setelah selesai pembuat pembayaran. mereka pun segera keluar daripada butik itu. Ara menguap besar sekali, tangannya naik menutup mulutnya.
"siuk kau eh! siap tidur atas sofa lagi!" perli Qisyah. tangan nya naik mencubit perlahan lengan Qisyah. berkerut Ara menahan bisa dari cubitan Qisyah itu. matanya merenung tajam sahabat bertuahnya.
"ape!? kau tau tak aku penat tukar-tukar gaun, kenapa aku ? bukan aku yang kahwin ? kenapa hah?" segala perasaan di hambur dengan Ara, yalah siapa lagi nak mendengar isi hati nya kalau bukan sahabatnya Ara ? apa gunanya sahabat kan?
"yang kau marah aku kenape? kau tanya lah abang kau tu...." Ujar Ara dengan selamba, serentak langkah mereka menuju ke kereta sekarang. masa untuk pulang, hari pun dah nak malam. seharian berjalan buat mereka rasa penat, penat menunggu.
Qisyah menjeling menyampah. tanya abang ? uhk! lebih baik dia diam. lagi tambah sakit hatinya kalau bercakap dengan Ayash. dia tak nak dengar nama perempuan itu dari mulut lelaki itu. dia tak nak dengar kisah cinta lelaki itu dengan perempuan yang bakal menjadi isterinya.
pintu kereta sengaja di tutup dengan kuat, selepas melabuhkan punggung di sebelah pemandu. Ayash menoleh memandang Qisyah dengan pandangan 'dah kenape?' rasanya pintu tu pun nak menangis sebab di hempas dengan kuat.
"Gastrik Qisyah dah okey ?" Soal Ayash dengan lembut. namun Qisyah enggan menjawap malah membuang pandangan di luar tingkap.
Ara mengelengkan kepalanya dengan perangai degil Qisyah, kasihan abangnya. jangan terasa ek! Qisyah kalau marah lebih baik diam daripada bicara, kalau berbicara segala binatang di sahutnya. hah? lagi seram kan.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
setelah setengah jam perjalanan akhirnya sampai juga di rumah, pintu kereta di buka dan segera berlari mendapatkan atoknya yang menunggu di luar rumah itu. atok dah balik!!
"Atok!!.......i miss you!..." Qisyah berlari memeluk atoknya yang menunggu di anak tanggah itu. Sulaiman tertawa menampakkan giginya. tangannya naik mengusap belakang cucunya yang berada dalam dakapan sekarang. rindu dengan cucu kesayanganya ni. rindu nak membebel dengan budak nakal ni.
"bila atok balik? ada ole-ole tak ?" Soal Qisyah dan melepaskan pelukannya. lupa segala perasaan yang membelengu dirinya. rindu sangat dengan atoknya ini, nak tak nak je menangis tapi di tahan dulu. risau di cop anak manja hehehe.
"ish! kamu ni, bukan tanya kabar atok, sihat ke tak, dah makan ke belum. ni tanya ole-ole? mesti lah ada untuk cucu kesayangan atok ni...." Qisyah tersengeh seperti kerang busuk.
Sulaiman menyuakan tangan bersalam dengan Ayash. tangan tua itu di cium dengan lembut, bahu Ayash di tepuk-tepuk lembut.
"Sihat tok ?... minta maaf lah bawa Qisyah jalan lama sangat... cari perlengkapan tok..." Ujarnya sembari memberitahu apa yang mereka buat tadi. anak orang kena lah jaga dan minta izin dari orang tuanya apabila ada urusan berdua.
"Alhamdulilah baik!....tok sihat je, takpe! atok faham. atok nak je duduk lama-lama dekat sana, tapi tepikir budak sorang ni kejap lagi nak di lepaskan untuk kamu...." Yati tersenyum seolah-olah memahami maksud di sebalik ayat itu. Ayash pulak tertawa menampakkan giginya dengan segan.
Ara dan Qisyah berbalas pandangan. apa ni ? tak faham ? ingat dia ni kambing ke main lepas je ?.
"maksud atok ?...." Soal Qisyah ingin tahu. Sulaiman tertawa, terdengar suara garaunya. nampaknya ada lagi yang tak tahu ni.
"tiada apa-apa. nanti kamu tahu lah. jom masuk dah nak magrib ni...."
"eh! takpe tok kami pun dah nak balik ni tok, nak mandi nak solat lagi...." Ujar Yati meminta diri, badan pun dah melekit ni. kaki pun mulai lenguh.
"hah! yelah. terima kasih banyak-banyak jaga Qisyah yaa.... atok tak tau nak cakap apa lagi, Qisyah tak buat hal kan ?" Soal Sulaiman kepada Ayash, Ayash termangu-mangu sendirian nak jawap apa ? tak kan nak bagitau Qisyah tiap-tiap hari mengusik, mengoda, mencabul ?
"eh! tak tok... Qisyah okey, senang nak jaga, lagi pun dah besar, tolong jaga dan tengok je..." Ujarnya.
nak tergelak besar Qisyah di situ. okey lah sangat.
"oh! yeke...baguslah kalau macam tu..."
"baik tok! Asalamualaikum..."
"walaikumsalam...." Sulaiman menjawap salam itu. anak matanya merenung Qisyah dengan pandangan 'yelatuh, betul ke?'
"Ape? betul lah Qisyah tak buat hal pun...." sangkalnya. kalau atok tahu, mahu di pulas telinganya sehingga merah?
Qisyah membontoti atoknya naik ke atas. tak sabar dengan ole-ole di bawa atoknya dari Arab Saudi sana.
Hai. minta maaf baru balik dari bercuti. 🤧
YOU ARE READING
Ustaz Ku
عاطفيةMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...