saudara yang datang hari itu bersiap dan berkemas-kemas untuk balik. masa untuk bercuti di kampung sudah pun habis, mereka perlu teruskan kerja-kerja yang tergendala di bandar.
"Jaga diri bebaik abah, inshaAllah ada masa kami datang lagi berombongan macam ni...." Sulaiman mengangguk dan menyambut huluran tangan itu.
"inshaAllah, tak perlu risaukan abah, ada masa datang lah, pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk korang semua...." Ujarnya. cucu-cucu berebut mahu menyalam tangan atok diorang.
Qisyah tersenyum melihat keriangan budak-budak itu. kepala yang sakit tadi beransur pulih, tapi jiwanya seolah-olah tidak tenteram pulak.
"terima kasih mak long, shila dan yang lain. nanti datang lah lagi, Qisyah sunyi sendiri-sendiri" tubuh mak longnya di peluk dengan erat. shila jadi sedih pulak, baru berapa hari dekat sini terasa seperti kemarin je datang. kejap sangat cuti tu. uh!
"Eh! apa pulak sendiri-sendiri, kan atok ada, husband Qisyah pun ada, apa lagi peluk-peluk lah malam....." Qisyah pandang Ayash yang berdiri di sebelahnya. eh!? baru ingat dah kawin hmm.
"lepas ni jangan lupa bagi kami anak buah baru yee...." usik Shila. terbatuk-batuk Ayash di buatnya. yang lain tertawa geli hati.
"inshaAllah.....kalau ada, adalah tu...." balas Qisyah dengan selamba. Ayash di sebelahnya berdehem menghilangkan rasa kekok.
maklong dan yang lain tersenyum, tumpang gembira. tak sangka anak abang Mahmud dan akak tiara, membesar dengan baik dan cantik pulak tu. sekarang sudah jadi isteri orang, doa yang baik-baik je untuk anak buah diorang ni.
selesai bersalam-salaman untuk kali terakhir, semua saudara yang lain masuk ke dalam kereta masing-masing.
"bebaik semua! bye!!" Qisyah melambai tangannya ke atas. sedih pulak huhuhu, nak nangis! nak peluk! eh ngade!
"bye!!!!"
"sayang jom masuk, dah nak magrib....." Ayash memapah bahu Qisyah naik ke atas rumah, kali ini mereka bermalam di rumah atok Qisyah, atas permintaan Qisyah semalam. katanya rindu atok, kasihan atok tinggal sendiri kalau sedara mara yang lain balik. mujur Ayash memahami, dan membuat keputusan tinggal bersama tok ketua, lagi pun tok ketua tidak ada kawan di rumah selain Qisyah.
Qisyah baring perlahan-lahan atas katilnya. kepalanya kembali pusing, pandangannya pun menjadi kabur dan samar-samar. uh! kenapa dengan dirinya seharian ni.
"sayang rehat dulu....abang nak ke masjid....." Qisyah mengangguk dengan mata yang tertutup. terasa dahinya di kucup dengan lembut, lalu turun ke bibir. uhk? semakin berani eh ustad ni.
matanya terpaksa di buka dengan perlahan-lahan. dan tepat memandang anak mata suaminya yang turut sama memandang.
"ke...kenape?....." Soal Qisyah dengan gugup. mimpi apa semalam suaminya ? tetiba memanggil dirinya sayang ?
"takde....abang pergi dulu...." Ujarnya.
sampai di pintu bilik langkahnya terhenti, dia memandang semula ke arah isterinya yang berbaring itu.
dia hairan, setiap kali dia menyentuh isterinya, seperti ada angin sejuk lalu di belakang lehernya, dan automatik bulu romanya naik kembang. seperti ada yang tak kena dengan Qisyah. tapi Ayash belum dapat memastikan itu.
Buk!
uh!?
Qisyah terbangun mengejut, bunyi apa tu !? rasanya bunyi tu dari arah dapur. dia segera bangun dan melangkah ke arah dapur dengan perlahan-lahan.
asal gelap ni ?
abang lupa hidupkan lampu ke ?
"abang?.....atok?....." kepalanya mencari kelibat suami dan atoknya namun tidak ada sesiapa di dapur yang gelap gelita itu.
suis lampu di tekan,
eh ?
kenapa tak hidup ?
uhk! sudah lah dia pening. buat hal betul lah!
"woi! siapa tu hah!?" tengking Qisyah. mulutnya tak henti-henti mencarut dalam gelap tu. dia takde masa nak main dengan makluk tu.
tiba-tiba datang satu angin yang kencang yang entah masuk dari mana. pintu dan jendela pun tertutup rapat, lalu dari mana angin sejuk tu ?
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...