Bab17 berkelah

9.6K 208 3
                                    

esok harinya. Qasmina membawa berkelah di air terjun sana bersama ahli keluarga Ayash. semua bersetujuh, memandangkan hari ni hari minggu, hari semua orang bersantai dari cuti kerja.

Yati menyiapkan makanan yang perlu di bawa untuk makan-makan di sana beramai-ramai. banyak juga lah lauk yang di masak Yati,

Yusup pulak menyediakan barang yang perlu di bawa ke sana, contoh. tikar, lapis, kain alas, dan macam-macam lah. Ara pulak menolong kemas pinggan, gelas, sudu dan air yang perlu di bawa ke sana.

sedang mereka sibuk, di pondok sana Qisyah stay bersendirian bersama dengan laptop. khusyuk benar dia meneliti isi yang terpapar di laptop berlambang Apple itu. telinganya di pasang kan Ipod dan lagu-lagu di dengar secara rawak. Qisyah mengenakan spek mata bulat ala korea untuk silau punya.

rambut blonde nya yang terlepas itu menari-nari di tiup angin seperti malu-malu ingin bertiup. baju berwarna coklat itu cukup fit di badannya dan bahu yang terdedah sedikit, seluar pulak seluar jenis palazo yang berwarna coklat. amboi nak ke mana tu cik manis? di kampung je pun.

"Asalamualaikumm....." melihat Qisyah tidak mendengar itu, paha itu di cubit dengan kuat.

"Arghh!!! oh my god! how dare you! Ara! terkejut aku gilak! " Ara tergelak besar melihat Qisyah yang terkejut beruk itu.

"Kau dengar apa tu haa!? khusyuk betul macik ni. tengok aku" Ara melihat isi screen laptop itu.
"mmm? apa ni ? resume ?"

"Err...haa...nak hantar email dekat pejabat sana..."

"Alhamdulilah, semoga macik kita ni jadi lawyer yang bertauliah yee...."

"banyak cantik makcik mu!" dia memukul kuat lengan Ara.  dari jauh Ayash dan Qasmina menghampiri dua sahabat itu.

"Au, sakitlah makcik!" Qisyah menjeling menyampah di panggil makcik. makcik pun cantik juga kan.

Qisyah pandang Qasmina yang semakin dekat, lalu anak matanya beralih ke arah Ayash tapi kejap je Qisyah dan buang pandangan.

"Asalamualaikum...." Sapa Qasmina. kali ni dia memakai t-shirt labuh dan seluar labuh, tak seperti biasa pakai jubah. tapi niqap tetap di pakainya.

Qisyah tersenyum walaupun hambar.

"walaikumsalam....." sambut Qisyah. laptop di samping nya segera di tutup.

"Awak tak nak ikut kami ?....." tanya Qasmina. sambil melabuhkan punggung di sebelah Qisyah.

"Err...nak ke mana ?"

"berkelah dekat air terjun sana...."

"oh! mmm.... takpe lah aku sibuk sikit...." bohongnya.

"alah sibuk apa nye? jom lah, bukan selalu pun" ajak Ara memaut lengan sahabatnya itu. sambil melentok kepalanya di bahu Qisyah.

"tak kan lah aku nak pergi sekali ? aku ni orang luar."

"Siapa cakap Qisyah orang luar ?" Soal Ayash dengan nada serius sekali. pandangan matanya lembut tapi tajam sekali bagi Qisyah.

"Haa?? err.... Araa ?"

"eh! kau! bila masa aku cakap?" Qisyah mengjongket bahunya. Ara mencubit paha itu, ingin saja Qisyah teriak tapi tak dapat di keluarkan di depan pasangan itu.

"Ikut je kalau di suruh ikut tu" tegas Ayash.

lambat-lambat Qisyah mengangguk kepalanya.

"sebelum tu, tukar baju tu elok sikit." ujar Ayash lagi. tak kan lah nak pergi dengan baju terdedah macam tu, nanti nak kata apa pulak belah keluarga Qisyah. kalau hanya keluarga nya sahaja takpe dah biasa.

Ara pandang anak mata Qisyah, Qisyah pun pandang Ara. Ara buat mimik wajah 'pergilah cepat!'

"Errr....o..okey..." Qisyah berdiri dan balik ke rumah untuk bertukar baju, nak pakai baju cantik pun tak boleh ke ? ukh! laptop itu di bawa bersama.

Qasmina hanya memerhati, dia seperti menangkap sesuatu di balik wajah itu. wajah itu bukan setakat prihatin tapi ada sesuatu yang tersorok di sebalik wajah tu. rasanya dia tahu itu apa.





Ustaz KuWhere stories live. Discover now