Bab32 belanja

9.9K 196 0
                                    

Qisyah menolak troli itu dengan perlahan, manakalah Irshad pulak mencari barang keperluan dapur lalu barang itu di masukkan ke dalam troli beli belah. Qisyah tak tau nak beli apa untuk keperluan dapur, biasa nye atok yang belanja dia cuma tolong je.

"Qisyah nak ape ? ambik je...." Ujar Irshad. anak matanya memandang Qisyah, kadang kepalanya tengok sana, tengok sini.

"boleh ke ?...." Soal Qisyah. risau juga nanti Irshad tak cukup duit ke ape. kalau atoknya takpe ambik je.

"boleh, kenapa pulak tak boleh ?" bukannya takde kerja, dia cuma berkerja dalam telefon saja, kerja mengarah orang bawah nya itu ini, apa yang perlu di buat dan apa yang perlu di tambah. semua orang bawah di handle dengan assisten nya. walaupun gayanya seperti orang biasa namun dia ada tiga restoran di bandar tau.

tersengeh Qisyah. Ara pulak sentiasa membontot di sampingnya. sebelah Ara berdirinya Ayash. tapi kali ni dia tidak memakai jubah, dia hanya mengenakan baju T-shirt berwarna putih dan seluar slack berwarna hitam. dan rambutnya di sisir kebelakang dengan penuh gaya. tergugat sedikit iman Qisyah.

nak je dia peluk anak teruna orang tu, tapi di tahan saja hatinya. tunggu masa yang tepat muahehehehe. senyum jahat! 

Irshad pergi lagi mencari barang keperluan. Kedai bernama SuperMarket itu menjadi pilihan untuk berbelanja barang dapur.

"Sini abang tolak....Qisyah teman Irshad cari barang keperluan tuu...." Ayash menarik troli yang hampir penuh dengan belanja diorang. Qisyah melepaskan tangannya dan berlalu pergi meninggalkan Ayash bersama dengan Ara.

Ara jadi temangu sendirian di tinggalkan begitu.

"ibu takde pesan sesuatu ke bang?" Soal Ara ingin tahu, biasanya ibu berkirim lauk basah sekali.

"takde......" jawap Ayash. matanya memerhati setiap barang yang tersusun rapi di tempatnya.

"Ara cari barang keperluan juga untuk ibu sekali,..." Ara mengangguk mengerti. dan dia meninggalkan Ayash sendirian dengan troli.

tak lama kemudian, Qisyah datang dengan pelbagai snack di tangannya. lalu meletakkan semua barang itu ke dalam troli.

"Mm? Ara kat mana ?...." Soal Qisyah. tapi soalan nya tak di jawap.

Ayash berpura-pura tak mendengar sambil menolak troli itu dengan perlahan, tak tau nak ke mana.

tersenyum miang Qisyah, okey masa tuk mengacau.

Qisyah merapat di sebelah Ayash.

"kenapa abang handsome sangat hari ni ?... mm?... nak goda Qisyah ke ?" Soal Qisyah sambil keningnya terjongket sengaja mengusik. sengaja dia merapat lagi. Ayash berdehem, dan memandang sekeliling. Qisyah ni tempat umum pun buat nak perangai ke ?.

"jauh sikit...." Ayash menolak bahu Qisyah dengan hujung jari telunjuknya. tapi Qisyah merapat lagi. kecik besar kecik besar je dia pandang Qisyah ni.

"Qisyah!....boleh tak jangan buat hal dekat sini ?" Soal Ayash tak puas hati sebenarnya. melihat kedegilan Qisyah yang tak puas-puas mengacau. ikutkan malas nak ikut tadi, tapi Irshad dah mempelawanya sekali, tak manis pulak jika di tolak berkali-kali.

"kalau macam tu, malam ni boleh?" Matanya di kedip-kedip kan dan membuat mimik wajah yang cantik. senyumannya tak lekang di bibir itu. manis jika di pandang, lagi-lagi dengan kecantikkan semula jadi itu.

Ayash berdehem. habislah! apa lagi Qisyah nak buat malam ni. dua hati nak bermalam di rumah tok ketua kampung.

"tepi....." Qisyah tertolak ke belakang mengelak troli itu melanggarnya.

Qisyah mencebik bibirnya. cih! tunggu kau malam ni muahehehehe.

Selepas berbelanja. mereka pun terus pulang ke rumah, penuh bonet kereta oleh belanja tadi, ada untuk keperluan Qisyah dan Irshad selama sebulan, dan belanja untuk ibu sekali. yalah kasihan ibu, setiap hari masak lauk untuk Qisyah padahal Qisyah boleh je masak sendiri. maggi pun jadilah.

perjalanan mengambil masa satu jam untuk sampai ke kampung Permai. jam menunjukkan pukul sembilan malam. mereka dah lewatkan makan malam kali ini.

Qisyah mengusap perutnya yang lapar, Irshad kata nanti sampai rumah dia terus masak untuk malam, sebab tu tak singgah mana-mana restoran tadi.

"sabar jap eh! tak lama sampai...." pujuk Irshad. lapar pulak anak manja ni bukan ke tadi sebelum jalan dah makan. lapar lagi ?

tak lama kemudian akhirnya sampai juga mereka. Ayash dan Irshad mengangkat barang belanja tadi sehingga ke atas lantai rumah. Ara dan Qisyah pulak mengantar belanja tadi untuk ibu, selepas itu baru lah mereka kembali setelah tiga puluh minit  dan makanan dah siap masak.



Vote 🌸


Ustaz KuWhere stories live. Discover now