Bab30

9.6K 209 4
                                    

serentak Adam dan Irshad menoleh memandang Qisyah yang tengah merenung dengan tajam ke arah mereka. terus tak jadi mereka meneruskan lakonan terpendam itu.

mereka berdua terus naik ke atas.

"ni haa! jemur!....." Arah Qisyah selepas kaki mereka selamat menginjak lantai atas. wajahnya masam mencuka.

"kenapa ni?.... mmm?....jemur kain pun monyok?" Soal Irshad dengan lembut. tahulah mood Qisyah sekarang mood manja.

"tak sampai! asal buat ampaian tinggi macam ni ? haa !? uhk!...." ni semua salah atok, atok buat ampaian tinggi macam ni sebab atok orangnya tinggi 190 lebih. dah lah dia pendek 154 lebih je.

lah? sebab tak sampai pun monyok ? 

Adam tergelak mendengar itu. tu la pendek! kecik-kecik tak nak makan sayur! kekehan Adam mati dengan serta merta selepas di renung tajam oleh Qisyah. dia berdehem dan berura-ura menolong Irshad menjemur kain itu.

kedua-dua lelaki itu pun menjemur kain dengan arahan Qisyah. hmm macam sweet je ?

"Asalamualaikum......"

Terkedu Ara melihat dua lelaki yang cukup di kenalinya itu. terangkat sebelah keningnya. binggung dengan dua lelaki tampan itu sedang menjemur kain ? sorang pakai baju melayu, sorang lagi pakai jubah ? nak tergelak pun ada.

"walaikumsalam!....kau dari mana ? baru muncul ?..." Soal Qisyah sambil melangkah masuk ke dalam rumah dan meninggalkan dua lelaki itu.

"Dari panti asuhan, eh! kenapa diorang tu ?....bila Irshad sampai ?" dia membontoti langkah Qisyah sehingg ke dalam.

Qisyah mengangguk mengerti. dan mengjongket bahunya malas hendak menjawap. moodnya tidak berapa baik hari ini. marah dengan Ayash masih tersisa di hatinya. sakit hatinya di tengking selepas mengungkit kisah lama. salah ke ?

"Auu...sakitlah!...." Qisyah mengosok bahu yang di tampar Ara tadi. tu lah orang tanya jawap! haa! kan mendapat.

"aku tanyakan....." Ara mencubit lengan Qisyah lagi. tapi kali ni Qisyah mengelak.

"ish! Zohor tadi lah.... tangan tu tak reti diam ke!?" Qisyah mahu mencubit lengan itu tapi Ara pantas mengelak.

"okey....okey...." tangannya naik ke atas tanda mengalah. tau takut!

tidak lama kemudian, Irshad dan Adam pun masuk ke dalam, Irshad mempelawa Adam duduk sebagai tetamu. dan Adam pun melabuhkan punggung di sofa empuk itu. matanya meliar di seluruh pelusuk rumah antik yang masih gah dan cantik milik ketua kampung.

bakul pakaian tadi di bawa ke dapur semula dan di letakkan sebelah mesin basuh.

tanpa di pinta Irshad membuat air untuk tetamunya sorang tu.

"Abang buat apa tu?" Soal Qisyah yang muncul tiba-tiba di sampingnya.

uh! nak tertumpah gula ni di buatnya.

"buat air tuk Adam...."

"reti ke ?" perli Qisyah.

"aih! bukan abang namanya buat air pun tak reti, buat malu je...." Qisyah tertawa menampakkan giginya. bagus lah tak payah nak susah-susah nak hidangkan minuman lagi.

"lepas magrib nanti siap-siap, kita belanja barang dapur.." Arah Irshad. memandangkan barang dapur dah nak habis, dia nak belanja barang dapur dulu.

"yeayyyy! ni yang seronok kalau ada abang...." Qisyah memeluk lengan itu dengan kejap. hampir tumpah kopi yang di bancuhnya.

"eii! elok sikit....abang tengah buat air ni!"

"oppss sorry....."

Ara berdehem di belakang, agar kehadirannya di ketahui Qisyah. Qisyah menoleh dan memandang sahabatnya itu. Irshad pergi selepas membancuh air kopi itu untuk Adam, sempat juga dia mengerling Ara yang terlihat manis itu. dia tarik senyum sikit, namun Ara menundukkan pandangan tanpa membalas senyumannya.

"memandangkan Irshad dah ada, kau minta kawan tidur lagi ke ?" Soal Ara ingin tahu, ikutkan dia nak temankan Qisyah sebulan. tapi Irshad dah ada, tak kan dia nak bermalam lagi ? segan lah. aurat sentiasa nak kena tutup.

"yelah!.... dah tu kau nak tinggalkan aku sendirian lagi? tak pasal-pasal aku kawen free pulak" cukup-cukup lah dulu dia pernah di fitnah dan hampir terkawin dengan abang sepupu sendiri, jauh-jauh balah. kalau sepupu sekali takpe boleh je kawin, tapi ni abang sepupu  ? tak pasal-pasal ada keturunan songsang.

tapi suka boleh kan?

"hurmmm....yelah....abang Ayash? macam mana ?"

Qisyah termangu dengan soalan itu.

"perlu ke ? Irshad kan dah ada?"

"perlu kot, sebab kita berdua je ni tau...."

"ibu izin ke ?...." Ara mengangguk. ibu izin je sebab rumah pun dekat, boleh tengok-tengok. tapi susah kalau dah waktu malam semua orang dah tidur. buatnye ada pencuri ke ? perogol ke ?. tak ke seram.

"Er....tak tau lah.....tengok lah kalau abang nak..." Ujar Qisyah. dia dah buat lelaki itu marah semalam, nak ke lagi dia bermalam sini ?.

"nak ikut boleh ?...." Soal Ara, dia mengedip-ngedip matanya dan membuat mimik wajah comel.

"ikutlah....takkan kitaorang berdua pulak...." Ujar Qisyah.

Ara melonjak gembira. lama sungguh dia tidak keluar jalan-jalan. makan angin pun jadilah.


hye korang. mungkin sedikit hambar di bab ini sebab kita nak hidupkan watak Irshad dan Adam.

Belanja vote ⭐

komen je ✅
























Ustaz KuWhere stories live. Discover now