Bab31 Hospital

9.1K 179 2
                                    

Prank!!

Terjongket bahu Timah mendengar bunyi itu. segera dia berlari ke arah dapur.

"Ya Allah Qasmina!!....." Qasmina yang terjelepok jatuh atas lantai itu di dekati.

pipi mulus itu di tampar-tampar dengan lembut, Qasmina pengsan tidak sedarkan diri. manik air mata jatuh di pipi yang kelihatan tua itu.

nombor telefon suaminya di dail, tidak lama kemudian suaminya pak Abu mengangkat call itu dan memberitahu apa yang terjadi tadi. lalu panggilan itu di matikan.

ubun-ubun Qasmina di usap dengan lembut, kasihan sekali anaknya menangung perit. sungguh berat dugaan anaknya.

"Tolong sayang, bertahan demi mak dan abah...." pintanya sambil memeluk erat tubuh badan anaknya yang tidak sedar itu. air matanya semakin laju mengalir.

selang berapa menit kemudian, muncullah pak Abu dengan wajahnya risau dan kalut.

"Abang....anak kita....." Tidak dapat lagi dia berkata-kata, sukar untuk dia meneruskan ayatnya.

Pak Abu bapa kepada Qasmina segera mengendong anaknya dan di masukkan ke dalam kereta. Timah yang sudah bersedia bertudung labuh dan berniqap itu masuk bahagian tempat duduk belakang. tudung labuh berwarna hitam itu di pasangkan di kepala Qasmina yang tidak bertutup itu, setelah itu Timah memasangkan niqap di wajah yang pucat seperti tiada darah itu.

air matanya tidak berhenti mengalir sejak tadi. sedih memikirkan keadaan anaknya.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"macam mana doktor keadaan anak saya ?" Soal Abu ingin tahu.

doktor itu diam sekejap dan mengeluh.

"ketumbuhan di otak Qasmina semakin teruk, sebab itu dia pengsan, dia tidak mampu menahan sakit untuk kali ini...." Ujar Doktor pakar otak itu. di lihat dari xtray itu. keadaan Qasmina sudah di tahap 50/50 sahaja.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, tak boleh ke doktor selamatkan anak saya ?" Soal Timah yang di basahi dengan air mata. perkara yang dia takutkan selama berbulan-bulan ini akan terjadi juga.

"maafkan saya puan, encik. saya dah buat semampu yang boleh, kita berdoa banyak-banyak agar ada keajaiban untuk anak puan encik".

Timah terjelepok jatuh selepas mendengar itu. lututnya nya jadi lemah selepas mengetahui anaknya yang satu-satunya akan pergi meninggalkan mereka semua.

tangisan yang tak bersuara itu menjadi tatapan doktor pakar otak itu. sangat menyedihkan. tapi begitu lah kehidupan seorang manusia. siapa kita hendak menidakkan dengan ketentuanNya. selama setahun dia memantau kesihatan Qasmina, namun tidak ada satu perubahan pun dalam rekod pemantauan kesihatan Qasmina dari hari ke hari.

"Abang.....anak kita...." Abu memeluk tubuh badan isterinya, air matanya juga turut mengalir di pipi. Hati siapa lah tak sedih dengan kabar berita yang sentiasa membawa duka setiap kali mereka ke hospital.

"sabar young.....kita doa banyak-banyak untuk Qasmina....." Tersedu-sedu Timah menangis dalam pelukan suaminya.

sudah hampir setahun keadaan Qasmina seperti ini. dia telah di sahkan mengidap barah otak. yang mana penyakit itu mengancam nyawa nya. tidak ada cara lain selain menunggu ajalnya tiba. di sebabkan ketumbuhan di belakang saraf mata. ianya mustahil untuk melakukan pembedahan. kalau pembedahan berhasil pun ianya tidak akan bertahan lama kerana sistem saraf telah terganggu.

angaran Qasmina bertahan hidup sekarang hanya sebulan atau pun tak sampai sebulan lagi.

dengan wajahnya yang bertutup itu tersembunyinya wajah pucat lesi, tersembunyi segala penyakit yang akan menjadi bualan sekampung nanti. Allah yang maha besar menjaga aibnya sehingga sekarang. hanya orang tuanya sahaja yang mengetahui keadaannya sekarang.

tit....tit....tit....tit

bunyi mesin yang sangat nyaring tapi berbunyi setiap dua saat. itu adalah bunyi dari tindak balas kesedarannya. apabila tak sedar mesin itu akan berbunyi dengan nyaring sekali. dan semua tahu tanda bunyi nyaring dari mesin itu apa. Ajal Allah telah menjemputnya.

kagum dengan Qasmina, walau tak sedar diri di atas katil hospital itu, auratnya masih terjaga dan tertutup rapi. hidungnya pulak di bantu dengan alat bantuan pernafasan. manakalah tangannya berselirat wayar yang entah apa fungsinya.

melihat keadaan Qasmina, hati orang tua mana yang tidak sedih. sedih sehingga jiwa itu terasa kosong. siapa pernah kehilangan seseorang dia akan tahu betapa sakitnya betapa parah nya hati kita meraung. namun itu lah ketentuan hidup, ketentuan yang telah di tetapkan Allah S.W.T. setiap yang hidup pasti akan merasa mati.


Siapa pernah rasa kehilangan itu tahu bagaimana perasaan kita bertindak balas. kan T_T

vote ⭐

komen✅













Ustaz KuWhere stories live. Discover now