Bab21 Rasa gatal

14.6K 202 5
                                    

bunyi cengkerik membinggitkan suasana pada malam ini, dan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup di udara. Ayash duduk di atas bangku kayu yang di sediakan di luar kaki lima itu. tasbih di tangan terus bergerak dengan perlahan-lahan.

"Apa yang Ayash termenung sangat tu ?" Soal Yusup, baru je nak mengunci pintu, tapi ternampak pulak Ayash duduk bersendirian di luar itu.

"eh! abah....duduk lah, takde, Ayash cuma berzikir dekat luar je sambil ambik angin segar...." Ujarnya,

"Abah tengok wajah kamu itu, sedang dalam kesulitan, ada apa nak? bagitahu abah, manatahu abah dapat tolong Ayash...." pujuk Abahnya sambil melabuhkan punggung  di atas bangku kayu bersebelahan dengan anaknya.

"takde Abah,..." bohongnya.

"aih! Abah tengok kamu ni sama macam Abah dulu, masa abah muda dulu macam ni lah, takda lain mesti dah rasa gatal....." ujar Yusup dan tertawa di hujung ayatnya.

"maksud abah? rasa gatal ?" Soal Ayash dengan binggung, Yusup ketawa lagi, lurus bendul betul anak bujangannya yang satu ini.

"maksud abah, nak kawin dah...." Ayash membetulkan kedudukkan nya di atas bangku itu. erk! tersentak sedikit hati lelakinya.

"Astagfirullah, abah ni ke situ pulak" Yusup ketawa lagi, terasa lucu pulak dengan mimik wajah Ayash yang tertangkap basah itu.

"Abah cakap betullah....dulu abah, selalu terkenang-kenang ibu kamu, ibu kamu dulu cantik, suka goda abah tau, sampai abah adalah sekali tak terkawal...."

"Eerr...tu... Ayash tak nak tahu....."

"hahaha kamu ni Ayash, kita ni lelaki, kena tahu pasal tu...."

"tapi abah tak sentuh sampai ke situ pun, abah cuma cium ibu kamu je..." Ayash berdehem, macam mengena pulak di batang hidungnya cerita abahnya itu

" tapi sampai situ je abah boleh buat....selepas dari hari tu abah tak boleh lupakan ibu kamu, abah nak lebih, abah nak ibu jadi milik abah juga setiap hari, jadi....akhir cerita, abah ajak ibu kahwin, sebuah perkahwinan yang dapat menghalalkan semuanya. tidak lama, lahirlah kamu sebagai anak sulung kami" Cerita Yusup dengan panjang lebar.

"jadi kalau Ayash dah rasa gatal, kahwin je cepat dengan orang yang Ayash nak milikki tu..."

"ehemm....takde lah abah" 

"nak abah pinangkan ke Qisyah tu?" Soalan maut daripada abahnya.

uhuk!

uhuk!

tercekik air liur sendiri.

"A...ayash dah bertunang lah abah...." Ayash cuba mengingatkan abahnya itu.

"nak menjaga hati orang tu, utamakan hati sendiri dulu, perasaan ni tak boleh di paksa kan. jangan keruhkan keadaan selagi boleh di bincangkan." nasihat abahnya.

Ayash mengangguk mengerti, pandai-pandai lah dia nak settlekan nanti.

"Abah masuk dulu....jangan lama-lama di luar, nanti masuk angin..." Ayash mengangguk lagi.

selepas abahnya menutup pintu dari dalam, Ayash mengembus nafasnya dengan lemah.

mengenang cerita abahnya tadi, ada sedikit betul tentang apa yang dia fikirkan.

nampaknya dia memang rasa gatal sekarang. wajarlah untuk seorang lelaki normal seperti dia. siapa je tak bernafsu ? siapa je yang tak terusik pasal benda tu ? lagi-lagi bila dengan orang yang tersayang. cuma tu lah, selagi tak halal kena jaga iman sekuat mungkin.

"Ya Allah, engkau jauhkan lah hamba mu ini dari terpesong jauh, semoga iman terpelihara walaupun terancam..." terancam dengan Qisyah. Qisyah ni tak boleh buat main, kalau dia nak, nak lah tu. tengok degilnya tu macam mana.

seperti sebulan yang lalu, hampir lagi dia bertindak lebih jauh, mujur dia cepat sedar dari kenyataan. kalau tak, tak tau apa nak jadi.












Ustaz KuWhere stories live. Discover now