Bab23 menjaga

12.3K 245 3
                                        


"Asalamualaikum......." Ara memberi salam di depan pintu rumah ketua kampung sekaligus atok kepada Qisyah. kalau orang kampung lain segan nak kemari, tapi sejak kecik lagi Ara dah berkawan rapat dengan Qisyah dan selalu dia akan ke rumah bermain bersama-sama dengan Qisyah, maklum lah dia sorang je pempuan dalam adik beradik. jadi tidak ada rasa segannya di sini.

"walaikumsalam, haa masuk laa Ara... atok nak minta maaflah menyusahkan kamu yaa...."

"eh! tak pe tok, lagi pun Qisyah kawan baik Ara, atok jangan risau, Ara akan jaga Qisyah sebaik mungkin"

"baiklah kalau macam tu atok titipkan Qisyah ke kamu yaa, kalau Qisyah nakal beritahu je atok okey ?" Ara ketawa menampakkan gigi lalu mengangguk mengiyakan.

"atok dah masak bubur tu, nanti bagi Qisyah makan,..."

"baik tok,...." Ara mengantar atoknya Qisyah sehingga ke depan pintu.

"haa yelah atok pergi dulu...."

kereta jenama fordranger 4×4 itu di hidupkan lalu bergerak keluar dan meninggalkan kawasan.

Ara segera ke bilik Qisyah melihat keadaannya. tombol pintu di pulas lalu di tutup kembali.

keluhan di lepas. aih! ni mesti sebab dia terjatuh kemarin dalam kolah, salahnya juga tinggalkan Qiesyah sendirian bersama abang. ingatkan boleh lah tolong tengok kejap, tup tup jatuh pulak bersama, mujur abangnya sihat-sihat saja.

kain bersih yang berada di atas dahi Qisyah itu di basahkan lagi, lalu Ara menyapu kain basah itu di seluruh wajah Qiesyah.

berkerut-kerut kening Qisyah, tapi mata berat sekali untuk di buka.

"ibu....." rengek Qiesyah, serentak dengan itu ada air mata yang jatuh di hujung mata itu.

melihat itu Ara jadi sedih, kasihan sahabatnya. dari kecik sampai ke besar tiada kasih sayang dari ibu atau ayah. setiap kali sakit, begini lah. Qisyah akan meracau termimpi arwah ibunya. dia berharap sahabatnya ini cepat-cepat bertemu jodoh, bila dia sakit, sedih ada tempat untuk bersandar. walaupun atok Qiesyah masih hidup lagi tapi Qiesyah tak selalu meluahkan perasaannya.sebab takut atoknya risau.

air mata itu di sapu Ara. selimut tebal itu di tarikh sampai ke paras bahu Qiesyah.

"kau rehat dulu yaa. aku keluar kejap kemas apa yang patut, bangun lah cepat! aku bosan lah...."

pintu bilik itu di biarkan terbuka seluas-luasnya. risau nanti Qiesyah terbangun dan memerlukan sesuatu tapi tak sedar.



"Asalamualaikum......"

Klak(pintu dibuka)

"Walaikumsalam, masuk lah bang...." Ayash masuk dengan langkah kaki kanan deluan.

lalu pintu depan di tutup semula.

"Qiesyah macam mana ?...." Soal Ayash sambil melabuhkan punggung atas sofa itu.

"Mmm....tak bangun lagi, dari tadi meracau.." ujar Ara. Ayash sekadar mengangguk mengerti. Ara meninggalkan abangnya di ruang tamu itu, dan berlalu ke dapur. masa untuk Qiesyah makan, dah petang ni, tak bangun-bangun lagi.

pintu bilik Qiesyah di pandang kejap, Ayash tidak berani masuk berduaan dengan Qiesyah, takut Qisyah bertindak lebih lagi.

Ayash terpaksa bermalam di sini dengan arahan ibunya Yati, ikutkan hati Ayash tak nak, tapi mereka berdua perempuan sahaja di rumah ini, risau nanti ada pencuri ke apa, ada juga lelaki untuk melindungi mereka dari sebarang kejadian.



Jam 1.00 a.m

Qiesyah menendang selimut tebal itu, uhk! panas!. matanya terbuka dengan kuyu, dia terjaga di sebabkan rasa panas. patutlah! Ara tak hidupkan penghawa dingin. Ara yang tidur terlalu ayu di sebelah nya itu di pandang, hmm kesian mesti penat jaga dia seharian.

dengan separuh kudrat yang ada Qiesyah mencari remot control penghawa dingin lalu di hidupkan dan mood malam di hidupkan. lalu dia berbaring semula. ahh! baru selesa tidur.

Kruk! kruk!

baru nak lelapkan mata perutnya berbunyi pulak, adoilah perut time macam ni lah kau buat hal. hmm lapar pulak! Ara ada masak ke ? teringat pulak bubur ayam yang sedap tadi, mesti atok banyak masak.

sebut pasal atoknya, semoga atoknya di lindungi walau di mana pun dia berada, dan di lancar segala urusan untuk menunaikan haji di sana.




Halo guys! apa khabar ? sorry tak update kemarin, sis dah buat tapi padam balik, 2 chapter pulak tu. sis rasa, elok lah buat cerita baik untuk seorang ustad. 😂 ke korang nak juga ?

apa pun korang WAJIB VOTE 😘 loveyou

Vote ⭐

komen je ✨














































Ustaz KuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang