Bab50 tamparan kuat

10K 202 1
                                    

Ayash mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala bersih. selepas balik dari rumah Qasmina, terus dia membersihkan diri kerana sekejap lagi masuk waktu dan perlu ke masjid dengan segera.

dia di kejutkan dengan pintu yang tiba-tiba dibuka dengan kasar sekali. terhenti segala perbuatan nya saat ini, badannya terkaku dan tak bergerak langsung.

"Qisyah?....bo....."

Pang!

tak sempat nak meneruskan ayatnya 'boleh tak jangan masuk sembarang' eh! kena tampar pulak! uiss sakit! kuat bunyi tu bang.

kuat sehingga terteleng ke tepi kepalanya. otaknya lambat memproses apa yang terjadi sebenarnya?

kenapa Qisyah tampar dia ?

apa salah nya ?

perlahan-lahan Ayash menoleh dan membalas renungan tajam dari Qisyah. terkedu dengan manik air mata yang jatuh di pipi mulus itu. naik turun dada Qisyah menahan emosi yang sekejap lagi membuak-buak keluar.

Ayash berdehem dengan perlahan, dari mimik wajah Qisyah, dia benar-benar emosi.

"kenapa!!? kenapa abang buat semua ni !? hah!!" tengking Qisyah. nasip baik ibu dan abahnya pergi belanja barang basah untuk majlis besar esok dan malam ni malam berinai. kalau tak, mungkin dah kecoh sekampung.

"bu...at apa? abang tak buat ape pun...." sangkalnya. dia nak tahu apa yang membuat gadis itu penuh dengan emosi.

"tak buat apa pun!! apa niat abang nak kawin dengan Qisyah !!? ape!! sedangkan abang bertunang dengan perempuan tu!! abang nak madukan Qisyah ke lepas ni haa!!!" bersungguh dia lepaskan marah di hati itu. kalau bab cemburu dia boleh tahan, tapi ini ? hal masa depan dia, tak mungkin dia pandang sebelah mata sahaja.

Ara yang baru nak betindak menenangkan sahabatnya itu terhenti dengan isyarat abangnya 'takpe'. dia pun terkejut juga bila ibu ada bagitau tadi. tak sangka Qisyah yang nak kawin. tapi cara abang nya salah lah, tak bincang awal-awal dengan Qisyah.

aih! kalau ye pun nak marah, tunggu lah abang ni siap pakai baju. ni dah lah habis mandi masih berkemban paras pinggang lagi.

"bawa bersabar Qisyah, tunggu abang dekat luar. nanti abang jelaskan semuanya." pujuknya. kalau Qisyah agresif sikit ni habislah terlucut tuala yang di pakainya.

"sabar abang kata!! Qisyah tak nak dengar penjelasan abang lagi!! Qisyah tak nak kawin!!!" tempik Qisyah. dia pergi bersama dengan air matanya.

"Qisyah!....Qisyah!! nak ke mana tu!? tunggu abang!" namun tak di pedulikan. Qisyah terus keluar daripada rumah ini. Ara tak dapat menahan sahabatnya yang tengah emosi itu, silap-silap mereka pulak bergaduh.

"Er...takpe bang, biar Ara pujuk..." Ara mengejar langkah Qisyah yang semakin jauh itu.

Ayash menghembus nafasnya dengan kasar, masa ni lah Qisyah buat hal. ukh! ni lah yang dia takut kan sebenarnya. Dia kenal betul perangai degil Qisyah ni. tak mustahil dia membatalkan majlis ini.

"Ya Allah, engkau lembutkan lah hati gadis itu, permudahkan segala urusan kami." pintanya dengan maha Mengetahui dan Maha mendengar.

tak ada masa lagi, dah nak masuk waktu. hal peribadi terpaksa di ketepikan dulu. Ayash segera bersiap-siap pergi ke masjid. jubah berwarna putih itu  di pakai dan songkok di letakkan atas kepala. setelah itu dia pergi meninggalkan rumah dan segera ke masjid.



"Ara!...kenapa abang kau sanggup buat aku macam ni! hah? ak..aku tak faham lah...." tersedu-sedu dia menangis dalam dakapan Ara. Ara mengusap belakang Qisyah dengan perlahan, berharap dapat menenangkannya.

bunyi air terjun itu tidak lagi mendamaikan hatinya sekarang. nasip baik hari dah nak petang. tak ramai orang mengunjungi tempat ini. uhk! boleh nye sampai sini. walhal di sini berkilo meter baru nak sampai. akibat emosi, sampai lah dua sahabat ini di air terjun dengan berjalan kaki sahaja.

"Qisyah....aku harap kau bersabar ye, ada hikmahnya semua ni, mungkin abang ada sebab buat semua ni, Qisyah jangan ambil keputusan melulu, kasihan orang tua kita, ibarat menconteng arang di muka mereka, satu kampung dah tahu esok korang menikah. dan malam ni malam kau berinai."

"ta...tapi....Qasmina macam mana ? tak kan aku nak bermadu ? aku tak suka!" rengeknya.

uh! itu Ara tak dapat nak jawap. dia sebagai wanita pun tak teringin nak bermadu tanpa sebab, apatah lagi Qisyah. tapi dia yakin mesti abangnya ada sebab tapi tak tahu sebab apa itu.

"Qisyah sayang abang kan ?" Soal Ara ingin tahu. Qisyah mengangguk dengan lemah. tahu! dia dah lama tahu sahabat nya masih setia dengan perasaan dulu itu. perasaan suka dengan abangnya.

"ta...pi! aku tetap tak nak bermadu!!" tegasnya. Qisyah menangis sekuat-sekuatnya di situ. tiada siapa yang dapat mendengar tangisan nya sekarang selain mereka berdua.

Ara mengembus nafasnya dengan lemah, sambung nangis lagi. ukh! cengeng.




Ustaz KuWhere stories live. Discover now