Bab22 sakit

11.7K 203 0
                                    

TOK! TOK!

"Qisyah! bangun! dah tengah hari ni! ape anak darah tidur sampai tengah hari ni haa!? Qisyah!"

Tok! tok!

tiada sahutan Sulaiman memulas tombol pintu yang tidak berkunci itu.

"Ya Allah! anak bertuah ini....hei! Qisyah bangun!" Sulaiman bercekak pinggang memandang cucu kesayangannya itu masih di buai mimpi yang lena. namun dia pelik, selalunya Qisyah bangun awal, ni kenapa lewat sangat ni. kadang orang dah panggil pun dia dah sedar, ni tak sedar-sedar.

"Qisyah?...."Sulaiman mendekati cucunya yang baring secara mengiring itu, habis di bungkus satu badan dengan selimut tebal. tak panas ke ?

Sulaiman memegang dahi yang basah dengan peluh.

"Ya Allah! demam panas ni....." dia segera keluar dari bilik, dah lah dia nak ke mekah menunaikan haji, sakit pulak cucu bertuah itu.

kain bersih di cari dan di bawa ke dapur bersama, kemudia besen kecil di ambil dan air panas di tuang kan ke dalam, lalu air paip di tambahkan sehingga air itu menjadi suam. setelah itu, dia kembali ke bilik Qisyah. besen itu di letakkan di atas meja lampu tidur. lalu kain bersih tadi di celupkan ke dalam air suam dan di perah sehingga tiada air yang menitik. kemudian kain bersih itu di lekapkan atas dahi Qisyah.

"budak ni! masa atok nak jalan lah mesti sakit, macam mana atok nak jalan ni....." dia berfikir sama ada pergi atau tidak. tapi kalau tidak pergi sayang seribu kali sayang peluang sekali seumur hidup.

Qisyah bergerak meluruskan badannya. mata seakan-akan berat untuk di buka, tapi dia dapat merasakan kehadiran atoknya di situ.

"Tok.....atok mesti pergi, Qisyah tak pape pun.....nanti baik lah ni, sehari je ni...." pujuknya dengan mata yang masih tertutup, atoknya kalau dah risau, dia sanggup ketepikan segala urusan yang penting penting.

"hmmm, macam mana atok nak pergi ni, atok risau tiada jaga kamu....." Ujar atoknya. kalau ada yang jaga Qisyah ni, tenang sedikit hatinya.

"takpe, Ara kan ada, panggil je dia...." Ujar Qisyah dengan lemah, nafasnya semput bila bersuara.

"haa! yelah....atok titipkan Qisyah dengan Ara, jangan nakal-nakal tau, jaga sikit imej Ayash dekat kampung ni" sedikit pesanan buat cucunya. sebab lepas ni kemungkinan Ara dan Ayash tidur sini.

sebab dulu pun Qisyah pernah sakit sebelum ini, dan kebetulan dia ada urusan penting di bandar. jadi dia menitipkan Ara dan Ayash menjaga dan menemankan Qisyah sehingga sihat. sebagai bonus, dia akan membawa pulang buah tangan.

sebab apa dia cakap macam tu, sebab dia kenal Qisyah, sedikit jahil dari Ara, dia tak pernah jaga batas dengan Ayash. dia buat Ayash tu lelaki biasa yang tiada imej.

Qisyah mengangguk mengiyakan dengan lemah, dahi itu di kucup lembut, dan kepalanya di usap pelan.

"Atok nak masak bubur dulu, lepas tu atok pergi yaa..." Ujarnya. dan segera keluar dari situ. dia kembali ke dapur dan memasak bubur ayam untuk Qisyah sebelum pergi berlepas ke Mekah.

kemarin dulu, dia dapat panggilan dari seorang pegawai, mungkin yang mengatur orang untuk ke Mekah. dan dia telah di beritahu bahawa dia telah terpilih untuk ke tanah suci Allah itu. bertapa dia panjatkan kesyukuran atas peluang itu.

Hasil dari duit tabungannya bertahun-tahun untuk ke tanah suci menunaikan rukun haji bagi umat islam jika mampu. Alhamdulilah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.












Ustaz KuWhere stories live. Discover now