Ayash memberhentikan kereta tepat di depan rumah Qasmina. bahagian di belakang di pandang melalui cermin depan. pintu di buka dan segera membantu makcik Timah dan pak Abu memapah Qasmina. Ayash membontoti anak beranak itu sehingga ke atas rumah.
pintu rumah pulak Ayash tolong bukakan dengan segera. setelah terbuka Ayash segera mencari bilik Qasmina dan membuka pintu bilik itu. Pak Abu dan isterinya berusaha meletakkan Qasmina berhati-hati di atas katil. gadis itu bernafas dengan lemah, dan wajahnya kelihatan pucat. kelopak matanya pun mengitam mungkin terlalu lelah melawan penyakitnya.
"terima kasih Ayash! kalau takde kamu, kami tak tahu nak buat apa. terima kasih sangat-sangat!" Ayash tersenyum dengan ikhlas. tubuh badan yang menua itu di peluk dengan erat. salah satu sebab ini lah dia tetap menolong, sebab belas kasihan sesama insan. pak abu dah tua, mak cik timah pun dah berusia. siapa lagi nak di harapkan jika bukan dia ? tunang kepada Qasmina.
"Sama-sama pak, tidak apa saya ikhlas pak. apa-apa yang makcik dan pakcik perlukan panggil saya saja. saya bertanggungjawap sebagai tunang Qasmina."
Pak Abu mengangguk lemah, mimik wajah berubah sedih mendengar bait kata anak muda itu. sanggup berkorban, dan membuat segala hal kerana Allah S.W.T. lihatlah betapa baiknya anak ini, walaupun di hatinya tiada sekelumit perasaan terhadap anaknya. dia tahu hati anak muda ni terhadap siapa, terlihat jelas sekali di matanya. namun dia membuat pilihan agar memudahkan urusan orang. semoga ada kebahagian untuk anak muda ini.
"Duduk minum Ayash, makcik ada ni je, tak sempat nak masak, makcik pun tak sempat belanja lauk lagi...."
"takpe makcik, bagi air putih saja...." Ujar Ayash.
"makcik minta maaf menyusahkan kamu ya Ayash, nak buat apa lagi, anak makcik memang nak kan kamu. puas makcik nasihatkan dia, emosi Qasmina semakin tidak stabil seiring dengan kesihatan yang semakin merusut itu, makcik tak tau nak buat apa Ayash, makcik minta maaf ye nak...."
"tak perlu minta maaf makcik, saya ikhlas tolong semua ni, kita berserah kepada Allah S.W.T. niat saya baik jaga Qasmina hingga akhir ayatnya. in sha Allah...."
"Ya Allah! kamu sungguh anak yang baik Ayash! makcik doakan kebahagian kamu nak...." tak semenanya manik air mata jatuh di pipi kasarnya. sedih mengenangkan nasip Ayash. sedih juga memikirkan nasip anaknya. kasihan Ayash,
Ayash hanya tersenyum kecil, dia pun tak tahu nak cakap apa. lagi pun dia bertindak mengikut kata hatinya sendiri. dia yakin semua ini ada hikmahnya. hanya Allah yang maha mengetahui isi hatinya. dia tak minta untuk di fahami. biarlah selepas ini orang nak cakap apa. dia tak peduli, semoga apa yang terjadi ke depan nanti di terima dengan hati yang terbuka. sebab dia yakin selepas semua ini, mungkin selebihnya Qisyah tak dapat terima. namun itu lah cara nak memiliki gadis itu. tak kejam dan tak memaksa.
"saya minta maaf kalau keputusan saya membuatkan makcik dan pakcik keberatan, tapi saya janji akan menjaga Qasmina hingga akhir hayatnya kalau itu dapat menenangkan hatinya di saat-saat yang terakhir"
"takpe Ayash, pakcik faham. ada benar dengan keputusan Ayash itu. di sini Qasmina telah memaksa Ayash, dan Ayash sanggup berkorban juga, pakcik tak larang dengan keputusan Ayash itu, Ayash berhak mendapatkan kebahagian sendiri. jangan ikutkan sangat kata orang lain, nanti diri sendiri merana. ingat pesan pakcik ini"
"walaupun Qasmina anak pakcik tapi tak sanggup nak memaksa Ayash. tapi Ayash dah buat keputusan sendiri, maka pakcik berserah sahaja dengan keputusan Ayash."Ayash mengangguk mengerti, pagi tadi dia telah di kejutkan dengan panggilan dari bakal mentua nya. bahawa Qasmina tidak ada harapan lagi untuk pulih dan doktor sarankan pesakit di bawa pulang dan meluangkan masa sebanyak mungkin, sebab bila-bila masa sahaja Qasmina boleh pergi meninggalkan mereka semua. tergantung dengan emosi dan pengambilan ubat yang di berikan untuk pesakit.
itu sebab dia berada di sini tanpa di temani ahli keluarga yang lain.
saya terpikir nak bagi kawin je diorang ni. ok ke ? tanya je 🤭🤭
komen ✅
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...