Hospital.
Ayash mencari bilik pesakit yang bernama Qasmina. satu persatu nama bilik pesakit di lihatnya. sampai di hujung koridor baru lah bilik pesakit bernama Qasmina di jumpainya. pintu di ketuk tiga kali lalu di buka dengan perlahan-lahan.
figura Timah duduk di samping anaknya yang di penuhi wayar-wayar berselirat. bilik itu bising hasil dari bunyi mesin yang berada di tepi katil Qasmina.
Tit ! Tit! Tit! Tit!
setiap sesaat mesin itu akan mengeluarkan bunyi serentak dengan detak jantung Qasmina yang semakin lemah di pendengaran.
perlahan-lahan Ayash mendekati Ibunya Qasmina. orang tua di sebelahnya itu tidak berhenti-henti menangisi nasip anaknya yang tidak sedarkan diri lagi.
"A..yash....sebaiknya...kamu batalkan saja niat Ayash nak memperisterikan Qasmina, Qasmina dah nak pergi.....tunggu masa je...." Ujar Timah dengan suara yang terketar-ketar. jika bukan di sebabkan paksaan dari Qasmina, Ayash tidak akan berada dalam di lema sekarang.
Ayash berdiri mematung dan tidak menjawap, adakah keputusan yang dia buat betul ?
"makcik minta maaf memanggil Ayash kemari, tadi Qasmina ada pergi ke majlis kamu tadi, tapi tak lama kemudian Qasmina di serang strok secara tiba-tiba, makcik tak tau lah nak buat apa. makcik risau..." Ayash terkejut, tadi dia memang ternampak bayangan seperti Qasmina tapi tak sangka rupanya memang Qasmina yang di lihatnya.
"Pak Abu ke mana makcik ?...." Soal Ayash, dari tadi bayang orang tua itu tidak kelihatan. sekaligus dia ingin menukar topik pembicaraan mereka.
"pakcik ke bandar dari siang tadi, kejap lagi dia sampai lah tuu....." Ujar Timah, tangannya tidak berhenti mengusap jari jemari yang pucat itu.
Ayash mengangguk mengerti, jam di dinding di pandang. tepat jam 1 subuh, mesti Qisyah tercari-cari dirinya. semoga Qisyah tak merajuk lah hmm.
tak lama kemudian, seorang doktor pakar berjantina lelaki masuk ke ruangan bilik pesakit. sesaat dia melihat pesakit bernama Qasmina lalu meneliti fail biru yang berada di tangannya. Ayash dan Timah dengan sabar memerhati dan menanti keputusan dari doktor pakar itu. sesekali doktor pakar itu terlihat mengeluh.
"kenapa doktor ?" Soal Timah ingin tahu, dia bangun daripada kerusi yang di duduknya.
"hmm, nampaknya Qasmina tidak harapan sedar selepas ini, saya sudah tegaskan, jangan bagi pesakit menanggung stres?!" Doktor pakar itu merenung Timah dengan simpati, tak ada guna memarahi orang tua itu. sudah nasip anaknya.
"Lihat mesin itu......" Timah dan Ayash dengan akur melihat mesin yang berada di samping Qasmina.
"oksigen yang berada dalam tubuh pesakit hanya 40% sahaja... walaupun kami menambah oksigen kepada pesakit, tetap tidak ada perubahan....."
" jadi makcik, selepas ini kita berdoa banyak-banyak agar Qasmina di berikan keajaiban untuk sembuh....saya harap makcik bersedia selepas ini...."tangan tua itu naik menutup mulutnya, menahan daripada meraung di ruangan ini. Ayash hanya tunduk memandang lantai hospital itu. tidak putus-putus doanya untuk kesembuhan gadis itu.
setelah menjelaskan keadaan pesakit, doktor itu pergi meninggalkan penuh duka dengan mereka.
terduduk Timah di atas lantai simen itu menangisi apa yang terjadi. walaupun dia telah melarang berpuluh-puluh kali pun, Qasmina tetap pergi ke majlis itu tadi. dan di sebabkan kedegilannya itu membawa padah dengan dirinya.
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...