Bab46 saudara mara yang lain

9.5K 186 2
                                    

pagi ini Qisyah di kejutkan dengan kedatangan saudara mara yang tinggal di bandar pada petang ini, Sulaiman ada memberitahunya tadi sebelum pergi melihat ke kebun setelah sebulan di tinggalkan.

hari ni misi mengemas rumah, tetamu sebentar lagi akan datang. sapu lantai, mop lantai, kemas tiga bilik tetamu, tukar cadar semua, bilik tetamu semua di sapu dan di mop sehingga bersih. tingkap dan kipas pulak di lap sehingga bersih tanpa secebis habuk. sejam lebih dapat menyelesaikan misi mengemas tiga bilik tetamu, tinggal bahagian dapur dan ruang tamu sahaja.

lagu dj remix di pasang dengan kuat melalui speaker. baru lah semangat buat kerja! Qisyah memulas hujung mop itu di tempat khas untuk pulas tujuan untuk membuang air yang terlebih serap. setelah itu, dari depan sehingga ke hujung lantai dia mop.

badannya menari-menari mengikut rentak lagu itu.

Dum ! dum ! dum dum... dah macam kelab malam pulak cuma kurang lampu Led warna-warni.

"Asalamualaikum......"

Gedebuk!

"Auww......shtt! siapa pulak datang ni! ish! Auw! auw! pinggang aku!...." tangannya naik memegang pinggang nya yang terasa sakit akibat jatuh menari-menari di atas lantai yang licin. tu lah! padan muka.

"Asalamualaikum!"

ish! tak penyabar betullah ni orang.

"walaikumsalam!!....kenapa!?...." Soal Qisyah dengan mimik wajah tak puas hati.
"Eh! abah, kenapa ? minta maaflah Qisyah sibuk mop lantai tadi hehehe" daripada tak puas hati terus lemah lembut jadinya dengan bapa Ara. ukh! pak mentua ni hihihi

"oh! yeke...minta maaflah ganggu Qisyah ye.. atok ada ? abah ada nak cakap dengan atok ni.."

"..atok dekat kebun abah, tengah hari baru balik kot...." beritahunya. di tangan nya masih menggenggam batang mop. sebelah tangan nya pulak bercekak pinggang, terasa nyut-nyut dekat pinggang ni tau. nasip baik lah abah bukan orang lain.

"oh! kalau macam tu nanti lah abah datang balik yaa...." Qisyah tersenyum dan mengangguk mengerti.

"Qisyah ada nak minta tolong ? nanti abah panggilkan Ayash."

"uhk? eh! tak! tak payah abah. Qisyah dah nak siap abah." bohongnya. Ayash lagi ? uhk? menyampah.

"okey lah abah balik dulu eh!..." Qisyah mengangguk mengiyakan. dan menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Qisyah nak buat apa tanggah ni ?...." Soal Ayash ingin tahu. tadi Qisyah ada datang rumah minta izin pinjam tanggah dengan Ara, nak tahu apa kata Ara ?

"tanggah tu tak boleh cabut la!"

what ? tanggah mana yang di maksudkan Ara ni ?

tangah rumah ni ke ?

"eh! apesal bengap juga kau ni! aku nak pinjam tanggah tu haa! bukan tanggah rumah ni! kalau aku pinjam tanggah rumah, macam mana kau nak naik turun nanti! eii geram betul aku dengan kau ni tau!"

Ara ketawa mengekek. terasa kelakar pulak, lagi kelakar Qisyah mengomel mendongkol geram.

"oh....tanggah tu ke ? cakap lah awal-awal. mana aku tahu! kewujudan nya pun aku tak tau." Ara memegang perut nya menahan ketawa.

"Abang!....boleh tolong puteri ni pinjam tanggah ?...Auw!...sakitlah!...." Ara mengosok-gosok bahu nya yang di tampar kuat oleh Qisyah. Qisyah merenungnya dengan tajam tapi boleh nye dia tersengeh. uhk!

dan sebab tu di sini lah Ayash membantu Qisyah sambil membawa tanggah itu naik dan di bawa masuk di tengah ruang tamu.

"nak bersih kan kipas tu lah! tak nampak ke kotor tu ?" perlinya.

"biar abang buat...." Ayash merampas kain lap yang berada di tangan Qisyah. tapi Qisyah merebut semula kain kotor itu.

"tak payah! balik je sana!....ish! pulangkan!!"

Ayash merampas kembali kain lap itu,

"abang tolong je, nanti Qisyah jatuh macam mana ?"

ukh! dah nak jadi suami orang tetap risaukan perempuan lain? Ayash ni playboy ke ?

"biarlah! yang sakit Qisyah! bukan abang! bagi balik kain lap tu!!"

"tak boleh!" tegas Ayash.

namun Qisyah tak peduli, dia bertindak lebih parah merampas kain lap itu. habis di raba-raba tubuh badan itu. Ayash mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke atas. terlompat-lompat Qisyah mengambil kain lap itu.

"abang! bagi lah! Qisyah tak nak main lah!!"

"no!...." Ape masalah lelaki ni ? kau tunggu, jangan salah kan aku eh!

Qisyah menendang lutut Ayash tapi tak kuat cukup untuk membuat lelaki itu tidak dapat seimbangkan badan. namun nasip tak menyebelahinya. Qisyah terikut jatuh di bawahnya.

"uh?...uhk!...argh!!!...."

mereka berdua terjelepok jatuh di atas sofa itu. nasip baik atas sofa, kalau lantai ? mahu tak patah pinggang kecil molek tu.

"ah! pinggang aku....shht! auw sakit!" nak berapa kali juga dia jatuh hari ni? nak tercabut rasanya pinggang ni terjatuh dua kali.













Ustaz KuWhere stories live. Discover now