Bab53 cekik

11K 244 29
                                    

Timah bergerak ke pintu depan selepas mendengar bunyi ketukan.

bunyi pintu yang bergeser itu mengelikan pendengaran Qisyah. uhk! orang kata tak nak ikut. di paksa juga!

"Eh! Ayash ? masuk nak,...Qisyah pun ada sekali ?"

Qisyah hanya memandang sepi makcik itu. senyum pun tak, hanya wajahnya yang masam mencuka. peduli ape!

"pergi salam Makcik Timah, Qisyah...." Arah Ayash. Marah macam mana pun, kena lah hormat yang lebih tua. Qisyah menyalam tangan yang mulai menua itu.

"kenapa dengan kamu berdua ni ? ada masalah ke ? wajah cantik tu kenapa sembab je ?" Soal Timah ingin tahu.

"takde makcik, salah faham sedikit je....macam mana keadaan Qasmina makcik ...."

"macam tu lah Ayash, takde perubahan....jemput masuk nak...Qasmina baru je habis solat tadi...." pelawa Timah. pintu di buka seluas-seluasnya lalu di tutup apabila mereka berdua masuk. Timah pergi ke bilik anaknya memberitahu kedatangan Ayash. setelah di beritahu, Ayash masuk bersama Timah melihat keadaan Qasmina yang semakin merusut itu.

Wajah Qasmina yang pucat itu berubah ceria sebaik sahaja Ayash duduk atas lantai di sampingnya. Qasmina beralaskan tilam sahaja di atas lantai kayu itu. namun tak lama senyumannya mati selepas Qisyah masuk dan duduk di samping Ayash.

Qisyah terkejut, seperti terkena renjatan elektrik melihat keadaan Qasmina yang sekarang.

mana Qasmina yang dulu ?

mana Qasmina yang badan berisi dulu ? kenapa Qasmina sekarang lain ?

wajah cengkung, mata masuk ke dalam, tubuh badan yang kurus dan nampak tulang, seperti mayat hidup.

"Qa...Qa...Qasmi..na....sakit ape...abang ?" Soal Qisyah, tergagap sebab terkejut yang melampau.

"doktor kata ada ketumbuhan di belakang tengkorak wajah Qasmina, tapi doktor tak dapat berbuat apa-apa sehingga sekarang" Qisyah jatuh kasihan dengan Qasmina, sebab ni lah Ayash nak jaga ? sampai akhir hayat perempuan ni ? macam tu ?

Qisyah berganjak sedikit mendekati Ayash. takut! takut dengan wajah bengis itu menatap dirinya. serupa hantu je dia nampak. Lengan Ayash di paut, Ayash pulak hanya membiarkan sahaja.

"A..abang, Qi..Qisyah takut....."

Ayash tersenyum janggal dengan Timah, segan dengan perangai manja Qisyah.

"minta maaf makcik, Qisyah memang macam ni bila dengan saya...."

"takpe, makcik faham, makcik ada nak cakap sikit, tapi bukan dekat sini...." Ujarnya. sebab dia risau anaknya terasa hati dengan pembicaraan mereka.

"kita sembang dekat ruang tamu je makcik..." Ayash mahu berdiri tapi lengannya di tarik oleh Qisyah.

"Qisyah tunggu sini teman kan Qasmina, abang ada nak bincang dengan makcik Timah mm ?"  pujuk Ayash. tanpa mereka ketahui, perlakuan mereka itu di pandang tajam oleh Qasmina.

tapi....

tak sempat nak menghalang, Ayash dah pergi meninggalkan dia sendirian dengan Qasmina yang serupa mayat hidup itu.

dia sebenarnya takut dengan pandangan tajam itu. sumpah! macam hantu je.


"k..a...u..su..ka..lah..kan...kahwin..de..ngan..Ayash!"  Qasmina bersuara dengan nada yang tersekat-sekat, matanya terlihat galak memandang Qisyah di sampingnya.

Qisyah mengembus nafasnya kasar, dah sakit macam tu pun nak buat dosa! uhk! Qisyah hanya mendiamkan diri. malas bertekak dengan mayat hidup.

"A..ayash! a...ku...pu..nya!" tersenyum sinis Qisyah mendengarnya.

"yeke? kalau macam tu kenapa esok abang nak kawin dengan aku ? kau rasa milik siapa Ayash ?" perli Qisyah. sedikit mengapikan perasaan gadis itu.

"i..tu...se..bab...di..a ter...paksa!..."

"kalau terpaksa, takde nye abang merayu dengan aku tadi! siap nak peluk, cium aku...Ah! tak sabarnya malam pertama dengan Ayash, mesti bestkan ? lepas tu kitaorang bahagia, dapat anak yang comel dan cantik, sementara kau ? dapat bagi apa kalau keadaan kau pun, Ayash tak lalu nak sentuh!" bisik Qisyah di tepi telinga Qasmina dengan keras. sakit-sakit macam tu ada hati nak bertekak, bukan aku yang deluan eh!

Qisyah tersenyum sinis. cih! menyesal beri belas kasihan dengan perempuan ni.

terketar-ketar tubuh badan Qasmina selepas Qisyah menghabiskan ayatnya. perasaan emosi membuatkan tubuhnya memberi tindak balas demikian.

"eh? kenapa? kenapa, kenapa ni !?" Qisyah kalut sendirian. kedua-dua tangannya menahan bahu Qasmina agar tak bergerak agresif. habislah!

dengan kudrat yang ada Qasmina bertindak mencekik leher Qisyah dengan kedua-dua tangannya.

uhuk!

Tangan Qisyah memukul tangan Qasmina yang berusaha mencekiknya dengan kuat! sakit macam tu pun sempat lagi cekik orang eh!?

uhuk!

uhuk!

wek!

"A...bang!....uhuk! to..long.!!!" teriak Qisyah. nafasnya tersekat-tersekat. nyawanya bagaikan di hujung tanduk. uhk! tak kan lah aku deluan mati daripada perempuan ni!

"Astagfirullahalazim! Ya Allah Qisyah!!...." Ayash merentap tangan kurus keding itu. Qisyah terjelepok jatuh atas badan Qasmina.

"uhh!!! Argh!!! Arghh!!!!...." Qasmina semakin bertindak agresif. dan mencakar seluruh tubuh badan Qisyah.

Pang!

pipi cengkung itu di tampar kuat oleh Qisyah. terus Qasmina terkulai lemah di atas katil, tapi matanya masih galak memandang Qisyah.

"ya Allah, Qasmina....kenapa cekik Qisyah ni!?" Soal Timah dengan nada yang marah. dia sudah sedia maklum Qasmina tak suka kan Qisyah, tapi tak sangka anaknya bertindak demikian. sampai hati anaknya nak bunuh orang.

"Qisyah tak ape ke ?..." Soal Ayash dengan risau. Qisyah memegang lehernya yang terasa bengkak itu.

uhuk!

"Qisyah!?...." Ayash menggenggam kedua-dua bahu itu.

"tak!..takpe...." jawap Qisyah. masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi. tak sangka Qasmina bertindak lebih agresif. uhk! hampir je mati.

"Arghh!!!! uhh!!! mmphhh!!...." jarum berisi ubat penenang itu di suntik di lengan Qasmina. tak sampai berapa saat Qasmina tidak sedarkan diri lagi.

Timah mengembus nafas lega, kedua anak muda itu di pandang.

"makcik minta maaf Qisyah....makcik betul-betul tak sangka Qasmina buat macam tu, setahu makcik dia tak boleh bergerak berapa hari ini, seluruh urat saraf dia tidak berfungsi lagi"

uhuk!

Qisyah terbatuk lagi. dia yang sihat dia pulak yang lemah! sepatutnye dia boleh je sepak terajang mayat hidup itu tapi dia tak sampai hati lagi buat macam tu, dia masih berakal lagi. Qisyah berdehem membetulkan nada suara nya yang sarut-sarut itu.

"hmmm....tak pe makcik....sikit je ni...." Ujarnya. sikit kau kata ? uhk! yelah tu.

"sebaiknya kamu pulang saja, makcik doakan urusan kamu di permudahkan esok...." Ujar Timah dengan suara yang bertukar sedih, Qisyah jatuh kasihan pulak dengan makcik ni.

"apa-apa nanti makcik perlukan pertolongan call Ayash je makcik...." Timah mengangguk mengerti.

"Asalamualaikum......"

"walaikumsalam...." jawap Timah.









Bab kali ni panjang sikit✨










Ustaz KuWhere stories live. Discover now