Bab5 janji

12.7K 219 1
                                    

tidak lama kemudian satu deruman enjin mulai kedengaran di bawah kolong. mungkin tetamu yang di tunggu sudah pun tiba.

"Qisyah nak ke mana ?"

"balik lah?"

"Err....tunggu lah sini lama sikit, tetamu pun dah datang"

Aih! kenapa pulak aku kena tunggu ni? aku bukan siapa-siapa pun dekat sini.

"Tak nak lah, Qiesyah tunggu Ara dekat pondok depan tu je, nak ambik angin"

Ayash termundar mandir sekejap. takkan aku yang hadap tetamu tu, dah laa tak biasa.

"tolong lah abang kejap, mak dan Ara tak siap lagi tu, mm?"

"abang kan tunang Qasmina, kenapa pulak Qisyah nak tolong?"

"Abang segan lah, senang je. Qisyah jemput diorang masuk, then pelawa diorang duduk lepas tu abang keluar kalau ibu dah keluar ehh?"

"Ape laa abang ni! tunang sendiri pun nak segan, dengan Qisyah tak segan pun?"

"Qisyah lain, boleh la? abang janji tunaikan apa Qisyah mau?" ye betul Qisyah lain daripada lain, Qisyah dia dah kenal sejak kecil lagi, jadi rasa janggal itu berkurang sedikit demi sedikit. berbanding tunangnya yang wajah pun tak pernah nak nampak. baru hari ini bersua muka.

Qisyah berfikir sama ada nak tolong ke tak nak, kalau dia tolong, Ayash akan tunaikan apa yang dia mahu. lalu dia tersenyum dengan penuh makna.

sekali kau berjanji, selama-lamanya engkau terjebak.

"okey, janji tau?"

"Err...okey abang janji....." apalah nasip, harap-harap tak termakan dengan janji sendiri.

Asalamualaikummm....

Qisyah bergerak ke pintu depan menyambut tetamu ibu Yati, mana pulak ibu dan Ara ni? tak kan tak siap-siap lagi.

"Walaikumsalam, siapaa?" Qisyah berlakon tersenyum dengan manis sekali, dua orang wanita berjubah dan berniqap itu menutup wajah aslinya. dan dua orang lelaki yang berumur mungkin ayahnya dan seorang lelaki muda mungkin berumur belasan tahun.

semua di situ tampak binggung sekali, terpegun seketika melihat perempuan cantik tapi sayang tidak menutup aurat dengan betul.

"Ehh! masuklah uncle, aunty....emm ibu masih bersiap..."

"oh yeke....terima kasih nak,..." jawap pak cik itu sambil tersenyum, dua wanita itu pun rasanya tersenyum di balik niqap itu, hanya matanya memberi reaksi.

"jemput duduk aunty...."

"Terima kasih nak...." ujar aunty itu.

"sekejap yaa, saya buatkan air...."

"tak perlu susah-susah nak...." ujar Uncle itu. lalu mereka anak beranak melabuhkan punggung di atas kosyen itu.

"eh! takpe... unclekan tetamu" Qisyah tersenyum kecil, sumpah janggal gilak! macam pulak dia yang bertunang.

Qisyah ke dapur mendapatkan Ayash yang menapukkan diri. pelik betul Ayash ni. bukan ke kalau dah bertunang tu dia lah yang menyapa bakal pak mentua dan mak mentua dia kan ?

"dah ?...." Soal Ayash.

"dah, ibu kejap lagi keluar la tu.... kenapa abang tak nak jumpa bakal mentua abang ?"

Ayash pandang Qisyah, walaupun pakaian sederhana. Qisyah masih ada daya tarikan sendiri. aih kenapa la dia rasa panas sejak akhir-akhir ini.

"terima kasih Qisyah, sebab tolong abang..."

"okey nanti Qisyah bagitau apa Qisyah nak eh?"

Ayash mengangguk mengerti, jangan lah minta bukan-bukan sudah!.

"nak apa ?" Soal Ara yang dah lengkap bertudung, masuk ke ruang dapur itu. Ara pandang Qisyah dan abangnya dengan pandangan yang curiga.

"adalah..." Qisyah ketawa mengekek.

"abang, Qasmina dah tunggu tu, ibu pun dah keluar." ujarnya.

Ayash mengangguk lalu berlalu pergi ke ruang tamu. menghadap bakal pak mentua dan mak mentua nya itu.

"ada apa kau dengan abang Ayash?" Soal Ara menyenggol lengan Qisyah.

"takde, dia minta tolong tadi sambut tetamu tu..."

"habis tu kau nak apa ? aku dengar eh tadi." Ara memicing matanya, curiga dengan Qisyah.

"kau jangan nak minta bukan-bukan Qisyah, kau ingat aku tak tau...."

"ish! kau ni, semua lah kau tahu! dah cepatlah buat air tu, baru kita lepak."

"buat janji yang halal, jangan buat bukan-bukan, ingat! jaga maruah tu."

"tu aku tau lah, kau doakan aku je...."

"hmm yelah, kejap eh, bagi aku masa lima menit"

Ara membuat minuman teh untuk di hidangkan ke tetamu. dari kecik lagi dia tahu Qisyah menaruh perasaan terhadap abangnya Ayash, tapi tak sangka sampai Qisyah habis master dia masih dengan perasaan itu. nak buat macam mana, abang pun dah bertunang ? tak kan nak batal pulak ? ukh! tak tau lah, kalau ada jodoh adalah, kalau takde bersabarlah.




Ustaz KuWhere stories live. Discover now