Bab7 terpaksa

12.2K 232 1
                                    

"saya tak sangka awak Qisyah yang saya kenal, makin cantik ye awak..."

"setahu saya, awak dekat landon kan ?" Soal Qasmina sekadar untuk beramah mesra. walhal dia tahu berita bahawa cucu iman sulaiman belajar ke luar negeri.

"Mmm...haa...aku baru balik kemarin, sama-sama dengan abang Ayash" Qisyah sengaja nak sakat Qasmina, nak tengok sejauh mana Qasmina berlakon.

tersaya awak pulak. kalau tinggal kat kampung tu buat lah macam kampung! erk

terdiam seketika Qasmina di buatnya, Ara menyenggol lengan sahabatnya itu.

"oh! yeke.... syukur alhamdulilah... awak berdua selamat sampai sini" ujarnya.

Ayash mengaruk tengkuknya yang tidak gatal itu.

ukh! sungguh janggal. tak tau nak cakap topik apa, rasanya nak balik cepat.

"kenapa kau kat sini ? bukan ke sepatutnya Abang Ayash mengagak kau dekat rumah ?"

Gulp!

amenda Qisyah cakap ni, soalan berani mati.

tersentak Ara dan Ayash dengan soalan itu. itu pun menjadi persoalan di kepala otak mereka. yelah kenapa perempuan yang naik rumah lelaki bukan lelaki yang naik rumah perempuan ?

sekali lagi Qasmina diam tidak berkutik tapi tidak lama.

"kami kebetulan lewat sini, jadi abah saya singgah sekejap, memandangkan Ayash dah kembali."

Qisyah mengangguk mengerti. emm macam tu ke ? macam ada sesuatu yang tak kena je. dia pandang Ayash yang turut memandangnya. kening sebelahnya terangkat. dan membuat mimik muka 'kenapa ?'

setelah berapa jam jadi kacau daun antara pasangan itu, eh! bukan kitorang yang kacau, diorang yang datang!

akhirnya pergi juga perempuan bertudung labuh itu.



✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Semejak kepulangan Ayash, heboh satu kampung Permai, terutama kaum wanita yang meminatinya sejak azali lagi. tapi mereka kecewa setelah mengetahui bahawa Ayash status tunang orang saat ini.

"aku tak boleh terima lah Qasmina dengan Ayash tu"

"haa! arr...banyak-banyak perempuan kenapa mesti Qasmina kan?"

"entah lah, mungkin Ayash nak perempuan berpurdah macam tu ? padan lah diorang."

"ish kau ni! kau tak tau ke yang dia tu hipokrit! perangai dia ya ampun tak seindah rupa tau"

"kau kenal Qasmina ke ?"

" mesti la kenal! walaupun dia dah berpurdah tak semesti hati dia bersih ? kau tak ingat ke dulu dia pernah fitnah cucu ketua kampung berzina dulu dengan sepupu lelaki nya ?"

"betul ke cerita tu ?"

"mestilah tak, aku kenal lah siapa Irsyad tu, dia sebijik macam Ustad Ayash tu haa, tak kan nak buat benda terkutuk tu? sepupu pulak tu"

tiga gadis sakan bercerita sehingga tak sedar Qisyah di depan mereka sekarang. atok sulaiman nak makan sayur, jadi atok menyuruhnya membeli sayur di gerai hujung sana. tup tup dengar pulak nama dia di petik.

"ehem!!!" sengaja dia berdehem, dah nak satu menit dia berdiri sini, ni nak berniaga ke nak mengumpat je kerja ?

"warghhhh!!!! astagaa!......" terkejut orang yang menyebut nama sepupunya tadi. Qisyah menaikkan keningnya sebelah, mimik wajah seakan tak puas hati.

"Qisyah? kau ke ni ? dah balik dari landon ke ?" soal gadis kampung itu, terpegun dengan penampilan Qisyah yang agak bergaya sedikit walaupun dia hanya memakai t-shirt putih dan jeans biru pudar. rambutnya menarik perhatian tiga gadis bertudung itu, hitam pekat dan di curle kan di hujung rambut.

"haa ! kenapa ? tak boleh ke balik kampung sendiri ?"

"Err....boleh je...." malu rasanya, tertangkap basah oleh tuan badan yang di cakap tadi.

"hmm...aku nak sayur terung, kacang panjang tu and emmm pakis ?" Ujarnya ragu-ragu dengan nama sayur itu. harap-harap betul lah apa yang dia beli.

"okey....semua rm lima belas ringgit...." ujar salah satu gadis yang sebaya dengannya.

duit bernilai rm lima belas itu di hulur kepada gadis kampung itu.

"emm nak tanya boleh ?" Soal Qisyah. memandangkan tiga gadis ni wartawan tidak berbayar di kampung ini. jadi kemungkinan mereka ada jawapan dari persoalan nya.

"tanyalah, kenapa?"

"mmm, korang tau ke kenapa abang Ayash dan perempuan tu bertunang ?" Soal Qisyah ingin tahu. tiga gadis kampung itu berpandangan sesama sendiri. nampaknya Qisyah pun suka dengan Ustad muda itu.

abang ?

"dengar cerita Qasmina yang melamar Ustad?"

"yee... tahun lalu pak Abu ke rumah makcik Yati, rupanya nak bincang, nak jodoh kan Qasmina tu dengan Ustad"

"Mmm? perempuan tu yang nak bertunang ke ?" soal Qisyah lagi. sedikit demi sedikit dia dapat mengorek cerita itu.

"haa! arr. rasanya mereka tak bincang pun, dan Ustad macam terpaksa laa aku rasa"

"terpaksa ?" soal Qisyah.

"entah lah, tapi Ustad takde pun heboh-heboh kan. Qasmina yang hebohkan sendiri"

"yee betul! aku rasa dia ni yang terhegeh-hegeh dengan ustad"

"mm....okey...thank you....aku blah dulu...."

tiga gadis itu mengangguk dengan laju, lalu melepas nafas lega, fuhh! nasip tak kena amuk tadi. Qisyah tu boleh tahan mulutnya.

"cantik betul Qisyah sekarang kan"

"yee, rambut dia pun cantik...."

"badan dia pun cantik, slim je."
















Ustaz KuWhere stories live. Discover now