Bab47 tercium

14.3K 193 0
                                    

cup!

terhenti pergerakan Qisyah sebaik sahaja merasakan bibir yang lembut terkena bibirnya. eh? bila masa Ayash kat atas Qisyah ni ? di sebabkan rasa sakit yang melampau di pinggang tadi, dia tak perasan posisi intim mereka saat ini. di sebabkan dia terlalu banyak bergerak membuatkan balah itu terjadi. patutlah Ayash terkebil-kebil sendiri. hmm

"Er....bu...bukan salah Qisyah!" tangannya menolak dada bidang itu agar segera bangun dari menindih tubuh munggilnya. Ayash berdehem kuat menghilangkan rasa janggalnya.

"jangan degil boleh tak ?! Qisyah buat je kerja lain!, yang ni biar abang buat!" tegasnya. wajahnya tampak marah dan berubah serius. eleh! baru tercium sikit pun. belum lagi dia nak cium lama-lama.

"Err...Ara ?....bi...la...kau masuk ?..." Soal Qisyah dengan terkejut, terkejut Ara yang tiba-tiba wujud di pintu masuk. Ara nampak ke ? dari mimik wajahnya yang terkejut mungkin dia nampak kot.

"Erm....baru je...." bohongnya. walhal dari pergelutan mereka tadi lagi dia datang. baru nak tegur dah jatuh. bertindih pulak tu, paling win tercium. mengucap Ara dalam hati, nasip baik tak tersengajakan.

"oh! yeke....haa! bagus lah! tolong kemas apa yang patut, a..aku nak ke dapur dulu..." ujarnya dan berlalu pergi meninggalkan adik beradik itu di ruang tamu.

Ara memandang abangnya yang sibuk membersihkan kipas itu. apa nak tolong ni ? tolong Qisyah je lah dekat dapur.

"kau nak buat apa dengan semua ni?" Soal Ara ingin tahu, Qisyah mengeluarkan semua pinggan di dalam kabinet.

"nak keluarkan semua ni, sebab bila saudara aku dari bandar tu datang. penuh! tak kan aku nak bagi makan dengan daun pisang." omelnya.

"aku tanya je..."

"aku cakap je.." jawap Qisyah pulak.

tanpa di suruh Ara membawa semua pinggang itu di singki dan menyuci satu persatu.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Seperti yang di janjikan oleh saudara dari bandar. akhirnya sampai juga mereka petang ni tepat pukul 4.00 petang.

fuh! banyak nye kereta di depan rumah sekarang. jap kira dulu!

1

2

3

4

5

"uih! lima ? kereta besar-besar pulak  hmm tak sangka ramai rupanya saudara dari bandar ni..." omelnya sendirian. tiga buah kereta alpahd dan satu buah kereta fordranger berwarna emas, dan satu bas di sewa mereka. sekali keluar! fuh! ramai sangat!.

Sulaiman menyapa satu persatu keluarga yang datang. dan salam menyalam antara mereka. ramai  anak-anak sepupunya ini. meriah lah rumah kali ini. macam nak raya pulak. ada apa eh ? mereka datang kali ini untuk apa ? tak kan tujuan untuk melawat saja ? tertanya-tanya juga tapi di kurungkan saja niatnya.

Qisyah turun dan menyapa saudaranya yang datang berkunjung. satu persatu mak cik dan pak cik nya di salam.

"amboi! makin cantik lah anak buah aunty ni! patut lah nak kawin dah...."

eh? nak kawin ? bila masa nak kawin ?

Qisyah tertawa menampakkan gigi. tak pulak dia menyangkal.

"biasa je aunty. abang Irshad tak datang sekali ke ?"  soal Qisyah ingin tahu, rindu dengan abang sepupu nya yang satu itu.

"datang, mungkin malam ni kot. abang lambat sikit katanya.." Ujar Saleha, mak kepada Irshad.

Qisyah mengangguk mengerti. mak cik nya lain datang pakat memeluk dirinya. dan tak putus-putus memuji dirinya yang semakin cantik. rambut blonde nya menjadi perhatian mereka, ada yang tanya buat dekat mana?, salon dekat mana?, jawapnya takde! dia buat sendiri je. buang duit je gi salon rambut.

banyak buah tangan dari bandar yang Qisyah dapat, berpuluh beg kertas di berikan oleh saudaranya. ni lah yang dia suka! asal mereka balik kampung je, mereka tak lupa membelikan ole-ole untuk anak buah kesayangan mereka ni. uhk! banyak pulak tu!. mesti Ara nak satu beg hahaha.

"jom lah masuk, Qisyah ada masak lebih sikit hari ni...." Ujarnya. di tangannya penuh dengan beg kertas sehingga dia tak cukup tangan nak bawa.

"alhamdulilah, kebetulan aunty dah lapar ni. jom lah!..." Saleha membantu bawa separuh beg kertas dari tangan Qisyah.

riuh betul rumah kali ini, tak seperti biasa sunyi je. almaklum lah yang tinggal pun berdua je. kali ini riuh dengan suara anak-anak kecil. dan suara garau pak cik berbual dengan atok.

ada yang ketawa, bermain, budak kecik merengek nak susu. semua lah. sumpah! terasa tenang dan bahagia bila berkumpul seperti ini. uhk! kalau lah ummi dan abah masih ada kan ? Qisyah hanya tersenyum memandang suasana rumah kali ini. nak menangis je rasanya.












 




Ustaz KuWhere stories live. Discover now