𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 2 || H•S

432 9 0
                                    

°

°

°

°

°

Imanina yang baru balik dari sekolah terus masuk ke dalam rumah. Dia melihat dua orang lelaki sedang bertengkar, namun terhenti apabila melihat Imanina yang lengkap memakai baju sekolah menandakan dia baru sahaja pulang dari sekolah. Farid selaku abang sepupunya telah mengarahkannya untuk masuk ke dalam bilik.

Imanina yang tidak mengetahui nasibnya yang bakal berlaku hanya sekadar menurut sahaja, baru sahaja dia meletak begnya, dan belum sempat untuk membuka kaca matanya. Lelaki yang bersama Farid menghalang pintu Imanina daripada tertutup. Imanina cuba untuk melawan, namun apakan daya tenaga perempuannya tidak boleh melawan tenaga lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu segera menutup pintu dengan rapat. Kemudian, dia meneruskan niat jahatnya ke atas Imanina.

Dan pada saat itu, Imanina telah kehilangan kesucian dirinya. Perkara itu telah di ketahui oleh bapanya sahaja. Pada masa yang sama, Farid juga telah membawa diri keluar dari rumah Tuan Zakri kerana, dia telah bersubahat dengan perogol itu untuk merogol Imanina.

"Imanina."Panggil seorang lelaki sambil melambai-lambai di depan mata Imanina.

" Nur Imanina!"Jerit sahabat Imanina.
Imanina tersedar dari lamunannya.
" Apa? Kenapa?" Soal Imanina.

"Kau okey tak ni?" Soal Nazim.
Imanina hanya sekadar mengangguk.

"Jadi macam mana? Kau okey ke kalau aku bawa lagu ni nanti masa pertandingan?" soal Nazim sambil menunjukkan telefon bimbitnya kepada Imanina.

Namun sekali lagi Imanina kembali berkhayal.

"Nur Imanina binti Zakri!" Laung Nazim.
"Apa?!" bentak Imanina.
" Aku tanya kau ni, okey tak kalau aku bawa lagu still with you masa pertandingan nanti?" soal Nazim lagi.

Imanina hanya sekadar mengangguk.
Nazim menggeleng kepala.

"Kau ni kenapa? Kau ada masalah ke? Cuba cerita dekat aku, aku ni kawan baik kau." Ujar Nazim sambil memandang tajam ke arah Imanina.
Imanina menggeleng.

" Aku tak rasa yang kau akan percaya dan aku pasti kau takkan berkawan dengan aku kalau kau tahu kisah ni." Balas Imanina.
Nazim mengerut dahi.

" Apa kau merepek ni Iman? Kita dah berkawan sejak kecil lagi, takkan aku nak tinggalkan kau macam tu je?" soal Nazim.

"Aku susah nak lupakan kisah lalu aku Zim, aku sentiasa di hantui kisah lalu aku. Aku tak tahu cara untuk lupakan selepas aku lalui semua ni." Balas Imanina datar.
Nazim menggeleng kepala.

"Iman, bukan semua apa yang kita lalui senang untuk di lupakan. Allah tahu hamba-Nya mampu lalui semua ujian yang di berikan, Allah takkan uji hamba-Nya kalau hamaba-Nya ni tak mampu lalui. Satu je kau kena ingat, kalau kau rasa ujian kau paling berat. Kau fikir orang di luar sana contohnya yang duduk di Palestin tu. Allah uji dorang dengan hidup mereka sentiasa dalam keadaan bahaya, tapi kau tengok. Pernah dorang mengeluh? Tak kan, malah dorang bersyukur lagi sebab Allah uji mereka sebab dorang tahu, Allah janjikan syurga kepada hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan sabar dalam mengharungi segala ujiannya di dunia ini." Terang Nazim.

Imanina terdiam.

"Manusia kadang-kala lupa diri bahawa dia sedang berpijak di dunia Allah S.W.T, terlalu mengejar dunia yang sementara sehingga lupa akhirat yang kekal selamanya." Sambung Nazim sambil tersenyum ke arah Imanina.
Imanina hanya mampu tersenyum.

"Thank you Nazim sebab selalu dengan aku, kau sentiasa faham keadaan aku. Tapi..." Imanina sengaja menggantungkan ayatnya menyebabkan Nazim ternanti-nanti jawapan tersebut.

Namun Imanina hanya menggeleng.

"Dah, taknak sedih-sedih. Esok aku nak bertanding, kau jangan tak datang pula." Pesan Nazim.

Imanina mengangguk ceria.
Nazim tertawa melihat wajah comel Imanina.
Sedang mereka sibuk tertawa, datang seorang perempuan ke arah mereka berdua.

°

°

°

°

°

❀HAZE❀ ❀SHA❀
࿈ BUKAN KEHENDAKKU࿈

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now