Bab37 tak layan

10K 205 1
                                    

Alhamdulilah, Selesai juga kenduri kesyukuran untuk Ayash dan Qisyah. semua kenalan di kampung di jemput hadir bagi meriahkan lagi suasana majlis.

semua memuji suara Qisyah yang lunak dan merdu ketika mengaji tadi depan semua tetamu dan iman masjid iaitu Ayash. cukup untuk membaca sepuluh lembar muka surat.

semua mata memandang ke arah Qisyah sekarang terutamanya kaum adam.  sedap mata memandang di saat Qisyah mengenakan shawl berwarna putih, manakalah bajunya, baju kurung moden berwarna putih. berseri-seri wajah itu di balik kain berwarna putih itu. wajahnya di solek kan sedikit agar terlihat natural. sungguh cantik Qisyah pada malam ini. sehingga Ayash tak dapat berkata-kata di saat mereka bertentang mata. namun sedikit lain cara Qisyah memandangnya tadi.

"syah...jom ambik gambar...." ajak Irshad, tangannya memegang camera canon bersize kecil yang mudah di bawa ke mana-mana.

123 klik!

Qisyah tersenyum denga manis sekali di depan camera. lengan Irshad di pegang. nampak macam sepasang kekasih tetap kenyatan mereka hanya sepupu.

"waaa....cantik betul lah adik abang malam ni!" puji Irshad melihat hasil gambar yang di tangkap tadi. tersengeh Qisyah mendengar pujian itu.

"kan cantik, kalau Qisyah bertudung macam ni, manis sangat di pandang, kalau abang orang mungkin abang dah lamar dah Qisyah ni" selorohnya. Qisyah memukul lengan itu tetapi dengan perlahan.

ada pulak macam tu.

"amboii, cantik betul Qisyah malam ni tau......" Puji Yati pulak. Yati mencium kedua-dua pipi mulus itu, syukur dapat membuat kenduri untuk Qisyah sekali. kalau lah Qisyah ni menantu nya, tapi Ayash dah terikat dengan perempuan lain.

"ibu ni, biasa je...."

"tengok sini!...." Arah Irshad. Ara, Yati dan Qisyah melihat ke arah camera dan tersenyum.

tetamu pun semakin berkurangan, dan balik ke rumah masing-masing. masih ada sesetengah tetamu lagi yang masih sibuk bercerita di luar rumah termasuk Yusup.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

TING!

Bunyi mesej masuk di telefon nya itu di pandang sepi. dia kembali menatap suasana langgit yang gelap itu. kelam seperti hatinya sekarang. dia tidak peduli angin sejuk yang menerpah dirinya. dia duduk di pondok itu dengan sendirian tanpa di temani Ara, mungkin sekarang Ara dah tidur.

"tak masuk lagi ke Qisyah ?" Qisyah menoleh dan memandang Ayash yang datang dengan tiba-tiba tanpa di pinta. nak apa lagi lelaki ni ?

namun soalan nya bagaikan angin lalu, Qisyah membuang pandangannya ke hadapan kembali.

"tak baik, perempuan di luar sendirian...."

Ting!

bunyi mesej masuk kembali berbunyi di telefon itu. telefon yang menyalah itu menarik perhatian Ayash.

terkedu dengan latar screen kunci yang memaparkan gambar mereka berdua. dalam gambar itu mereka tertawa dengan bahagia seperti pasangan lain.

Qisyah mematikan screen itu.

dan memandang Ayash dengan pandangan yang sukar untuk di jelaskan.

"masuk...." Arah Ayash. berani betul Qisyah ni dekat luar sendirian.

tapi Qisyah dengan akur mendengar arahan nya. kenapa dengan Qisyah ni ? ada masalah ke ? biasanya melawan je. masa-masa ni lah dia ambik peluang untuk mengacau. tapi malam ni Qisyah tak seperti selalu.

Ayash memandang belakang tubuh itu yang semakin jauh. telefon Qisyah yang tertinggal itu di ambil dan di bawa bersama.

dia faham kenapa Qisyah seperti itu, mungkin Qisyah dah tahu tentang  tarikh perkahwinan nya akan di percepatkan.



Ustaz KuWhere stories live. Discover now