Bab59 meninggal

10.3K 253 27
                                    

Ayash yang baru pulang dari masjid itu duduk bersila atas lantai di samping isterinya yang sibuk dengan hadiah perkawinan daripada orang kampung. Qisyah hanya memandangnya dengan sekilas, sibuk benar dia dengan hadiah itu.

keningnya berkerut dengan kad ucapan yang sudah di ronyok itu, banyak pulak itu.

kenapa di ronyok?

kad ucapan itu di ambil dan di betulkan sedikit lalu di baca satu persatu.

tersentap hati kecilnya membaca bait kata yang menghina isterinya. Qisyah yang sibuk itu di pandang seketika, tapi kenapa Qisyah seolah-olah tak perduli ?

terasa di perhatikan, Qisyah menoleh memandang suaminya yang turut memandangnya.

"kenapa ?...." Soal Qisyah dengan hairan. matanya turun melihat kad ucapan yang di ronyok tadi berada di tangan Ayash.

dia merampas kad ucapan itu lalu di ronyok lagi dan di lempar jauh daripada mereka. uh! peduli apa, nanti Ara sapu juga lah lantai tu. hihihi

"tak perlu baca!....." Ujar Qisyah dengan nada tak suka.

"jangan peduli apa kata orang lain...." rambut yang menutup wajah itu sengaja di tolak ke belakang.

Qisyah hanya menangguk sahaja tapi dia fokus dengan hadiah pemberian orang itu. kertas pembalut berwarna merah itu di koyak, lalu kotak itu di buka.

set telekung khadijah dan songkok Awing yang mahal daripada Irshad. kad ucapan yang di selit itu di baca.

selamat pengantin baru buat Nur Aqisyah dan suami. semoga bahagia hingga ke anak cucu. semoga Qisyah jadi isteri yang taat pada suami dan menjadi isteri solehah buat Ayash. Abang harap pemberian abang ini membawa makna dan perubahan untuk Qisyah. we love you

"Alhamdulilah, rezeki Irshad bagi semua ni....." Ayash mengambil songkok yang berada di tangan Qisyah lalu di pakai atas kepala, lembut dan selesa saja di tempatnya.

"Woww untung lah telekung khadijah, aku tak merasa lagi telekung ni hurmmm....." ajuk Ara, cantik pulak tu less pink.

"cih! telekung khadijah yang aku bagi dekat kau, ke mana sudah?" ungkit Qisyah. Ara tersengeh, ada je. cuma dia jarang pakai, tunggu ke masjid je baru pakai.

sedang mereka berborak sakan, telefon Ayash berdering minta di angkat.

Ayash mengambil telefon dalam poket seluarnya. panggilan daripada makcik Timah itu di angkat dengan segera.

"Walaikumsalam makcik Timah, ada apa ?...."

"Innalilahirojiun......saya ke sana sekarang....oh? okey saya ke sana bersama tok ketua...."

Qisyah dan Ara berpandangan sesama.

ada apa ?

siapa meninggal?

Ayash mematikan panggilan itu, isteri dan adiknya di pandang.

"siapa meninggal a..abang ?..." Soal Ara ingin tahu.

"Err....Qa...Qasmina dah meninggal tadi...." Ujar Ayash. r

"innallillahirojiuon...." ucap Ara. semoga rohnya di cucuri rahmat Allah.

"Abang pergi dulu mm ?...." dahi Qisyah di kucup lembut. nak je kiss bibir merah delima itu nasip baik ada Ara. Ara berdehem, erk! kalau yee pun jangan lah depan orang!

Qisyah pulak terdiam dan kaku, nak pergi pun kena kiss dulu ke ?

"nanti bawa ibu sekali kalau pergi melawat, tolong makcik Timah menguruskan jenazah arwah...." pinta Ayash, dan berlalu pergi dari situ.

Ara hanya mengangguk mengiyakan. ibunya tadi pergi ke kedai membeli sayur untuk makan tengah hari. tapi nampaknya mereka sibuk nanti.











Ada yang puas hati ke tentang Qasmina ?

Vote ⭐

komen✨

Follow 🎈




Ustaz KuWhere stories live. Discover now