Bab8 masak

10.5K 216 0
                                    

Qisyah memotong sayur pakis itu, dan di sambut ke dalam besen yang sederhana besar. lagu DJ Viral di pasangkan melalui Iphone Pro Max nya.

"Atok! nak masak macam mana ni?!" Laungnya dengan kuat. badan nya terlenggok-lenggok mengikut rentak lagu itu.

Sulaiman yang sedang mengasah parang itu, terhenti asahannya. tergeleng-geleng kepalanya melihat cucu kesayangan nya itu. aih! banyak-banyak lagu, lagu itu juga yang di dengar. cuba la dengan zikir ke, nasyid ke.

"Laa tumis lah, letak bawang, campur ikan masin baru tuang sayur tu...." Ujarnya satu persatu, entah masuk ke juga dalam otak anak tu.

"okey!...." laung Qisyah lagi.

"jangan lah menari macam tu! cepat la masak, lepas makan kita gi kebun..."

"haa?? tak nak lah...Qisyah nak tengok drama nanti" Ujarnya sambil memotong setiap pucuk pakis itu. eleh setakat sayur, kacang je.

"ah! atok tak mau dengar alasan, Qisyah kena ikut juga...temankan atok!"

"atok ni!......" Habis muncung Qisyah di buatnya. sayur itu pun di patahkan dengan kasar. tak boleh lari dah kalau Atok cakap takde alasan.

"macam takde kerja lain la atok ni"

"memang lah, Ayash dah mula gantikan Atok di masjid. kalau Atok masih jadi imam tak terurus lah kebun lot Atok tu" terangnya panjang lebar. lagi pun Qisyah tidak ada kerja lagi, apa salahnya bawa dia ke kebun sekali.

mendengar nama Ayash terus mimik wajahnya berubah ceria.

kalau Ayash mula bertugas di masjid maksudnya dia ada can la kalau ikut Ara hari-hari pergi masjid. kan ? bijak ehh.

gas api di hidupkan, lalu minyak di panaskan atas kuali, setelah minyak itu sudah terasa panas, Qisyah menuang bawang putih itu ke dalam kuali.

"Argh! aucchh....atok! help me!"

"taknak....."

"Atok!!!"

"Aish atok ni!.... bukannya nak tolong orang..."

apabila minyak itu tidak terpercik seperti tadi baru lah Qisyah menuangkan ikan masin ke dalam kuali, sekali lagi minyak tu terpercik tapi Qisyah pantas mengelak. setelah minyak mula reda. sayur pakis tadi di tuang semua ke dalam kuali. lalu di gaul sehingga sebati dan segelas air di masukkan.

"urmmm wanginyeee....pandai juga aku ehh..."

"Atok ! Qisyah boleh di buat bini dah!" selorohnya. sambil badannya terlenggok-lenggok mengikut rentak lagu itu.

tergeleng kepala Sulaiman. lalu tertawa geli hati.

Selesai makan pagi, Qisyah terus membersihkan diri dahulu sebelum pergi ke kebun bersama atok. Sulaiman mengisi air Coway ke dalam botol untuk bekalan dalam kebun nanti.

"Asalamualaikum, atok!"

"walaikumsalam....kejap....." air Coway itu di tutup. Sulaiman bergerak ke pintu hadapan melihat gerangan siapa yang datang.

"Eh! Ayash...masuklah...." setelah di pelawa masuk, Ayash pun masuk dan melabuhkan punggung di atas sofa.

"Ada apa Ayash ?" Soal Atok ingin tahu.




Ustaz KuWhere stories live. Discover now