"hmm baik je cuaca hari ni, semalam kemain lagi hujan...."
"tak baik lah cakap macam tu, hujan tu kan rahmat Allah....haa! kamu sesat ke mana semalam?" Soal Sulaiman, Qisyah dan Atoknya duduk di ruang tamu sambil sarapan kuih cempiang masin dan karipap inti kari yang di beli atoknya tadi. dan air panas masing-masing. Qisyah membuat air milo, manakalah atoknya kopi o.
"ntah la, tapi Qisyah terjumpa pondok dekat sana, atok punya ke ?"
"oh! yee.. dekat situ rupanye, laaaa Qisyah tak ingat dah ke jalan pulang dekat kebun tu?"
"takk......."
Sulaiman mengeleng kepalanya. muda-muda lagi dah lupa. tu la lama sangat di negeri orang.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
TIGA MINGGU BERLALU.
masuk hari ni sudah tiga minggu dia mengikut Ara ke masjid mengajar budak-budak mengaji. setiap malam kecuali malam minggu budak-budak di bagi cuti. kadang-kadang adalah juga dia mengaji dengan Ara, lepas tu ponteng lagi. esoknya datang lagi. itu pun tujuannya tak lain tak bukan mesti nak intai Ustad Handsome tu. siapa lagi kalau bukan Ayash.
tapi semenjak hari tu, Ayash dah tak mesra dan tak bertegur dengan Qisyah lagi. sedikit terguris hatinya, pernah sekali dia menyapa Ayash tapi Ayash tidak mengendahkan dia. malu juga lah sebab di pulau depan orang ramai. sejak tu Qisyah tak lagi menegur. mungkin Ayash masih marah sebab pancing nafsu nya hari itu.
sejujurnya, sampai sekarang dia masih ingat bertapa lembutnya bibir itu. bertapa dia bahagia walaupun dia tahu juga itu adalah perbuatan yang zalim. tapi nak buat macam mana ? memang dia jahil pun. tak perlu jadi hipokrit sangat.
sikit pun dia tidak minta maaf, biarlah semua tu berlalu. tapi adakalah hatinya ingin mengalah juga. yalah sebab hari-hari Ayash dan tunang nya itu ada di masjid bersama walaupun tak bersua muka tapi kadang-kadang mereka bertemu dan berborak sebentar.
perlukah dia mengalah?
hmm entah lah.
"Qisyah! giliran kau lagi mengaji"
"Alaahh, esoklah!" Ara merampas Iphone Pro Max itu di tangan sahabatnya. lalu di tapuk dalam telekungnya.
"cepat!" arah Ara, dia buat mimik wajah mengjegil itu.
"ish! yalah-yalah...." Akhirnya Qisyah akur dan mulai mengaji, setiap lembar ada enam muka surat Qisyah dapat baca tanpa di betulkan oleh Ara. Qisyah memang pandai mengaji, tapi liat betul nak qatamkan Al-quran.
tersenyum Ara melihat sahabatnya yang khusuk mengaji itu, satu pun tidak ada bunyi yang salah di pendengarannya. Qisyah pandai, tapi dia tak mengasah lagi bakatnya. cantik betul Qisyah ni pada pandangan matanya, tapi satu je kurang, faham-faham laa yee. tapi itu tidak menghalang mereka untuk terus bersahabat.
dari jauh lagi Ara menangkap figura abangnya yang memandang ke arah mereka, lebih tepat ke arah Qisyah. ni lagi satu, bukannya dia tidak tahu perasaan masing-masing diorang ni tapi seperti ada benteng yang tengah menghalang mereka, lagi pun Ayash tak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan dengan Qasmina. dan peluang itu sangat tipis. dia hanya mampu doa yang terbaik sahaja untuk abangnya itu.
"Sadhakaulahulazim......"
"Alhamdulilah, tak lama lagi kau qatam ni, ada tiga puluh muka surat lagi....nak terus kan ?"
Qisyah mengeleng. lalu mencapai botol mineral di sampingnya dan di teguk dengan perlahan.
"okey, esok jangan ponteng lagi eh?? awas...."
"hmmm baiklah Ustazah...."
Ara ketawa menampakkan giginya. macam ni lah baru kawan.
"dah jom siap-siap, kita balik, abang pun dah tunggu tu...."
Mendengar tu, Qisyah memandang Ayash di luar masjid bersama-sama tunangnya. hmm kenapa lah perempuan tu ada sekali ?
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...