pelamin hampir seratus-peratus di dirikan. cantik betul tema pelamin. semua di hiasi dengan bunga rose berwarna putih. semua serba putih, kerana warna putih melambangkan kesucian, kebersihan dan keamanan.
sambil menunggu pelamin itu siap seratus peratus. semua geng perawan pakat berkumpul di atas pelamin, temankan Qisyah berinai atas pelamin itu. nasip baik pelamin ini kukuh juga lah, kalau tak mungkin nak roboh dengan mereka semua ni.
"jangan bergerak lah Qisyah!...nanti rosak inai ni tau!" rungut shila. rosak nanti tak cantik lah hasilnya.
"Aduh! belakang aku gatal lah, tolong...aduh! tolong garuk kejap...." Ara menggaruk belakang badan Qisyah.
"Bukan situ, atas lagi....tak! atas lagi!"Arah Qisyah. Ara berdongkol geram dengan sahabatnya ni nasip baik jadi permaisuri satu hari esok.
"Ish! aku tak suka lah baju buruk ni! gatal! baju siapa ni?" rungut Qisyah. badannya asyik gatal je sejak pakai baju kain cotton bercorak bunga-bunga kecil itu. bukan itu sahaja, dia di paksa pakai kain sarung. uhk! rimas!
"baju di beli lah! adat berinai memang macam tu, kena pakai! lepas dah siap baru boleh tukar." Ujar Shila. banyak songeh betul lah sepupunya ni. nasip baik sayang.
"Ara...perut aku lagi gatal....." Qisyah tersengeh seperti kerang busuk dengan renungan tajam Ara.
"Alah...cepatlah...gatal ni! aku rasa baju ni shila tak cuci lah!"
"ish! kau ni kan....aku kata jangan bergerak!..."
Ara menggaruk perut Qisyah yang di katakan gatal sangat tu, bukan main kau eh!
"Hahahahahahahhahaha!.....Ara! gelilah!" Qisyah meronta-ronta kegelian di perutnya.
"Ya Allah! bertuah betul ni orang! sesiapa boleh pengsan kan budak ni!? sampai esok tak siap lah inai ni...." omel shila.
Qisyah tergelak besar, okey tak gerak lagi. kesian shila, nanti comot hasil tangannya.
Jam berganjak pukul 11.00 malam. malam berinai pun sudah selesai. pelamin pun dah siap seratus peratus. cantik sangat! meja untuk tetamu pun dah siap di pasangkan alas meja, bangku pun dah siap di lapik dengan alas bangku.
mereka tak sibuk malam ni, biasanya sibuk memasak tapi mereka kali ini tak sibuk, sebab Ayash menempah katering sahaja,
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Uhk! Qisyah mundar-mandir dalam bilik itu, menunggu Yati memanggil nya keluar. saudara mara yang lain sedang berkumpul di ruang tamu menunggu bakal pengantin lelaki tiba.
lain macam perasaan nya kali ini, sesekali dia menarik nafas lalu mengembus dengan perlahan.
"Aish! kau tak boleh diam ke hah!?" omel Qisyah dengan hati sendiri. dari tadi gelisah tak tentu arah. telapak tangan pun dah berpeluh-peluh memegang sejambak bunga rose berwarna putih itu.
berdebar menunggu namanya di panggil keluar.
Qisyah tersentak apabila pintu bilik itu di buka dari luar.
"Qisyah?....dah ready ?....." Soal Yati di depan pintu. perlahan-lahan kepalanya mengangguk. walaupun dia tak bersedia lagi sebenarnya.
"dah jom! keluar...."
Qisyah memakai busana pengantin berwarna putih. selepas akad nanti baru lah dia berganti dengan gaun yang di tempah hari itu.
sejambak bunga di genggam dengan erat. kalau bunga tu pandai bicara, mesti dia cakap 'pegang dengan elok boleh tak? sakit tau!' tapi nasip baik tak pandai bicara.
Yati mengiringi pengantin perempuan sehingga ke jinjang pelamin. Qisyah di arahkan duduk memerhati dan mendengar akad nikah yang sebentar lagi nak mula.
di tengah-tengah ruang tamu itu. duduknya pengantin lelaki berhadapan dengan imam dari kampung ini iaitu Sulaiman, di tengah-tengah mereka terdapat sebuah meja paras dadah, dan di atasnya ada sekeping kertas yang entah apa fungsinya. mungkin rujukan dan muiz. (yang ni saya tak tahu pulak 🤭 asal korang faham lah ye)
sebelum akad nikah bermula, Ayash berdehem dan membetulkan kedudukan nya di atas lantai yang beralaskan bantal bulat bersize besar.
"siap sedia?...." Ayash mengangguk mengiyakan. kedua-kedua lelaki itu berjabat tangan. mereka di keliling ketiga-ketiga saksi dan juga saudara mara yang lain. semua mengeluarkan henfon dan membuat rakaman detik-detik bahagia ini.
sementara Qisyah di biarkan duduk bersendirian atas mini pelamin untuk upahcara pembatalan air wudhu selepas akad Nikah.(betul ke eh? sis tak pernah nikah lah 😂 tolong komen)
"Aku Nikahkan engkau dengan cucuku Nur Aqisyah binti Mahmud dengan mas kawinnya 1000 ringgit tunai!"
"Aku terima nikahnya Nur Aqisyah binti Mahmud dengan mas kawinya 1000 ringgit tunai!" fuh! ini lah hasil tutorial semalam. nasip baik dengan sekali lafaz sahaja walaupun jantung hati nak terkeluar dari tempat.
"Sah ?" Soal Imam kepada ketiga-tiga saksi itu.
"Sah!...." jawap mereka serentak dengan suara yang cukup lantang. para tetamu yang lain turut memanjatkan syukur untuk kedua-dua pasangan pengantin hari ini.
Imam menadahkan tangan dan membaca doa di ikuti orang di sekelilingnya. tak lama kemudian iman mengaminkan doanya.
"Alhamdulilah!. kamu berdua selamat menjadi suami istri!....sekarang pergi ke tempat isteri kamu...."
Ayash berdiri dari tempat duduknya dan berjalan mendekati Qisyah yang baru sahaja bergelar isterinya.
Ara berdiri di samping Qisyah sambil memegang dulang yang beralaskan kain sulaman tangan, dan di ataskan terletak sebuah kotak kecil berwarna merah menyala yang terbuka luas dan memaparkan sebuah cincin emas yang bertakta berlian kecil di atasnya.
Qisyah hanya menunduk seperti yang di arahkan ibu Yati tadi sebelum akad nikah, jangan mengangkat pandangan selagi suami tak menyarungkan cincin di jari manis dan menyentuh ubun-ubunya.
cincin itu di ambil lalu Ayash berlutut di depan Qisyah. masa ni mereka di kerumuni ramai peminat dan menangkap gambar saat-saat bahagia mereka. fuh! mengalahkan artis!
lalu jari manis kanan Qisyah di jari dan di cincin itu di sarungkan dengan perlahan-lahan. setelah itu Ayash berdiri, MashaAllah! dalam diam dia memuji isterinya, bertapa cantik bidadarinya saat ini.
dagu Qisyah di paut, buat sesaat mereka bertentangan mata, lalu turun ke hati eh?
dan Ayash melabuhkan ciuman yang hangat di ubun-ubun Qisyah. sehingga haruman dari tubuh Qisyah itu masuk ke dalam rongah hidungnya, membuatkan dia tak sabar malam ni erk!? hahahhaa gurau.
serentak dengan itu, bagi menghidupkan suasana majlis ini, di luar sana sekumpulan saudara lelaki memalu kompang dan diiringi lagu pengantin yang cukup lantang!
kompang di paluuuuuu
kompang di palu!
duduk bersandinggg,
tersipu malu!
namun tanpa mereka sedari, ada mata yang sedang memerhati gerak geri mereka, tapi sayang, dia hanya memandang tanpa berbuat apa-apa. walaupun sakit, masih gagahkan diri ke majlis ini.
uh! keluhan lemah di lepaskan, sempat kah dia merasakan suasana seperti ini ?
Haloo, maaf andai ada kesalahan bab nikah ni, mohon pencerahan jika ada, komen di bawah.
korang, sorry kemungkinan lambat update ni 🤧 tapi sis usahakan yaa. balik kg lagi uh!
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...