Bab16 nasihat

9.9K 202 1
                                    

"ya Allah ya Tuhan ku, ampuni dosa yang telah ku lakukan, sesungguhnya hamba hanya insan yang lemah. hamba masih lemah dengan perasaan sendiri" pintanya dalam doa dengan perasaan bercampur baur.

sedangkan dia bertunang dengan orang lain, tapi dia telah mencium gadis buat pertama kali tanpa sebarang ikatan. dia terlalu goyah bila berhadapan dengan buah hati dia yang sebenar. itu sebab selama tiga minggu dia cuba mengelak dan menjauh dari gadis itu. kerana bila di dekatnya bentengnya akan di jatuhkan oleh gadis itu.

Ayash mengaminkan doanya. dia duduk bersila di atas sejadah itu menghadap kiblat. sambil tangannya memegang tasbih dan berzikir bagi menenangkan hatinya.

dia berdoa agar di beri petunjuk tentang pertunangan dia dan Qasmina. dia rasa bersalah dengan gadis itu, sebab tidak ada sekelumit perasaan pun untuk gadis itu di hatinya. walaupun Qasmina gadis yang baik dan berpegang utuh pada agama, sembayang cukup waktu, mengaji tiap hari dan sentiasa menjaga batas dan pergaulan tapi itu semua tak dapat menjentik hatinya. entah kenapa,

"Asalamualaikum....Ayash tak balik lagi ke?" Sapa ketua kampung, atok kepada Qisyah.

"Walaikumsalam tok....kejap lagi nak balik dah ni"

Sulaiman ikut duduk bersila di sebelah Ayash. dia tersenyum melihat pemuda itu.

"Apa yang menganggu fikiran kamu itu ? Atok tengok kamu banyak fikiran saja...."

Ayash tersenyum, tidak di nafikan dia memang banyak fikiran sejak akhir-akhir ini.

"takde tok, fikir masa depan je...." Sulaiman tertawa selepas mendengar itu.

"aih! Atok tengok kamu macam tak okey je ni, Ayash okey ke dengan Qasmina ?"

"Alhamdulilah, okey je tok."

"okey tu okey, tapi hati tu okey ke ?"

Ayash mengaruk tengkuknya yang tidak gatal itu.

"Err....ta...tak tau lah tok...." jawapnya. sejujurnya dia pun tak tau. apa yang dia rasa sekarang, jiwanya tidak tenteram.

"Atok nak cakap sikitlah, kamu masih muda, masih panjang perjalanan hidup, in sha Allah panjang umur, fikir lah masak-masak untuk masa depan, tawakal, sembayang tahajud pada Allah. in sha Allah, Allah mempermudahkan urusan kamu tu.." ujarnya dengan panjang lebar, dia tahu kisah Ayash dan Qasmina bertunangan itu, satu kampung tahu cerita tu.

Ayash mengangguk mengerti, yaa betul perjalanan masih panjang.

"kalau kamu rasa keberatan, jujur saja. walaupun sakit kita harus jujur. kita terima walaupun pahit rasanya. supaya kita tak menyesal kemudian hari, kalau kita dah menyesal. terlajak perahu tak boleh di undur lagi." nasihatnya sebagai orang tua

"bagitau Atok, siapa di hati Ayash sekarang?" Soalnya ingin tahu, dari anak mata Ayash, dia tahu siapa di hati pemuda ini.

"Err.....tak..takde tok...hanya Allah je...." ye keutamaan hati hanya Allah, kedua ibu bapa dan adik beradik, ketiga ?

"itu kunci utamanye...."

Ayash tertawa janggal. takkan dia nak beritahu kalau di hatinya tu sekarang orang yang di jaganya selama ini.

"Dah malam ni, jom balik...."

Ayash mengangguk mengerti, dan berdiri serentak dengan Atok Sulaiman. mereka keluar bersama dan berjalan kaki pulang ke rumah.

"Atok harap, semoga urusan kamu di permudahkan, banyakkan berdoa pada Allah S.W.T"

"inshaAllah tok, terima kasih...."










Ustaz KuWhere stories live. Discover now