi yaa termasuk gaun yang anak saya pakai ni...." tiga orang staf butik pesona pengantin menghampiri mereka, dua orang lagi membawa gaun yang di pilih tadi di bawa.

"Baik puan, sila ke kaunter untuk pembayaran ya puan Yati....." Yati mengangguk mengerti dan berjalan menuju ke kaunter di ikuti dengan Ayash.

keluhan lemah keluar dari mulut Qisyah. penat! ingat senang ke nak tukar ganti gaun ni ? sudah lah besar! berat lagi! berpeluh-peluh juga lah nak pakai gaun pengantin ni. ni semua salah Qasmina! dia hairan lah kenapa tak Qasmina sendiri je yang berurusan ni ? bukan nya ada kerja pun. sama-sama menganggur di kampung juga. geram berbuku-buku hatinya sekarang.

Ustaz KuWhere stories live. Discover now