Bab43 Qasmina

9.4K 204 29
                                    

Tut ! Tut! Tut!

panggilan yang anda dail! tidak dapat dihubungi! sila cuba lagi!

telefon tak bersalah itu di lempar dengan kuat, nasip baik di atas katil sahaja. kalau tak, mungkin sudah pecah berderai di atas lantai.

nafasnya di hembuskan dengan kasar.

panggilan dari tadi tak berjawap! mesti dia sibuk dengan perempuan itu! ukh!

"takgunaa.....aku di sini terlantar sakit, korang puas dating eh?...." katanya dengan diri sendiri.

sakit hatinya tak tertanggung sekarang. mesej tak di baca, call tak di angkat. macam mana tak sakit hati ? fikiran nya terbayang-bayang Ayash sedang bahagia memilih baju pengantin dan cincin kawin nanti bersama Qisyah.

dia tak puas hati sebenarnya dengan permintaan Ayash minggu lalu. tapi nak buat macam mana kalau itu membuatkan Ayash menjadi miliknya dia rela meski pun menyakitkan hati.

"eh? Ina dah bangun ?... Ina lapar tak ?...." Soal Timah yang baru masuk bilik pesakit yang bernama Qasmina. dia baru habis solat Asar tadi, selepas itu dia mengisi perutnya yang terasa lapar, baru lah dia ke bilik pesakit anaknya.

Qasmina merungut sedikit dan menjeling tak puas hati.

"kenapa ni ? apa lagi yang Ina marahkan ni ?" Soal ibunya. sejak berbincang dengan Ayash minggu lalu Qasmina jadi pemarah, panas baran, dan tak terkawal emosinya. kasihan melihat keadaan anaknya sekarang yang seperti ibu kehilangan anaknya.

"mak! Ayash tak jawap panggilan Ina mak! mesti dia sibuk dating dengan perempuan tu!!" Ujarnya dengan suara yang separuh tinggi. Timah mengeleng-geleng kepalanya.

"dah tu kenapa ? lagi pun Ina yang setuju sendiri kan? kenapa baru sekarang Ina nak marah-marah ? biarkan lah diorang tu, lagi pun Ina tak boleh buat apa-apa sekarang ni. Ina kena jaga kesihatan juga" Ujar ibunya dengan panjang lebar.

"kesihatan! kesihatan! Ina sudah muak dengan semua ni!...." Timah mengucap di depan anaknya. begini lah perangai anaknya sejak akhir-akhir ni. umur dah tak panjang tapi sibuk kejar cinta yang bukan miliknya. kalau bukan sebab anaknya sakit, dia tak peduli dah, tapi Qasmina sedang sakit dan menunggu masa sahaja bila penyakit itu menyerangnya dengan teruk.

"Ah!.....Argh!! sakit!! sakit!!! Argh!!!!!" teriak Qasmina dengan tiba-tiba. tangannya naik memukul kepalanya dengan kuat bagi menghilangkan rasa sakit yang tiba-tiba menyerangnya dengan kuat sekali. namun tindakan nya itu membuatkan dia lebih sakit parah lagi.

"Ya Allah! Qasmina!....doktor! doktor!" laung Timah dari bilik pesakit itu.

tak sampai berapa saat,  beberapa Doktor perempuan bergegas datang dan mengawal pesakit yang bernama Qasmina.

Bius di suntikkan ke dalam urat saraf pesakit itu. tidak lama kemudian Qasmina pengsan dan tak sedarkan diri. Doktor terpaksa memberikan ubat bius dan tahan sakit agar dapat mengurangkan rasa sakit yang di rasakan gadis itu. tapi badan manusia  tidak akan bertahan lama jika di bius di berikan ubat yang kuat berulang kali.

ketumbuhan di belakang tengkorak wajah tidak ada ubatnya sama sekali dan tiada cara lain selain ajal menjemputnya.

"Ya Allah anak mak..." Timah menangis melihat keadaan anaknya yang semakin parah itu. kepala gadis itu di usap-usap dengan lembut.

"puan...sebaiknya Qasmina di rawat di rumah sahaja, kami akan memberikan ubat khusus untuk anak puan, bila penyakitnya kembali menyerang puan sendiri kena suntik kan pesakit. hospital kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi...."

"dan banyakkan luang masa bersama anak puan,..."

Timah mengangguk mengerti walaupun dia menangis teresak-esak sekarang. dia sudah lali dengan semua ini, sehingga tak tahu nak kata apa lagi dengan doktor. kalau doktor itu umpama malaikat yang dapat menyembuhkan sebarang penyakit dia bersyukur sangat! tapi doktor pun manusia biasa juga sama seperti mereka. bukan siapa-siapa di muka bumi ini, hanya hamba Allah. jadi nak buat macam mana selain redho dan berdoa sebanyak mungkin.

Ustaz KuWhere stories live. Discover now