"tahniah,...." Ayash menyambut salam daripada Adam itu. namun pandangan mereka berdua dingin dan menusuk ke dalam anak mata.
"terima kasih....." Adam mengambil selangkah ke depan. wajah Qisyah di tatap dengan pandangan yang sulit untuk di jelaskan. menyesal pun tak ada guna.
dia tidak menafikan Qisyah hari ini benar-benar cantik seperti bidadari. seri pengantin di wajah itu jelas sekali. kecantikan Qisyah hari ini sukar untuk dia katakan, sekarang Qisyah telah pun bergelar isteri dengan Ustad termuda di kampung ini.
semua tetamu hairan kenapa yang kawin Qisyah dengan Ayash ? kenapa bukan Qasmina ? seperti yang mereka tahu bahawa Qasmina tunangan Ustad itu. batang hidung Qasmina pun tidak kelihatan.
Apa yang terjadi sebenarnya ?
dengan itu timbul lah fitnah dan cerita rekaan daripada buah mulut orang-orang di kampung. makcik-makcik bawang mula mengasah lidah tajam mereka dengan gosip-gosip terhangat yang baru mereka dapati.
"Selamat pengantin baru Qisyah, aku doakan kau bahagia dengan rumah tanggah yang baru di bina ini, apa-apa kau nak aku tolong, panggil je aku." Qisyah tersengeh lalu mengangguk mengiyakan saja. rasanya takde kot dia nak minta tolong nanti.
Qisyah memandang belakang tubuh Adam yang sedang turun daripada pelamin ini, Ayash pulak pandang Qisyah dan matanya mengikut arah pandangan Qisyah saat ini. entah lah apa yang dia rasakan sekarang,
penat juga layan tetamu ni, uhk! lenguh kaki asyik berdiri je tadi, nak je baring depan pelamin ni hmm.
"Qisyah penat ? duduklah, biar abang layan tetamu..." Tak angguk tak pandang, Qisyah hanya duduk tak bersuara. masih sakit hatinya, sukar untuk dia berpura-pura tidak tahu.
"Qisyah nak minum ? abang ambilkan air...." baru ja bergerak pergi, langkah Ayash terhenti. satu tangan menarik hujung lengan nya.
"tak perlu..." Ujar Qisyah. namun anak matanya memandang ke arah tetamu. dia tak haus pun jadi tak perlu lah menyusahkan orang lain untuk dirinya.
Ayash duduk melabuhkan punggung atas sofa pengantin itu. dia dapat rasakan kedinginan dari Qisyah, tapi syukur Qisyah masih menjaga air mukanya.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Abang nak ke mana ?...." Soal Ara, melihat abangnya tergesa-gesa pergi di tengah malam ini.
"Er....Abang nak tengok Qasmina kejap, makcik Timah beritahu tadi, Qasmina terkena strok...." beritahunya. kunci kereta yang bergantung tepi pintu di capai, selipar di rak di ambil lalu di pakainya.
"habis tu abang nak tinggalkan Qisyah ? malam-malam macam ni ? demi perempuan tu ?" Soal Ara dengan dingin. agak-agak lah malam pertama kahwin kot ? dah kena tinggalkan oleh suami ? demi perempuan lain ?
"bukan macam tu, a..abng pergi kejap je...lagi pun abang masih tunang Qasmina kan...?"
"abang....tanggungjawap abang dekat isteri yang sah tau, bukan tunang abang yang tak sah tu lagi...." Yati berdiri depan pintu biliknya, mendengar bait kata anaknya yang berbicara dengan dingin.
"Dah lah tu, biar abang kamu yang urus. Ayash, pergi lah, jangan lama-lama tinggalkan Qisyah tu" Ujar Yati, bukan menyokong. tapi biarlah masalah peribadi anaknya itu di uruskan dengan Ayash tanpa orang lain masuk campur.
"Baik ibu...." Ayash berlalu pergi dengan kereta jenama Vigo itu.
Ara mengelengkan kepalanya. tak faham dengan abangnya, boleh je dia putuskan pertunangan itu, tapi entah kenapa susah sangat baginya.
"Ara...tak perlu lah masuk campur hal abang kamu tu, pandailah abang kamu nak settle semua...." Ara mengangguk kepalanya dengan lemah, bukan masuk campur, orang cakap je.
"Dah masuk tidur, ibu dah penat ni..."
"Baiklah ibu...selamat malam...." Yati mengangguk. majlis pun dah tamat satu jam yang tadi, katering dan mak andam pun dah balik sewaktu majlis habis. yang lain esok mereka bersihkan.
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...