Terkebil-kebil Ayash memandang Qisyah sekarang. betul ke apa yang dia lihat ini ? Qisyah mengenakan tudung ?
subhanaullah cantik betul ciptaan Allah di depan nya ini.
Qisyah mengenakan jubah berwarna pinky dan shawl berwarna putih, dua sahabat itu berpakaian sedondon. baju yang di hadiahkan Ara setahun yang lepas baru terpakai sekarang.
puas di paksa Ara, akhirnya Qisyah menurut juga mengenakan shawl hari ini. Qisyah ni dah lah cantik, tambah cantik apa bila menutup aurat dengan betul.
"dah siap?...." Soal Ayash, tapi Qisyah membuang pandangan ke tepi. wajah itu tampak dingin bila bersamanya.
Ara memandang Qisyah yang tak menjawap soalan dari abangnya itu. dapat dia menangkap sesuatu dari wajah dingin itu. gaduh ke ?
"Err....dah abang...." Jawap Ara bagi pihak Qisyah.
Ayash mengangguk mengerti, enjin kereta dah lama di panaskan menunggu anak darah ni bersiap mengambil masa yang lama. perempuan memang macam eh?
pintu kereta di buka, lalu Ayash melabuhkan punggung atas bangku itu. spek mata hitam di kena kan. hari ni dia berpakaian seperti biasa sahaja, nampak sangat bergaya bila Ayash berpakaian biasa dan tidak mengena kan songkok di kepala.
"Eh! Qisyah duk depan eh! ibu tak nak duk depan, silau lah...." Ujar Yati. lah ibu ni buat orang segan je.
"taknak lah, Ara lah duk ibu...." jawap Qisyah.
"Ara tak nak lah! silau...." bantah Ara pulak.
dua sahabat itu bertolak-tolak sakan, masing-masing tak nak duk depan. tak kan aku pulak? dah macam pasangan, kalau betul takpe, ni tak ? hmm sedih.
Ayash mengembus nafas dengan kasar, kenapa lagi budak-budak ni.
"Qisyah duk depan! sekarang." Arah Ayash, anak matanya merenung tajam tetapi lembut. haa? macam mana tu ? entah.
Ara menolak Qisyah, lalu menjelir lidah.
pok!
padan muka kena pukul ibu.
bahu yang di pukul ibu tadi di usap-usap. ibu ni,
dengan hati yang terpaksa. Qisyah duk depan juga.
sepanjang perjalanan menuju ke bandar, Qisyah hanya merenung ke luar jendela. memandang ciptaan Allah di muka bumi ini.
"kita nak ke mana ibu?" Soal Ara ingin tahu.
"temankan abang cari cincin pernikahan..." Jawap Yati. Ara mengangguk mengerti, baru lah dia tahu.
tangannya di genggam dengan erat sekali, tiba-tiba hatinya tertusuk sesuatu yang membuatkan nafasnya menjadi sangat berat untuk di lepaskan.
"kalau macam tu, Qasmina tak ikut ke ? bukan ke sepatutnya dia temankan abang ?" Soal Ara lagi. pelik juga, biasanya pasangan mencari cincin pernikahan bersama-bersama. salah size cincin habis lah.
"Qasmina tak dapat ikut, biar abang kamu yang cari kan...." jawap Yati.
Ayash memandang Qisyah di sebelahnya. wajah yang dingin dan tak berperasaan. cantik, walaupun Qisyah tengah bad mood sekarang. kalau lah halal, nak je pujuk anak darah orang ni.
kenapa lah nak bawa dia sekali kalau nak mencari cincin pernikahan tu ? saja nak sakit hati dia ke haa!? ukh!
"Ayash, ibu nak singgah Shell kejap, ibu nak beli kuih-muih yang boleh di makan." beritahu Ibunya. Ara tersenyum riang, ni lah yang dia suka, ibunya mesti beli beli kuih-muih sambil makan sewaktu perjalanan. Ayash hanya mengangguk mengiyakan saja.
sesampai di Shell yang di maksudnya. Yati turun dan di temani Ara, baru nak membuka pintu, pintu di kunci secara tiba-tiba oleh Ayash.
Qisyah memandang tajam ke arah Ayash. ukh? saja nak cari pasal ke?
Ayash membalas renungan itu. sengaja dia mengunci pintu Qisyah. lagi pun punat kunci itu berada di tepinya sahaja. tekan je, semua pintu automatik terkunci.
"buka lah! aku nak keluar!"
aku ? dah bahasa kan diri aku ? main kasar ye Qisyah.
"marah dengan abang ke ?" Soal Ayash ingin tahu. masuk hari ni dah berapa hari Qisyah tak bersuara atau menjawap seperti selalu. terasa kosong harinya.
"nak marah buat ape? bukan nye aku ni isteri kau"
seriously sakit hati mendengar panggilan dirinya yang berubah.
"Sopan sikit bila bercakap dengan abang Qisyah."
"abang tanya dengan baik, Qisyah kena jawap dengan baik, kalau abang ada salah, bagitau abang ?" pujuk Ayash.Qisyah menjeling menyampah, ada ke salah sendiri tak tahu? ni la manusia, buat salah pandai, minta maaf tak pandai.
"Abang minta maaf kalau abang ada buat salah? mm?" sumpah dia tak tahu di mana silapnya.
what ?
seriously tak tau ?
ni lah lelaki, dah buat salah buat tak tahu ? gitu ke ? 😂 jangan macam Ayash erk 🤪
YOU ARE READING
Ustaz Ku
RomanceMENGISAHKAN TENTANG QISYAH DAN SEORANG YANG BERGELAR USTAD DI KAMPUNG PERMAI. KISAHNYA BEGINI, SETELAH BERTAHUN LAMA QISYAH BELAJAR DI NEGERI ORANG, LANDON. BARULAH QISYAH MENAMATKAN MASTERNYA DI SANA. DAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERTEMU DENG...