Bab40 cari cincin nikah

9.4K 211 20
                                    

Qisyah hanya berdiam diri sehingga ibunya dan Ara kembali ke kereta. Ayash segera membuka kunci pintu.

"dah?..." Soal Ayash sebaik sahaja Ara dan ibunya masuk ke dalam.

"haa arr dah!...ni haa! kuih, bagi Qisyah makan...." plastik kuih itu di sambut Ayash dan di hulurkan ke Qisyah.

tapi plastik kuih itu hanya di pandang sepi,

"tak nak makan ? nanti Qisyah gastrik..." Soal Ayash dengan lembut, oleh itu Yati tertarik dengan mereka berdua di depan itu. suka dengan perhatian Ayash berikan terhadap Qisyah.

Qisyah mengeleng. takda selera nak makan. sakit hati ni tak tertanggung. nak lari je rasa. tapi nak lari ke mana ? tunggu masa je empangan air mata ini.

"Er...nanti lah...Qisyah masih kenyang....." Ujarnya. tak nak buat perangai depan ibu.

Ayash mengangguk mengerti. setelah itu pemanduan di teruskan kira-kira setengah jam lagi sampai ke bandar.

Ara dan ibunya berborak apa saja yang menjadi cerita mereka sambil mengunyah kuih yang di beli tadi.

setelah setengah jam, akhirnya sampai juga di Shopping mall. Ayash sudah pun parking keretanya di kawasan parking bawah tanah shopping mall itu.

Ara exited sangat! lama tak jalan-jalan. asyik terperap je dekat kampung tu walau pun hari-hari kerja. bosan sangat hidupnya.

mereka semua masuk ke dalam lift, punat angka empat di tekan. tak lama lift pun bergerak ke atas dengan pantas.

"Qisyah....berapa size jari manis kamu ?...." Soal Yati, tangannya menarik lengan kanan Qisyah dan meneliti jari manis gadis itu.

Err. dah kenapa pulak ibu tanya size ni, yang nak kawin bukan Qisyah.

"Er....5cm kot...." sememang nya dia lupa berapa size jarinya sekarang. entah size yang lama masih padan ke dengan jari manisnya sekarang.

"kenapa ibu tanya Qisyah pulak ?" Soal Ara ingin tahu. ibu nak beli kan cincin ke untuk Qisyah sekali ?

"sibuk lah kamu ni, ibu tanya je. rasanya size jari Qisyah sama dengan Qasmina. jadi ibu nak pinjam jari Qisyah nanti untuk ukur cincin.."  ujar ibunya dengan panjang lebar.

berubah terus mimik wajah Qisyah. ya Allah, tak cukup lagi ke dengan siksaan ni.

lain yang kawin, lain jari yang kena ukur. terasa betul hati wanitanya ni tau!

Ayash pandang wajah cantik itu berubah sebaik sahaja ibunya menyebut nama tunangannya.

"Er....Qasmina tak bagitau ke size nye ibu?" Soal Qisyah pulak.

"dah, tapi Qasmina pun taktau, katanya size jarinya sama dengan Qisyah...." jawap Yati.

what!?

kau memang saja nak sakit kan hati aku ke perempuan ? ukh! membara betul hatinya sekarang. namun di tahan saja hatinya.

Ara membalas pandangan Qisyah yang nampak monyok itu. dia faham perasaan sahabatnya itu. ada ke macam tu ? dia yang nak kawin, pinjam pulak jari orang buat ukur cincin. kalau Qisyah takde perasaan langsung terhadap abang nya, mungkin ok je takde masalah.

Ting!

mereka keluar dari dalam lift itu, dari teruja terus tak teruja Qisyah di buatnya.

ingatkan boleh lah jalan cuci mata sendirian. tup tup kena pinjam jari pulak ? Sampai bila lah dia kena hadap semua ni ? kalau perempuan lain, dah lari jauh dah, tapi dia ? hanya mampu kuatkan hati ini.

Kedai emas jenama Jewelry itu menjadi pilihan Yati.

"Selamat datang puan, silahkan masuk puan." Sapa salah satu staf wanita di situ. mereka semua masuk ke dalam kedai emas yang cukup simple di dalam nya.

"Ada yang boleh saya bantu ? puan nak cari rantai ? gelang ? atau cincin ?...."

"Saya nak cari cincin untuk nikah untuk anak saya ni haa...." tapi lengan Qisyah pulak yang di tariknya. termangu-mangu Qisyah di buatnya. ukh! harap dapat bertahan lah hatinya.

"oh! untuk cincin jemput tengok di sini....kami ada pelbagai design satu set untuk pengantin lelaki dan perempuan...."  Ujar Staf perempuan itu, matanya memandang Qisyah, cantik! beruntung siapa dapat.

"ada size lima cm untuk perempuan? untuk lelaki pulak size tujuh cm" Soal Yati, biarlah orang tua berurusan, sebab yang tua lebih berpengalaman.

"Ada puan, sekejap ya...."

beberapa menit kemudian, staf perempuan itu membawa sepuluh set cincin lelaki dan perempuan.

"okey ini puan, silahkan di pilih...."

Ayash datang mendekati di sebelah Qisyah berdiri. melihat pelbagai design cantik cincin untuk nikah nanti.

"Qisyah nak yang  mana ?" Soal Ayash dengan lembut. sambil memandang Qisyah yang di sebelahnya.

kenapa pulak tanya Qisyah? bukan nya soalan tu untuk Qasmina ke ?















Ustaz KuWhere stories live. Discover now