Bab64 rawatan

10.1K 225 14
                                    

mulut Ustad Mahdi terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran. tidak lama kemudian Qisyah mulai memberi respon daripada itu, matanya mulai terlihat galak. Ayash menahan pergelangan isteri daripada terus bergerak. di kaki pulak Ara dan Yati menahan kedua-dua pergelangan kaki itu.

Argh!!!

panas!

panas!

Ustad itu masih dengan posisinya. kali ini tangannya terawang di atas tubuh badan Qisyah dan tak menyentuh tubuh badan itu.

dan semakin lama semakin kuat ayat suci yang di bacakan. namun entah dari mana pulak datang nya angin kencang itu, sedangkan semua jendela sudah tertutup kecuali satu jendela.

nampaknya makluk itu mulai memberi respon terhadap mereka.

"Argh!!!!....berhenti!....berhenti!!!....Argggg! panas!" teriak Qisyah sekuat tenaga, badannya mengelupur kepanasan akibat garam kasar bercampur lada hitam di simbah ke atas dirinya.

"Siapa kamu !?" Soal Ustad itu dengan nada yang kedengaran tegas. semua mata memandang ke arah Qisyah. tubuhnya tak henti-henti mengeliat, dan matanya melihat sekeliling dengan pandangan tajam dan galak.

terketar-ketar tangan Ara menahan pergelangan kaki mulus itu. cepatlah! cepatlah selesai!! nak terkencing pulak, ya ampun.... takut!!

"Aku!? aku makluk yang di hantar untuk menghapus perempuan ini!!" ujarnya lalu di terakhir ayatnya dia tertawa dengan jahat. suara Qisyah berubah menjadi garau dan kasar, itu lah makluk yang berada dalam tubuh Qisyah.

"Astagfirullahallazim!! mengapa ? dan sebab apa kamu berbuat demikian!?" Soalnya lagi. kali ini, suasana nampak lebih sunyi dan di selubungi suasana yang seram sejuk membuat orang di sekitar situ meremang.

"sebab dia perampas!! perampas hak org!! kebahagian orang!! dan dia mesti mati!! mati!!! wuahahahhaa!!!!!"  tergeleng-geleng kepala Ustad Mahdi.

ni lah makluk Allah yang terlaknat dan tempatnya tidak lain tidak bukan ialah neraka jahannam! oleh itu jangan lah kamu sesekali melibat diri dalam mensyirik kan Allah!.

"Baiklah! saya bagi kamu dua pilihan! sama ada engkau keluar dari tubuh itu? atau.... saya tidak teragak-agak menghapuskan engkau dari tubuh itu!?"

Ustad itu bertentangan mata dengan Qisyah yang dalam kawalan syaitan itu. dia tertawa dengan sinis sekali, seolah-olah mengejek kebolehan Ustad Mahdi.

tapi dengan tenang Ustad itu tersenyum manis. bukan mengoda erk?! tapi nampaknya iblis itu seronok ingin berlawan.

limau tipis itu di potong dua dengan sebilah keris yang bersize kecil. lalu potongon limau tipis itu di bawa ke arah balang yang mengeluar asap dan di picit sehingga air limau itu jatuh atas api arang yang malap-malap.

"Tsk! engkau tidak akan dapat melawan aku!! akulah yang terkuat dan berkuasa di bumi ini! tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan aku! termasuk engkau!!" lihatlah betapa angkuhnya makluk Allah yang satu ini.

namun Ustad Mahdi hanya diam menyepi. cuba memandang Qisyah dengan renungan yang dalam. dia tahu apa yang harus dia lakukan, dia perlu menyelamatkan hamba Allah ini daripada perbuatan oleh orang yang tidak bertanggungjawap.

untuk seketika Ustad berdehem. dia menundukkan pandangannya. terlalu cantik isteri orang itu!. ekh? menyempat lagi ustad ni tau.

ini lah masa nya!

dan tidak lama kemudian, mulut Ustad itu terkumat-kamit membaca sesuatu. selepas ayat ketiga dia mulai mengangkat pandangannya serentak dengan itu bacaan ayat-ayat suci mulai kedengaran dengan lantang dari mulut Ustad itu.


Gr!

Gr!

Gr!

Makluk itu berusaha menahan panas yang mulai menjalar di seluruh tubuhnya. panas yang sehingga dia tidak mampu untuk berkata-kata lagi. tsk! engkau ingat Ustad tu tak mampu ke ? ck! ck!

"Argh!!!!!!!!"

Yati dan Ara memperkuatkan lagi tangan mereka yang menahan pergelangan kaki Qisyah. semakin lama, semakin kuat tubuh itu mengelepur kepanasan dan penuh kesakitan.

"pergi! pergi lah engkau!!!" mulutnya terus terkumat-kamit membaca sesuatu untuk yang terakhir.

Gr!

Gr!

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
















"Ustad!......terima kasih atas pertolongan Ustad terhadap isteri saya....."

"syukur Alhamdulilah, semuanya kehendak Allah sahaja. sekarang isteri kamu masih lemah, perlukan rehat beberapa hari, semoga Isteri kamu sihat seperti dulu...."

Ayash menyambut salam daripada Ustad itu. tidak sempat di ajak makan bersama, di sebabkan Ustad itu terburu-buru. masih ramai yang memerlukan dia saat ini, ramai pesakit-pesakit nya yang sedang menunggu rawatan kampung darinya. bukan sahaja Qisyah yang perlu di rawatnya hari ini.

Ustad itu pun berlalu pergi, dia balik dengan menaiki motorsikal sahaja.

"eh ? Ustad Mahdi dah balik ke ? ibu baru siap buat kopi ni....." Ujar Yati sambil membawa secawan kopi.

"takpe ibu, bagi Ayash je...." Ayash mengambil cawan itu lalu di hirup dengan perlahan-perlahan.
















Hai ? lama tak update. minta maaf tau. jangan marah hehehhe 🙏🙏😘😘

Segala rawatan tentang dalam bab ni, saya reka je.





Ustaz KuWhere stories live. Discover now