sedang Qisyah makan tengah hari, di bawah kolong rumah terdengar deruman enjin kereta, Qisyah kebingungan sendirian. atok ke ? baru tiga hari atok di sana belum pun sampai ke mekah, dah balik ? tapi kenapa lain macam je bunyi kereta tu, selalunya vigo atok bunyinya kuat dan bising.
Qisyah bangun dan bergerak ke pintu hadapan, kepalanya memanjang mencari batang hidung pemilik kereta jenama Almera berwarna merah itu. tidak lama kemudian keluar seorang pemuda kacak berjubah berwarna merah, rambutnya di sisir ke belakang dengan bergaya. mungkin baru nak pergi sembayang jumaat.
terangkat kening Qisyah, siapa pulak lelaki handsome nak gila tu ? anak matanya mengikuti lelaki tinggi lampai itu menuju ke anak tanggah sehingga ke atas sambil menjinjit beberapa beg kertas di tangannya. eh! eh? sesuka hati je naik rumah orang, dah lah dia sendiri je.
"Asalamualaikum....."
"Er....walaikumsalam....atok takde...." jawap Qisyah, selalunya orang datang bertandang ke rumah mesti cari atoknya atas urusan mengenai ketua kampung.
Tertawa lelaki itu menampakkan gigi bersihnya. tak kan lah handsome sangat sampai tak kenal abang sepupu sendiri ?
"Qisyah....tak kenal abang ke ?"
Abang ?
anak matanya memandang figura lelaki itu dari hujung kaki sehingga ke atas kepala. Irshad ?
"Abang!!!....." teriak Qisyah selepas wajah itu di cam juga. lalu dia berlari bergegas memeluk lelaki tinggi lampai itu. terkedu Irshad di buatnya. aih! nasip baik sepupunya.
"Kenapa datang tak bagitau!....." pelukan itu di lepaskan. nasip baik tangan kotor kalau tak boleh peluk lama-lama hahahaha.
"Suprise!...nah!...untuk Qisyah...." beberapa beg kertas berwarna pink itu di ulurkan dan di sambut Qisyah dengan wajah ceria.
"mm? apa ni ?....ole-ole ke ?...." Irshad mengangguk kepalanya mengiyakan. Qisyah melihat isi dalam kotak itu sekejap.
"kenapaa dengan tangan tu ? Qisyah tengah makan ke ni?..." Soal Irshad melihat tangan itu kotor dengan sisa nasi. Qisyah tersengeh mengangguk.
"Ha ar tengah makan tadi, jom lah masuk...." Ujarnya dan melangkah masuk ke dalam rumah.
"kejap lah, abang kena angkat barang dulu,...." Irshad turun kembali ke bawah mengambil dua beg bagasinya belakang bonet kereta Almera itu.
Dari jauh lagi Ayash memerhati dari kaki lima rumahya. tadinya dia mahu pergi ke masjid tapi kereta merah yang tiba-tiba berhenti depan rumah ketua kampung itu menjadi persoalan di kepalanya. siapa pulak datang tu? sehinggah la dia melihat lelaki yang cukup di kenalinya. sepupu lelaki Qisyah yang berasal dari bandar.
selamat sedikit dia selama sebulan ini, tapi sedikit terusik hatinya dengan kehadiran sepupu lelaki Qisyah itu. daripada memikirkan itu, lebih baik dia bergegas ke masjid untuk sembahyang jumaat.
langkah kakinya mendekati Irshad yang sedang menurunkan barang-barangnya dari bonet.
"Asalamualaikum Irshad....." sememangnya dia sudah kenal siapa sepupu Qisyah ni, kalau ada Qisyah dekat kampung ni, mesti dia akan tinggal berbulan-bulan di sini.
"walaikumsalam, eh! Ayash...apa khabar?...." lalu mereka berjabat tangan.
"Alhamdulilah sihat walafiat sekeluarga, lama tidak jumpa, bagaimana kamu ?"
"syukur Alhamdulilah begini saja, sama ja keadaan, eh! sebelum tu, saya minta maaflah kalau Qisyah ada buat salah atau apa yang membuat kamu tak senang, saya ke mari untuk jagakan Qisyah selama sebulan ni...." ujarnya panjang lebar walaupun tak di tanya.
"takpe....saya pun dah angap Qisyah ni seperti adik sendiri...saya tak keberata pun...." hmm yelah tu.
Irshad tersenyum lalu mengangguk mengerti.
"eh! nak sembahyang ke ? jom lah sama-sama" Ajak Irshad.
"Haa arr saya nak ke masjid awal sikit....." Faham dengan Ayash yang dah pun mengambil ahli tugas atoknya Sulaiman.
"oh! takpe....nanti saya menyusul kejap lagi ..."
"kalau begitu, saya pergi dulu ..." ujar Ayash. dan mereka berjabat tangan lagi untuk mengakhiri perbualan mereka, lalu Ayash berlalu pergi ke masjid dengan jalan kaki sahaja. tak jauh sangat pun masjid itu.
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...