Bab41 Gastrik

8.9K 174 2
                                    

"Er....ke..kenapa tanya Qisyah pulak? call lah tunang abang tu" jawapnya separuh berbisik.

"pilih je, jangan banyak bunyi...." Arah Ayash. nak je cili mulut munggil tu. kecik-kecik cili padi kalau bab melawan.

eh? lelaki ni kan.

"Qisyah nak yang mana ?" Soal Yati pulak. Ara jadi binggung pulak melihat Ibu dan Abangnya menanyakan itu.

seolah-olah Qisyah pulak yang kawin ?

"Err....kalau yang ni ?...." hantam lah, pada pandangan nya set cincin itu yang paling cantik di matanya sekarang. cincin emas untuk perempuan yang bertakta berlian di atasnya. manakalah lelaki pulak cincin berwarna silver yang bertakta batu asli di atasnya.

"ini ?...." Soal Ayash meminta kepastian dari gadis itu. cincin lelaki itu di ambil dan di sarungkan di jari manisnya. dia mengangguk selepas cincin itu sangat past di jarinya.

Yati mengambil cincin perempuan itu lalu jari Qisyah di cari dan di sarungkan ke jari manisnya.

"cantik! pandai Qisyah pilih....." Qisyah mengangguk dengan janggal sekali.

"Saya nak ni lah... satu cincin perempuan lagi size yang sama yaa...." Ujar Yati, staf situ pun mengangguk mengerti. Yati membuat pilihan sendiri cincin yang terakhir itu.

"terima kasih shopping dengan kami."

setelah Ayash membuat pembayaran, mereka pun keluar daripada kedai emas itu.

"nak ke mana lagi ibu..." Soal Ara ingin tahu, dia pun tak tahu nak ke mana, dia ikut je ke mana ibunya pergi.

"kita pergi tengok baju pengantin dekat butik sana tu...." Ujar Yati sambil berjalan dengan perlahan dan di bontoti anak-anaknya.

Qisyah mengusap perutnya yang terasa ngilu itu. kenapa pulak perut ni ? jangan buat hal sudah lah.

berkerut kening nya menahan sakit yang tiba-tiba datang itu. Qisyah diam kan je apa yang dia rasa.

di sebabkan rasa ngilu yang terlampau itu membuatkan langkahnya semakin perlahan dan jauh ketinggalan oleh Ara dan Yati.

"Kenapa ni mm? Qisyah okey ?" Soal Ayash dengan risau. jelas sekali Qisyah menahan sakit, mujur Ayash mengikuti dari belakangnya. semakin lama semakin perlahan langkah Qisyah ni. kenapa ?

"Haa? Err....tak...takde...Qisyah okey je..." Bohongnya. masa-masa ni lah perut buat hal,

"jangan tipu, abang tau Qisyah gastrik kan ?"
"kan abang dah kata isi perut tadi ?...." Ayash mencubit seinci kain jubah Qisyah agar berhenti dari melangkah itu.

duh! orang tengah menahan sakit, membebel pulak abang ni! tarik-tarik baju orang lagi.

"...duduk sana sekejap...." Ayash membawa Qisyah ke tempat duduk awam yang di sediakan. lalu Qisyah melabuhkan punggung di atas bangku itu.

hujung bibirnya pulak di gigit dengan perlahan.

"jangan gigit bibir macam tu,..." Tegur Ayash. dah lah bibir munggil, seksi. buat pulak macam tu, nak minta kiss ke ? Qisyah merenung tajam ke arah Ayash. ukh! apa masalah lelaki ni!

"Qisyah tunggu sini, abang beli ubat di super market depan tu...." Qisyah mengangguk mengiyakan saja. menyesal tak isi perut tadi, tu lah sibuk sangat melayan perasaan.

mana pulak Ara dan ibu ni ? laju betul mereka. lain yang kawin lain yang semangat. 


"QISYAH ?....buat apa dekat sini ?...." Sapa seorang lelaki yang cukup di kenalinya itu. Qisyah mendongak selepas namanya di seru seseorang.

ukh?

Hampir  tak mengenali Qisyah yang berwajah baru itu, terlihat sangat jelita apabila mengenakan shawl di kepala.

Adam sedang bosan dan bersiar-siar di shopping mall itu, tapi ternampak pulak bidadari duduk bersendirian di situ.

Adam ?

"Ukh?....mmmm.....takde...jalan-jalan...." tak tau nak jawap apa, dia pun binggung buat apa dekat sini. tak kan nak bagitau beli cincin ?

"oh! yeke....Qisyah dengan siapa ?" Soal Adam, sambil melabuhkan punggung di sebelah Qisyah.

















Ustaz KuWhere stories live. Discover now